BAB 2 : PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA
2.1 Konsep
Pendapatan Negara (STPM 2015)
1) KDNK
(Gross Domestic Product(GDP) / 国内生产总值) & KNK (Gross National Product(GNP) / 国民生产总值)
Keluaran
Dalam Negeri Kasar (KDNK) ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang
dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran milik
negara itu atau milik negara asing di dalam sesebuah negara bagi
tempoh setahun. 国内生产总值是一个国家利用国内所拥有的生产要素(所有在马来西亚工作的本地员工和外劳)在一定的期间内(1年)所生产的最终物品市场价值的总合。
Pendapatan faktor
bersih luar negeri (PFBLN)
ialah perbezaan antara jumlah nilai penerimaan pendapatan faktor tempatan dari
luar negara dengan pembayaran pendapatan faktor asing ke luar negara.
PFBLN = Pendapatan faktor dari luar negara (PFdLN)
– Pendapatan faktor ke luar negara (PFkLN)
|
Keluaran Negara Kasar (KNK) ialah jumlah nilai
barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik warganegara sebuah
negara yang berada di dalam atau di luar negara bagi tempoh setahun. 国民生产总值是一个国家的国民(所有居住在国内和国外的马来西亚公民)在一定期间内(1年)所生产的最终物品的市场价值的总合。
KNK = KDNK + PFBLN
|
Hubungan antara KDNK
dengan KNK :
a) Sekiranya PFBLN bernilai positif, maka nilai KNK > KDNK.
b) Sekiranya PFBLN bernilai negatif, maka nilai KNK < KDNK.
c) Sekiranya PFBLN bernilai sifar, maka nilai KNK = KDNK.
2) KNKhp & KNKkf / KDNKhp & KDNKkf
Keluaran Negara Kasar
harga pasaran (KNKhp) ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang
dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran milik negara tersebut yang dihitung
berdasarkan harga yang dibayar oleh pembeli di
pasaran.
Keluaran Negara Kasar
kos faktor (KNKkf) ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang
dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran milik negara tersebut yang dihitung
berdasarkan harga yang dibayar oleh pengeluar
kepada pemilik faktor-faktor pengeluaran.
KNKkf = KNKhp + subsidi (Sb) – cukai tak langsung (CTL)
|
Keluaran Dalam Negeri
Kasar harga pasaran (KDNKhp) ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang
dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran di dalam sesebuah negara yang
dihitung berdasarkan harga yang dibayar oleh
pembeli di pasaran.
Keluaran Dalam Negeri
Kasar kos faktor (KDNKkf) ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang
dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran di dalam sesebuah negara yang
dihitung berdasarkan harga yang dibayar oleh
pengeluar kepada pemilik faktor-faktor pengeluaran.
KDNKkf = KDNKhp + subsidi (Sb) – cukai tak langsung (CTL)
|
Hubungan antara KNKhp dengan KNKkf /
KDNKhp dengan KDNKkf :
a) Sekiranya CTL >
Sb, maka KNKhp > KNKkf / KDNKhp > KDNKkf.
b) Sekiranya CTL <
Sb, maka KNKhp < KNKkf / KDNKhp < KDNKkf.
c) Sekiranya CTL =
Sb, maka KNKhp = KNKkf / KDNKhp = KDNKkf.
*** hp – 货物与服务最终被消费者还的价格, kf – 成本, Sb – 津贴, CTL – 间接进口税
3) KNK
nominal & KNK benar / KDNK nominal & KDNK benar (Nominal GDP 名目国内生产总值 / Real GDP 实质国内生产总值)
KNK nominal (harga
semasa) ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
semua faktor pengeluaran milik negara tersebut yang dihitung
berdasarkan tingkat harga pada tahun semasa, iaitu mempunyai unsur
inflasi.
KNK benar (harga
tetap) ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
semua faktor pengeluaran milik negara tersebut yang dihitung
berdasarkan tingkat harga pada tahun asas, iaitu tidak mempunyai
unsur inflasi.
KNK benar = KNK nominal x Indeks harga tahun asas
(100)
Indeks harga tahun semasa
|
KDNK nominal (harga
semasa) ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
semua faktor pengeluaran di dalam sesebuah negara yang dihitung berdasarkan tingkat harga pada tahun semasa,
iaitu mempunyai unsur inflasi. 名目GDP 是用当年的价格来计算GDP的。
KDNK benar (harga
tetap) ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh
semua faktor pengeluaran di dalam sesebuah negara yang dihitung berdasarkan tingkat harga pada tahun asas,
iaitu tidak mempunyai unsur inflasi. 实质GDP是用基年的价格来计算GDP的。
KDNK benar = KDNK nominal x Indeks harga tahun asas
(100)
Indeks harga tahun semasa
|
Hubungan antara KNK
norminal dengan KNK benar / KDNK norminal dengan KDNK benar :
a) Sekiranya IHP
semasa > 100, maka KNK benar < KNK norminal / KDNK benar < KDNK
norminal.
b) Sekiranya IHP
semasa < 100, maka KNK benar > KNK norminal / KDNK benar > KDNK
norminal.
c) Sekiranya IHP
semasa = 100, maka KNK benar = KNK norminal / KDNK benar = KDNK norminal.
