Sunday, April 12, 2020

Nota STPM ekonomi sem 2 bab 1 经济学第1课笔记


各位中六生,你们好。在阅读前,我想跟你们说 STPM ekonomi 第二学期的课程可以说是三个学期中最难的。我会那么说是因为第二学期所学的课程是宏观经济学。宏观经济学这东西牵涉到很多concept,然后很多concept都是都是有相关的,所以所有concept都比较要了解。不知如此,ekonomi sem 2也是有很多算术题和keluk的题目,所以会比较难。读到这里,可能有些学生会开始担心,不过请放心,take it easy, 只要你们肯花时间多复习ekonomi, 多去读和了解huraian, 多做pass year和latihan,有什么不明白的可以问身旁的老师,朋友还是学霸,这样子的话要score A也是没问题的。我是过来人,请相信我,只要肯努力你们一定行。第一课你们将会学到宏观经济学的简介与介绍。为了让你们更方便复习这些课程,我已经有尽量简化以下的笔记和内容和添加一些些华文意思。

BAB 1 : PENGENALAN KEPADA MAKROEKONOMI



1.1 Aliran Pusingan Pendapatan Negara (国家收入循环流动)(STPM 2013 (U) / 2019)
在这里呢,你们将会学到国家金钱的流动循环。也当然啦,讲的金钱流动不知单单是金钱(aliran wang)而已啦,也有包过物质流动(aliran fizikal),那就是物品与服务(barang dan perkhidmatan)和生产要素(faktor pengeluaran)的流动。


Sektor Ekonomi
Pelaku Ekonomi
Ekonomi 2 sektor
Isi rumah & firma
Ekonomi 3 sektor
Isi rumah, firma & kerajaan
Ekonomi 4 sektor
Isi rumah, firma, kerajaan & sektor luar negara

Pelaku Ekonomi
以下的那些pelaku ekonomihuraian都是在讲解着以上的aliran。那些huraian的颜色都是跟着以上的aliranarrow的颜色是一样的,希望你们大家能够看得明白哟。

1) Isi Rumah (家庭成员)
  • Dikenali sebagai pengguna 
  • Membekalkan faktor-faktor pengeluaran (seperti buruh, tanah, modal, usahawan) kepada firma dan kerajaan   < ekonomi 2 & 3 sektor >
  • Menerima pendapatan dalam bentuk upah, sewa, kadar bunga atau untung daripada firma dan kerajaan   < ekonomi 2 & 3 sektor >
  • Membelanjakan pendapatannya untuk membeli barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh firma   < ekonomi 2 sektor >
  • Menabung baki pendapatan yang tidak dibelanjakan di institusi kewangan   < ekonomi 2 sektor >
  • Membayar cukai (seperti cukai pendapatan perseorangan) kepada kerajaan   < ekonomi 3 sektor >
  • Mengimport barang dan perkhidmatan dari luar negara   < ekonomi 4 sektor >
  • Tujuan: Memaksimumkan kepuasan daripada penggunaan barang dan perkhidmatan

2) Firma (商家)
  • Dikenali sebagai pengeluar
  • Memperoleh faktor pengeluaran daripada isi rumah untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan kepada isi rumah dan kerajaan   < ekonomi 2 & 3 sektor >
  • Membayar pendapatan faktor kepada isi rumah atas penggunaan faktor pengeluarannya   < ekonomi 2 sektor >
  • Memperoleh pendapatan / hasil jualan daripada isi rumah dan kerajaan  < ekonomi 2 & 3 sektor >
  • Membayar cukai (seperti cukai keuntungan syarikat) kepada kerajaan   < ekonomi 3 sektor >
  • Membuat pinjaman dan pelaburan daripada institusi kewangan  < ekonomi 2 sektor >
  • Mengimport barang modal, barang perantaraan dan bahan mentah dari luar negara   < ekonomi 4 sektor >
  • Mengeksport barang dan perkhidmatan ke luar negara   < ekonomi 4 sektor >
  • Tujuan: Memaksimumkan keuntungan daripada kegiatan pengeluarannya
3) Kerajaan(政府)< ekonomi 3 sektor >
  • Memungut cukai pendapatan perseorangan daripada isi rumah dan cukai keuntungan syarikat daripada firma
  • Menyediakan barang dan perkhidmatan awam kepada isi rumah dan firma
  • Melakukan perbelanjaan kerajaan (seperti membeli barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh firma dan memberikan bayaran pindahan dan subsidi kepada isi rumah)
  • Mengimport barang modal dan kelengkapan pertahanan awam dari luar negara
  • Tujuan: Memaksimumkan kebajikan masyarakat

4) Sektor Luar Negara (外国机构)< ekonomi 4 sektor >
  • Melibatkan aktiviti perdagangan antarabangsa (import dan eksport)
  • Eksport wujud apabila :
  • a) Firma tempatan mengeksport barang dan perkhidmatan ke luar negara dan menerima pendapatan eksport dari luar negara
  • Import wujud apabila :
  • a) Isi rumah mengimport barang dan perkhidmatan dari luar negara
  • b) Firma tempatan mengimport barang modal dan barang perantaraan dari luar negara
  • c) Kerajaan mengimport barang modal dan barang kelengkapan awam dari luar negara