4) KNB (Net
National Product(NNP) / 国民生产净值)
Keluaran Negara
Bersih (KNB) ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan
oleh semua faktor pengeluaran milik negara tersebut setelah
ditolak susut nilai barang modal.
国民生产净值是将KNK中的折旧(固定资产的消耗或贬值)扣除之后所得到的国民生产的价值总合。
Susut nilai ialah
kemerosotan nilai barang modal yang digunakan dalam proses pengeluaran.
KNB = KNK – susut nilai
|
2.2 Kaedah
Perhitungan Pendapatan Negara
1)
Kaedah Pendapatan (Income Approach / 所得法)
Melalui kaedah
pendapatan, pendapatan negara dihitung dengan menjumlahkan
semua pendapatan yang diterima
oleh faktor-faktor pengeluaran yang produktif
yang dimiliki oleh sesebuah negara.
Butiran
|
RM
juta
|
|
Upah (buruh)
|
360
|
|
+
|
Sewa (tanah)
|
100
|
+
|
Bunga bersih (modal)
|
120
|
+
|
Untung kasar (usahawan)
|
250
|
+
|
Pendapatan perusahaan persendirian (peniaga)
|
130
|
=
|
Keluaran Negara Bersih pada kos faktor (KNBkf) / Pendapatan Negara (PN)
|
960
|
- Upah (工资)ialah
pendapatan yang diterima oleh buruh yang memberi
sumbangan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran. Upah
termasuklah gaji, elaun, komisen, bonus dan sebagainya tetapi tidak termasuk
bayaran pindahan dan belum ditolak dengan cukai pendapatan perseorangan,
caruman KWSP, caruman PERKESO atau zakat.
- Sewa (地租)ialah
pendapatan
yang diterima oleh pemilik tanah
atas penggunaan tanah dalam proses pengeluaran.
- Bunga bersih (利息)ialah
pendapatan yang diterima oleh pemilik modal setelah
ditolak dengan bunga atas pinjaman pengguna dan bunga atas pinjaman kerajaan.
- Untung kasar (利润)ataupun
dikenali sebagai keuntungan syarikat sebelum cukai ialah pendapatan yang diterima oleh usahawan daripada aktiviti
perniagaan yang dijalankan. Ia termasuklah untung diagihkan, untung
tidak diagihkan dan cukai keuntungan syarikat.
- Pendapatan perusahaan
persendirian (小型商家的收入)ialah pendapatan yang
diterima oleh pengusaha kecil-kecilan seperti penjaja, pegerai, kedai runcit tunggal
dan sebagainya.
- Apabila semua nilai
pendapatan faktor pengeluaran yang produktif dijumlahkan, maka KNBkf /
pendapatan negara adalah sebanyak RM 960 juta (360+100+120+250+130).
- Bayaran pindahan (转移支付)iaitu
pendapatan yang diterima oleh individu tanpa memberikan sumbangan kepada proses pengeluaran
tidak diambil kira dalam penghitungan
pendapatan negara.
2)
Kaedah Perbelanjaan (Expenditure Approach / 支出法)
Melalui kaedah
perbelanjaan, pendapatan negara dihitung dengan menjumlahkan
semua perbelanjaan yang dilakukan oleh semua
pelaku ekonomi (isi rumah, firma,
kerajaan & luar negara) ke atas barang akhir dan perkhidmatan bagi tempoh
setahun.
Sektor
|
Komponen
Perbelanjaan
|
Penerangan
|
Isi
Rumah
|
Perbelanjaan penggunaan swasta (C)
私人消费支出
|
Maksud :
Perbelanjaan penggunaan swasta ialah perbelanjaan penggunaan yang dilakukan oleh
sektor isi rumah untuk membeli
barang dan perkhidmatan bagi
memenuhi keperluan dan kehendaknya.
Contoh perbelanjaan :
1) Barang keperluan asas (makanan dan pakaian)
2) Barang tahan lama (peti sejuk dan kereta)
3) Perkhidmatan (pendidikan dan kesihatan)
|
Firma
|
Pembentukan modal tetap kasar swasta / Pelaburan (I)
私人投资支出
|
Maksud :
Pembentukan modal tetap kasar swasta ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh sektor firma untuk membeli
barang modal dan barang perantaraan bagi meningkatkan keupayaan firma untuk
mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
Contoh perbelanjaan :
1) Barang modal (loji, jentera dan mesin)
2) Bahan mentah
3) Barang separuh siap
4) Barang siap belum dijual
5) Pembinaan (memdirikan kilang)
|
Perubahan dalam stok
货物的差数
|
Maksud :
Perubahan dalam stok ialah perbezaan
antara stok akhir tahun dengan stok
awal tahun yang masih belum
dijual. Stok awal perlu ditolak kerana stok awal telah dihitung dalam nilai
pendapatan negara tahun sebelumnya tetapi dijual pada tahun semasa manakala
stok akhir perlu ditambah kerana stok akhir ialah barang-barang yang
dihasilkan pada tahun semasa tetapi belum dijual.
Formula :
Perubahan dalam stok = Stok akhir tahun – Stok awal
tahun
|
|
Kerajaan
|
Perbelanjaan penggunaan awam / Perbelanjaan mengurus
(G)
政府消费支出
|
Maksud :
Perbelanjaan penggunaan awam ialah perbelanjaan penggunaan yang dilakukan oleh
sektor kerajaan ke atas urusan pentadbiran negara untuk melicinkan
jentera pentadbiran negara.
Contoh perbelanjaan :
1) Emolumen
2) Bekalan dan perkhidmatan
3) Subsidi dan bantuan sosial
|
Pembentukan modal tetap kasar awam / Perbelanjaan
pembangunan (G)
政府投资支出
|
Maksud :
Pembentukan modal tetap kasar awam ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh sektor kerajaan untuk membangunkan
sosioekonomi negara dan menambah
infrastruktur.
Contoh perbelanjaan :
1) Membina jalan raya
2) Membina sekolah
3) Membina hospital dan klinik kesihatan
|
|
Luar
Negara
|
Eksport (X)
出口
|
Maksud :
Eksport ialah perbelanjaan
yang dilakukan oleh luar negara ke atas keluaran
negara sendiri.
Contoh eksport negara :
1) Minyak sawit
2) Produk elektrik dan elektronik
|
Import (M)
进口
|
Maksud :
Import ialah perbelanjaan
yang dilakukan oleh isi rumah, firma, kerajaan negara
sendiri ke atas keluaran luar negara.
Contoh import negara :
1) Kelengkapan dan alat ganti telekomunikasi
2) Litar elektronik bersepadu
|
Harga Semasa
Butiran
|
2018
RM
juta
|
2019
RM
juta
|
|
+
+
|
Perbelanjaan penggunaan
Awam
Swasta
|
172958
830829
|
176709
903295
|
+
+
|
Pembentukan modal tetap kasar
Awam
Swasta
|
104585
245712
|
94823
251984
|
+
|
Perubahan inventori dan barangan berharga
|
-8626
|
-30724
|
+
|
Eksport barangan dan perkhidmatan
|
994860
|
987146
|
-
|
Import barangan dan perkhidmatan
|
893403
|
872469
|
Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran
|
1446914
|
1510765
|
|
+
|
Imbangan Pendapatan Primer
|
-51586
|
-43509
|
=
|
Pendapatan Negara Kasar
|
1395328
|
1467256
|
Harga Malar 2015
Butiran
|
2018
RM
juta
|
2019
RM
juta
|
|
+
+
|
Perbelanjaan penggunaan
Awam
Swasta
|
169638
775431
|
173112
834622
|
+
+
|
Pembentukan modal tetap kasar
Awam
Swasta
|
100264
235291
|
89463
238904
|
+
|
Perubahan inventori dan barangan berharga
|
-14344
|
-19356
|
+
|
Eksport barangan dan perkhidmatan
|
920105
|
909651
|
-
|
Import barangan dan perkhidmatan
|
824852
|
805905
|
Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran
|
1361533
|
1420490
|
|
+
|
Imbangan Pendapatan Primer
|
||
=
|
Pendapatan Negara Kasar
|
3)
Kaedah Keluaran (Output Approach / 产出法) (STPM 2014 (U))
Melalui kaedah
keluaran, pendapatan negara dihitung dengan menjumlahkan
nilai barang akhir dan perkhidmatan yang
dihasilkan oleh semua sektor ekonomi (sektor utama, sektor kedua & sektor ketiga)
sesebuah negara dalam tempoh setahun.
Butiran
|
2019
RM
juta
|
|
+
+
|
Sektor Utama
Pertanian 农业
Perlombongan dan kuari 矿业
|
101287
101565
|
+
+
|
Sektor Kedua
Pembuatan 制造业
Pembinaan 建筑业
|
316355
66252
|
+
+
+
+
+
+
+
+
+
|
Sektor Ketiga
Utiliti 水电与煤气
Perdagangan borong dan runcit 批发与零售
Makanan & minimum dan penginapan 饮食业
Pengangkutan dan penyimpanan 交通与物流
Maklumat dan komunikasi 信息与通信技术产业
Kewangan dan insurans 金融与保险
Harta tanah dan perkhidmatan perniagaan 地产业与商业
Perkhidmatan lain 其他服务
Perkhidmatan kerajaan 政府提供的服务
|
38196
217244
49846
78327
84277
93486
90227
49050
118566
|
+
|
Cukai import 进口税
|
15812
|
=
|
Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran
|
1420490
|
4) Konsep
Nilai Ditambah 增值 (STPM 2014 / 2017 (U))
Nilai ditambah ialah peningkatan nilai terhadap
sesuatu keluaran setelah melalui proses pengeluaran. Kaedah nilai
ditambah ini digunakan untuk mengira pendapatan negara mengikut kaedah keluaran
bagi mengelakkan masalah penghitungan dua kali.
Nilai
ditambah = Nilai jualan – Nilai belian
|
Kegiatan
ekonomi / aktiviti
|
Kos
input / Nilai belian (RM)
|
Harga
output / Nilai jualan (RM)
|
Nilai
ditambah (RM)
|
Menaman kayu balak
|
0
|
100
|
100
– 0 = 100
|
Menghasilkan kertas
|
100
|
250
|
250
– 100 = 150
|
Mencetak buku
|
250
|
400
|
400
– 250 = 150
|
Menjual buku
|
400
|
600
|
600
– 400 = 200
|
Jumlah
|
1350
|
600
|
Berdasarkan jadual,
dengan mengandaikan bahawa dalam proses mencetak dan menghasilkan pelbagai buku
teks, penanaman kayu balak tidak mempunyai kos input. Pada peringkat pertama, kayu
balak akan dijual dengan harga RM 100. Oleh itu, nilai ditambah kayu balak
ialah RM 100.
Pada peringkat kedua,
kilang kertas akan membeli kayu balak daripada penaman pokok dengan nilai
belian sebanyak RM 100 dan menghasilkan kertas yang bernilai RM 250. Nilai
ditambah kegiatan menghasilkan kertas adalah sebanyak RM 150.
Pada peringkat
ketiga, syarikat penerbit buku akan membeli bahan mentah seperti membeli kertas
daripada kilang kertas dengan nilai belian sebanyak RM 250 lalu mencetak dan
menghasilkan pelbagai buku teks dengan harga RM 400. Nilai ditambah mencetak
buku teks adalah sebanyak RM 150.
Pada peringkat keempat,
kedai buku seperti Popular akan membeli buku teks daripada syarikat penerbit
buku dengan nilai belian sebanyak RM 400 dan menjual buku teks kepada pengguna
akhir dengan harga RM 600. Oleh itu, nilai ditambah menjual buku teks adalah
sebanyak RM 200.
Apabila mengira
keluaran negara, untuk mengelakkan masalah penghitungan dua kali, kita hanya
menjumlahkan nilai ditambah yang dicipta oleh setiap peringkat pengeluaran.
Oleh itu, jumlah nilai ditambah untuk beberapa buah pelbagai buku teks ialah RM
600 (RM 100 + RM 150 + RM 150 + RM 200). Jumlah nilai ditambah buku teks adalah
sama dengan nilai barang akhir, iaitu harga jualan buku teks sebanyak RM 600.
2.3 Konsep
Pendapatan Persendirian VS Pendapatan Boleh Guna VS Pendapatan Per Kapita
1) Pendapatan
persendirian (PP) 个人所得
Pendapatan
persendirian ialah jumlah pendapatan yang diterima oleh semua
individu dalam sesebuah negara
dalam setahun sama ada daripada kegiatan
produktif atau tidak produktif.
PP = PN + Bayaran pindahan + Bunga atas pinjaman
pengguna + Bunga atas pinjaman kerajaan – Caruman KWSP – Keuntungan yang
tidak diagihkan – Cukai keuntungan syarikat
|
2) Pendapatan boleh
guna (PBG) 可支配所得
Pendapatan boleh guna
ialah bahagian pendapatan persendirian yang boleh dibelanjakan ke atas barang-barang dan
perkhidmatan setelah ditolak dengan cukai pendapatan perseorangan.
PBG = PP – Cukai Pendapatan Perseorangan
|
3) Pendapatan per
kapita (PPK) 人均实质所得
Pendapatan per kapita
ialah pendapatan purata yang diperoleh oleh setiap
penduduk dalam sesebuah negara
pada satu tahun.
Pendapatan per kapita
= Pendapatan negara (KNK / KDNK)
Jumlah Penduduk
|
2.4 Masalah-masalah
dalam perhitungan pendapatan negara (STPM 2013 / 2015 (U) / 2017 (U) / 2018 (U)
/ 2019)
1) Masalah penghitungan dua kali 物品总价值重复被计算
说到底,在计算国家收入的时候,either是加到完所有物品的nilai ditambah or加到完所有最终物品的价值,才不会出现重复计算的问题。
- Semasa menghitung pendapatan negara, kita sukar untuk membezaan antara barang perantaraan dengan barang akhir.
- Kebanyakan barang akhir disiapkan melalui beberapa proses pengeluaran.
- Jika nilai barang perantaraan dengan nilai barang akhir dicampurkan dalam perhitungan pendapatan negara, pendapatan negara akan terlebih anggar.
- Untuk mengelakkan masalah ini, kita hanya menjumlahkan nilai ditambah atau menggunakan nilai barang akhir sahaja semasa menghitung pendapatan negara.
2) Masalah kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang
有成效的劳力活动没有被支付工资
For
example你妈妈是个家庭主妇,经常在家里打扫做家务,没功劳都好也有苦劳,可是是没得赚任何钱的啦。反而你家里如果有请一个kakak来你家帮你做家务的话,你的家人就必须付给她工资。你看,你妈妈还有请来的kakak都是同样做家务,都是在进行有成效的劳力活动,but kakak有得赚钱可是妈妈就没赚到钱,这样的情况会导致国家的收入terkurang anggar。
- Terdapat sesetengah kegiatan produktif seperti perkhidmatan suri rumah tangga, kegiatan gotong-royong, pertukaran barang dalam sistem barter, penggunaan bangunan pemilik untuk tujuan perniagaan dan pembayaran upah dalam bentuk bukan wang tidak dihitung dalam pendapatan negara kerana tidak dibayar dengan upah wang.
- Keadaan ini akan menyebabkan pendapatan negara menjadi terkurang anggar.
3) Masalah pengumpulan data 收集人民收入的数据的差异
有些公司明明在这一年内赚了超过一百千的利润,可是为了逃税,报账时做假账,骗说今年公司只赚了60千而已。在计算国家的收入时,这些不正确的收入数据会导致国家收入terkurang anggar。
- Sesetengah negara sedang membangun tidak mempunyai maklumat dan data yang lengkap dan tepat tentang semua kegiatan ekonomi yang dilakukan menyebabkan nilai keluaran negara sukar ditentukan.
- Sebagai contoh, dalam sektor pertanian, sesetengah petani tidak menyimpan rekod tentang jumlah hasil yang dikeluarkan.
- Selain itu, sesetengah pihak atau syarikat enggan memberikan maklumat yang tepat tentang nilai pendapatan yang diperoleh kepada pihak berkuasa kerana ingin mengelak daripada dikenakan cukai.
- Keadaan ini menyebabkan pendapatan negara menjadi terkurang anggar.
4) Masalah kegiatan produktif yang tidak dipasarkan 未经市场的交易活动
有些未经市场的交易活动都算是有成效的劳力活动,比如:住在kampung的村民自己辛辛苦苦种的菜自己吃或是送给亲朋戚友吃,没经过金钱交易。这些交易活动没被算进国家收入里的话,国家收入就会变成terkurang anggar了。
- Kita hanya mengambil kira keluaran yang dipasarkan sahaja dalam penghitungan pendapatan negara.
- Sesetengah kegiatan produktif yang tidak melibatkan pembayaran wang dan tidak dipasarkan seperti kegiatan sara diri dan sistem barter tidak diambil kira dalam penghitungan pendapatan negara.
- Contohnya, sesetengah penduduk luar bandar menaman sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri dan keluarganya.
- Keadaan ini menyebabkan pendapatan negara menjadi terkurang anggar.
5) Masalah kegiatan produktif yang haram 非法交易
所有的地下经济和非法交易在国家的KDNK里都是归零哦。
- Beberapa kegiatan produktif yang mendatangkan keuntungan dan pendapatan kepada individu tetapi tidak dihitung dalam pendapatan negara kerana kegiatan tersebut adalah menyalahi undang-undang negara.
- Misalnya, kegiatan tersebut seperti perjudian, penyeludupan barang, pengagihan dadah, perniagaan cetak rompak, pelacuran dan sebagainya.
- Keadaan ini menyebabkan pendapatan negara menjadi terkurang anggar.
6) Masalah penentuan susut nilai 定制贬值率的方法的差异
是读akaun的学生,我相信你们应该都懂kaedah susut nilai 分成很多种,比如:kaedah garis lurus, kaedah baki berkurangan,
kaedah unit pengeluaran等等。每个公司对于每个财产所采用的计算susut nilai的方法都是不同的,所以计算出来untung bersih自然而然也会有差异。那么这也代表说国家的总收入也会有差异。
- Setiap pengeluar mengamalkan kaedah yang berbeza untuk menghitung dan menentukan susut nilai terhadap pelbagai jenis barang modal yang digunakan.
- Oleh itu, penghitungan susut nilai lazimnya dibuat secara anggaran sahaja.
- Keadaan ini menyebabkan nilai pelaburan bersih dan keluaran negara bersih yang dihitung menjadi kurang tepat lalu menyebabkan pendapatan negara akan menjadi terlebih atau terkurang anggar.
*** Orange – Sebab Red – Kesan Green – Langkah mengatasi Light
Blue – Contoh Dark Red – 讲废话 (想读就读,不想读就skip)
2.5 Kegunaan
Data Pendapatan Negara (STPM 2014 / 2017 / 2018)
1) Sebagai alat pengukur taraf hidup rakyat sesebuah negara 用来衡量人民的生活水准
- Taraf hidup rakyat sesebuah negara dapat diukur dengan menggunakan pendapatan benar per kapita, iaitu KDNK benar / KNK benar dibahagikan dengan jumlah penduduk.
- Jika pendapatan benar per kapita pada tahun 2019 lebih tinggi berbanding pendapatan benar per kapita pada tahun 2018, maka dapat disimpulkan bahawa taraf hidup rakyat bagi negara itu telah meningkat.
Pendapatan per kapita
= Pendapatan negara (KNK / KDNK)
Jumlah Penduduk
|
2) Sebagai alat pengukur sumbangan keluaran pelbagai sektor
ekonomi 用来衡量每个产业的出产量的贡献
- Mengikut kaedah keluaran, nilai jumlah keluaran negara bagi sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga dapat dihitung.
- Oleh itu, sumbangan sektor terbesar kepada pendapatan negara dapat dikenal pasti.
- Kepentingan sesuatu sektor kepada pembangunan negara dapat ditentukan melalui kadar sumbangannya kepada keluaran negara sama ada meningkat dari segi peratusan.
Kadar sumbangan sektor
= nilai keluaran sektor x 100
KDNK
|
3) Sebagai alat pengukur kadar pertumbuhan ekonomi 用来衡量国家的经济成长率
- Kadar pertumbuhan ekonomi dapat diukur dengan membandingkan data pendapatan negara benar (KNK benar / KDNK benar) tahun semasa dengan pendapatan negara benar tahun sebelumnya.
- Jika kadar pertumbuhan ekonomi dalam negara itu adalah bernilai positif dan semakin meningkat, ia menunjukkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara tersebut semakin baik dan semakin maju.
4) Sebagai petunjuk perubahan struktur ekonomi 可用来参考国家经济结构的变化
- Data pendapatan negara dapat menunjukkan perubahan struktur ekonomi sesebuah negara melalui perhitungan kadar peratusan sumbangan sektor ekonomi terhadap keluaran negara antara dua tempoh masa.
- Misalnya, melalui data pendapatan negara tahun 1970-an, 1980-an, 1990-an dan 2000-an, kita dapat mengetahui bahawa perubahan struktur ekonomi Malaysia daripada berasaskan pertanian (1970-an) kepada berasaskan perindustrian dan perkhidmatan (1990 – 2000-an).
Pengetahuan Tambahan 分享额外知识环节 :
Corak perubahan struktur ekonomi Malaysia 马来西亚的经济结构变化规律
Sebelum Kemerdekaan
Kegiatan ekonomi bergantung kepada sektor utama (sektor
pertanian & perlombongan)
Keluaran utama ialah getah dan bijih timah
Tahun 1960-an
Dasar mempelbagaikan ekonomi merupakan teras
pembangunan ekonomi
Memberi tumpuan kepada pembangunan industri penggantian
import
Sektor utama kekal sebagai tulang belakang ekonomi
negara
Tahun 1970-an
Galakan industri berasaskan eksport
Kepentingan sektor kedua semakin meningkat manakala
sektor utama berkurangan
Tahun 1980-an
Sektor utama terjejas akibat harga komoditi jatuh
Pelan induk Perindustrian dan Dasar Perindustrian Berat
mengembangkan sektor perbuatan
Pembinaan infrastruktur menggiatkan sektor perbuatan
Sektor kedua menggantikan sektor utama
Tahun 1990-an hingga 2020
Memberi tumpuan kepada sektor kedua dan ketiga
Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat &
komunikasi (ICT)
Tumpuan utama ialah sektor perkhidmatan & sektor
ICT
Perkembangan k-ekonomi dan e-dagang
5) Sebagai asas membuat perancangan ekonomi 可用来作为管理国家经济的基础
- Data pendapatan negara yang mengandungi butir-butir KDNK, perbelanjaan penggunaan, pelaburan, perubahan dalam stok, import dan eksport negara dan sebagainya dapat memberikan maklumat penting mengenai ciri-ciri kegiatan ekonomi dan prestasi ekonomi sesebuah negara.
- Maklumat tersebut dapat dijadikan sebagai asas perancangan oleh kerajaan untuk membuat ramalan dan perancangan pembangunan ekonomi negara pada masa depan.
2.6 Kelemahan
Data Pendapatan Negara / Pendapatan Per Kapita Sebagai Alat Perbandingan Taraf
Hidup
Perbandingan
antara masa (STPM 2016 (U) / 2019 (U))
1) Perubahan tingkat harga umum 市场价格的变化
可能你们偶尔有听过你们的爸妈说在他们以前的年代虽然他们的收入较少,btw以前年代没有发生很严重的通货膨胀问题,so那时候的他们用一张50令吉的纸钞就可以在pasar sapu 完所有的菜和肉类了。哪像现在,可能你的妈妈不时不时会complain说现在的50令吉根本不够用,去pasar一趟买几只鱼和一些蔬菜就花完了,那是因为现在的物价开始飙涨了。
Pendapatan per kapita
(PPK) sesebuah negara lebih tinggi pada suatu tahun tertentu berbanding dengan
tahun sebelumnya tidak menunjukkan taraf hidup rakyat tinggi kerana tingkat
harga umum yang tinggi menyebabkan jumlah barang yang dinikmati oleh rakyat berkurang.
Pendapatan per kapita (PPK) sesebuah negara lebih rendah pada suatu tahun
tertentu berbanding dengan tahun sebelumnya tidak menunjukkan taraf hidup
rakyat rendah kerana tingkat harga umum yang rendah menyebabkan jumlah barang
yang dinikmati oleh rakyat meningkat.
2) Perubahan dalam eksternaliti negatif 负外在性的变化(比如:环境污染)
即使人均实质所得高又怎样,整个城市交通和汽车的数量那么多,排出一大堆的carbon dioxide和carbon
monoxide,还有工厂也是经常排出一些废气比如nitrogen oxides和sulfur
dioxide,造成空气和环境污染。对了,讲到空气污染我又想到在九月或十月期间我国经常出现烟霾,像去年(2019年)有些州属因为空气污染指数已超过200点,多间学校已停课两三天。读到这,你们可能会觉得很爽,因为当时那几天可以在家休息,不必去学校,哈哈。Btw, 这些烟霾还有空气污染会对我们人体的健康造成很大的影响啦,尤其是我们的呼吸管道和肺部。这种情况会让我们人民的生活水准下降。So, 在这里我来个温馨提醒,除了现在防疫期间要戴口罩之外,烟霾期间出门时也是需要戴口罩哟。抱歉,我好像离题了,哈哈,总而言之PPK高不等于人民生活水准高。
- PPK tinggi ≠ taraf hidup rakyat tinggi kerana berlaku eksternaliti negatif yang serius seperti pencemaran alam yang serius menyebabkan kesihatan dan kualiti hidup rakyat terjejas
- PPK rendah ≠ taraf hidup rakyat rendah kerana eksternaliti negatif yang kurang serius seperti masalah pencemaran alam berkurang lalu membolehkan kesihatan dan kualiti hidup rakyat lebih terjamin
3) Perubahan dalam masa kerja dan masa
rehat 工作时间和休息时间的变化
现在个个上班族整天一直OT(其实也是为了赚更多钱啦),造成每天的休息时间变得很少,可能连去happy hour的时间都没有,更何况说要陪家人。难得现在MCO期间,个个都待在家里,所以是时候现在该好好陪伴家人了。
- PPK tinggi ≠ taraf hidup rakyat tinggi kerana pertambahan dalam masa kerja menyebabkan masa rehat dan masa untuk beriadah berkurang
- PPK rendah ≠ taraf hidup rakyat rendah kerana pengurangan dalam masa kerja menyebabkan pertambahan masa rehat dan masa untuk beriadah
4) Perubahan dalam corak agihan pendapatan 收入分配的形式的变化
即使一个国家的PPK很高,但如果那个国家的收入分配是不平等的话,就会导致有钱人越来越有钱,贫穷人越来越穷。国家的贫穷率也会上升。接下来会发生什么事我就不必多说了吧。For example,在90年代发生印尼排华事件其实也是因为收入分配不平等的问题所造成的。幸亏我们Malaysia没发生这种事啦,因为现在政府有给bantuan prihatin nasional给我们这些M40和B40群体嘛(可是我就没得拿,sad)。所以我国的jurang pengagihan pendapatan会比较小。
- PPK tinggi ≠ taraf hidup rakyat tinggi kerana pendapatan negara tidak diagihkan secara saksama menyebabkan jurang perbezaan pendapatan antara golongan kaya dengan golongan miskin akan menjadi semakin besar
- PPK rendah ≠ taraf hidup rakyat rendah kerana pendapatan negara diagihkan secara saksama menyebabkan jurang perbezaan pendapatan antara golongan kaya dengan golongan miskin akan menjadi semakin kecil
5) Perubahan komposisi pendapatan negara 国家收入构造的变化
即使一个国家的PPK很高,but那个国家的领导人利用大部分的国家收入去购买和研发核武武器,人民终究也是没有获得任何利益的,生活水准也不会提高。(是真的有一个国家这么做的啦,你知我知就好,不必多说)
- PPK tinggi ≠ taraf hidup rakyat tinggi kerana sebahagian besar pendapatan negara dibelanjakan ke atas pengeluaran barang yang tidak dinikmati dan tidak memanfaatkan rakyat seperti barang ketenteraan
- PPK rendah ≠ taraf hidup rakyat rendah kerana sebahagian besar pendapatan negara dibelanjakan ke atas pengeluaran barang yang dinikmati dan memanfaatkan rakyat seperti barang modal dan barang pengguna
** 在这里我想跟你们说,无论题目是问perbandingan antara masa或者是perbandingan antara negara都好,你们都可以用同样的point。可是呢,如果题目是问perbandingan antara masa的话,记得,你们的isi必须mention到perubahan这个字眼,and then huraian呢,你们必须写出2个时间点的比较性,我的第一个point的huraian就是最好的例子,考试时最好是要写到像第一个point的huraian一样那么完整。
**** 在这里顺便教你们一招如何记起来这五个point的keywords。有看到我的isi里所bold和underline起来的那几个字吗
Tingkat
Harga Umum – THU – assume说是thursday
Eksternaliti
– E – 把e当作是eat
Masa kerja
Masa rehat – Mk & Mr – assume Mk 是 mee kari和Mr是 mee rebus
Corak agihan
pendapatan – Cap – 把它想象成capati
Komposisi
pendapatan – kp – 把它当作是kacang panjang
So, 这五个keywords的简称就是Thursday eat mee kari, mee rebus, capati
& kacang panjang.
所以你只需要记住这个句子就可以轻轻松松记完这五个point了,进到考场时也不必怕会忘记这些fakta,哈哈。(抱歉,因为我是个吃货,所以就用这些食物来记这些point,哈哈)。但是呢,要记这些fakta的方式有很多种,如果你们觉得这方法对你们而言是行不通的话就别用,因为讲真的每个人都有自己的读书方法嘛,我的方法只是让你们作为参考罢了。
Perbandingan
antara negara (STPM 2013 (U) / 2016)
1) Perbezaan tingkat harga umum 市场价格的差别
Jika negara X
mempunyai pendapatan per kapita (PPK) yang tinggi tetapi tingkat harga umum di
negara X lebih tinggi, maka kos sara hidup rakyatnya tinggi menyebabkan kuasa
beli masyarakat merosot lalu menyebabkan taraf hidup rakyat negara X lebih
rendah berbanding dengan negara Y yang mempunyai pendapatan per kapita (PPK)
yang rendah tetapi tingkat harga umum di negaranya lebih rendah, maka kos sara
hidup rakyatnya rendah menyebabkan kuali beli masyarakat meningkat lalu
menyebabkan taraf hidup rakyat negara Y lebih tinggi.
2) Perbezaan dalam eksternaliti negatif 负外在性的差别(比如:环境污染)
- Negara X mempunyai PPK tinggi ≠ taraf hidup rakyat tinggi kerana kemajuan ekonomi di negara X mewujudkan eksternaliti negatif yang serius seperti pencemaran alam yang serius
- Negara Y mempunyai PPK rendah ≠ taraf hidup rakyat rendah kerana negara Y mewujudkan eksternaliti negatif yang kurang serius
3) Perbezaan dalam masa kerja dan masa rehat 工作时间和休息时间的差别
- Negara X mempunyai PPK tinggi ≠ taraf hidup rakyat tinggi kerana masa bekerja yang panjang → sebahagian besar masanya dihabiskan di tempat kerja → masa rehat berkurang → tiada masa untuk beriadah dan bersama dengan ahli keluarga
- Negara Y mempunyai PPK rendah ≠ taraf hidup rakyat rendah kerana masa bekerja yang pendek → masa rehat lebih panjang → mempunyai masa untuk beriadah dan bersama dengan ahli keluarga
4) Perbezaan dalam corak agihan pendapatan 收入分配的形式的差别
- Negara X mempunyai PPK tinggi ≠ taraf hidup rakyat tinggi kerana pendapatan negara X tidak diagihkan secara saksama menyebabkan jurang perbezaan pendapatan antara golongan kaya dengan golongan miskin akan menjadi semakin besar
- Negara Y mempunyai PPK rendah ≠ taraf hidup rakyat rendah kerana pendapatan negara Y diagihkan secara saksama menyebabkan jurang perbezaan pendapatan antara golongan kaya dengan golongan miskin akan menjadi semakin kecil
5) Perbezaan komposisi pendapatan negara 国家收入构造的差别
- Negara X mempunyai PPK tinggi ≠ taraf hidup rakyat tinggi kerana sebahagian besar pendapatan negara X dibelanjakan ke atas pengeluaran barang yang tidak memberi manfaat kepada rakyat secara langsung seperti barang ketenteraan dan angkasa lepas
- Negara Y mempunyai PPK rendah ≠ taraf hidup rakyat rendah kerana sebahagian besar pendapatan negara Y dibelanjakan ke atas pengeluaran barang yang membawa manfaat kepada rakyat secara langsung seperti barang modal dan barang pengguna
** 刚刚我有讲过,无论题目是问perbandingan antara masa或者是perbandingan antara negara都好,你们都可以用同样的point。Btw,如果题目是问perbandingan antara negara的话,记得,你们的isi必须mention到perbezaan这个字眼,and then huraian呢,你们必须写出2个国家的比较性,我的第一个point的huraian就是最好的例子,考试时最好是要写到像第一个point的huraian一样那么完整。这就是perbandingan antara masa和perbandingan antara negara的差别。
Sesi Soal Jawab 自问自答环节
Soalan 1: Nyatakan tiga faktor yang menyebabkan
pendapatan faktor bersih luar negeri bernilai negatif di sesebuah negara.
Jawapan :
Soalan 2 : Mengapakah perubahan dalam stok bernilai
negatif ?
Jawapan : Nilai perubahan dalam stok negatif kerana baki
stok pada akhir tahun lebih kecil daripada baki stok pada awal tahun.
Soalan 3 : Apakah maksud kegiatan produktif ?
Jawapan : Kegiatan produktif ialah kegiatan ekonomi
yang telah memberi sumbangan kepada proses pengeluaran.
Soalan 4 : Apakah kaedah yang diamalkan oleh Malaysia
dalam perhitungan pendapatan negara ?
Jawapan : Kaedah perbelanjaan & Kaedah keluaran
|
感谢你们阅读完我的笔记。如果你们想知道或了解更多有关马来西亚的KDNK的数据的话,你们可以去google search laporan ekonomi或者是www.achecker.treasury.gov.my 这website查询资料。如果我的笔记有任何失误的话或者是觉得我的废话太多的话,在这里顺便跟你们说声paiseh啦。如果有任何问题的话可以留言我哟,谢谢。