***Huraian yang dihighlightkan dengan warna
·         Biru ialah aliran wang (金钱流动)
·         Hijau ialah aliran fizikal(物质流动)

1.2 Matlamat Dasar Makroekonomi(宏观经济学的政策目标)(STPM 2013)
在这里你们会学到makroekonomi的政策目标。第一个目标就是希望国家经济能够达到充分就业,这样很好啊,大家都有工作做,有薪水拿,国家经济也越来越好。第二是希望市场价钱稳定,这是当然的啦,市场价格不稳定,物价一直涨,人民就一直呱呱叫。第三是提升经济成长率,相信每个国家都希望每年经济成长率都会有提升的啦。第四是改善国际收支的情况,这样的话马币就不会一直跌啦。

1) Mencapai tingkat guna tenaga penuh 达到充分就业
  • Maksud: Satu keadaan faktor pengeluaran telah digunakan dengan sepenuhnya dengan kadar pengangguran dalam sesebuah ekonomi yang kurang daripada 4%.
  • Semasa mencapai tingkat guna tenaga penuh → keluaran negara meningkat → pertumbuhan ekonomi berlaku dengan pesat → pendapatan negara meningkat → pendapatan per kapita meningkat → kebajikan masyarakat & taraf hidup rakyat meningkat

2) Kestabilan tingkat harga umum 市场价钱稳定
  • Maksud: Satu keadaan tidak berlaku kenaikan harga atau penurunan harga yang melampau.
  • Kestabilan tingkat harga → pendapatan benar tidak merosot → mengekalkan kestabilan kuasa beli pengguna → menjamin taraf hidup rakyat yang tinggi
  • Kestabilan tingkat harga → meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara
  • Kestabilan tingkat harga → pulangan benar yang stabil → menggalakkan tabungan dalam negara

3) Meningkatkan pertumbuhan ekonomi 提升经济成长率
  • Pertumbuhan ekonomi yang tinggi → menarik kemasukan pelaburan langsung asing dan pelaburan domestik → mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan → mengurangkan kadar pengangguran → mengurangkan kadar kemiskinan → mengecilkan jurang agihan pendapatan dalam ekonomi
  • Pertumbuhan ekonomi yang tinggi → permintaan agregat meningkat → pendapatan negara meningkat → pendapatan per kapita meningkat → taraf hidup rakyat meningkat

4) Membaiki imbangan pembayaran 改善国际收支的情况
  • Kedudukan imbangan pembayaran lebihan → meningkatkan rizab mata wang asing dalam bank pusat → mengukuhkan nilai mata wang sesebuah negara di pasaran pertukaran asing → menggalakkan kemasukan pelaburan langsung asing → peluang pekerjaan meningkat → guna tenaga dalam ekonomi meningkat → mengurangkan pengangguran

1.3 Isu-isu Makroekonomi
1) Inflasi (通货膨胀)(STPM 2014 / 2017(U) / 2018 / 2018(U) )
通货膨胀这个东西相信大家都应该有听过吧。简单来讲就是物价不停飙涨。相信每年每个国家都会有遇到通货膨胀这问题的。但是这是正常的啦,通货膨胀是宏观经济学里的其中一个普片问题。好比如说十年前你吃的福建面是RM 3,十年后没理由说那个福建面也是RM 3的嘛,可能已经是涨价到RM 4.50。这就是通货膨胀。但是,严重的通货膨胀会为国家和人民带来很多后果哟,比如,通货膨胀导致人民的生活品质下降和通货膨胀导致国家经济成长率衰退。如此,为了控制通货膨胀的问题,政府就实行紧缩性财政政策和国家银行也实行紧缩性货币政策。

Maskud Inflasi
Inflasi ialah kenaikan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan secara berterusan dan tidak terbatas dalam ekonomi.

Kesan Buruk Inflasi
1) Inflasi menyebabkan kos sara hidup meningkat. 通货膨胀导致生活费用提高。
  • Kenaikan tingkat harga umum menyebabkan isi rumah terpaksa membelanjakan lebih banyak wang untuk mendapatkan sejumlah barang dan perkhidmatan yang sama

2) Inflasi menyebabkan taraf hidup masyarakat merosot. 通货膨胀导致人民的生活品质下降。
  • Dengan menggunakan sejumlah pendapatan yang sama, kuantiti barang dan perkhidmatan yang diperoleh semakin berkurang
  • Inflasi → masyarakat bekerja lebih masa untuk mengekalkan taraf hidup → masa rehat berkurang → menjejaskan kesihatan → taraf hidup merosot

3) Inflasi memburukkan kedudukan imbangan pembayaran. 通货膨胀导致国际收支更逆差。
  • Inflasi → harga barang eksport secara relatif lebih mahal berbanding dengan harga barang import → permintaan terhadap barang eksport berkurang → nilai eksport menurun → eksport bersih menurun → kurangan dalam imbangan perdagangan → memburukkan kedudukan imbangan pembayaran
  • Inflasi → harga barang import secara relatif lebih murah berbanding dengan harga barang tempatan → permintaan terhadap barang import meningkat → nilai import meningkat → eksport bersih menurun → kurangan dalam imbangan perdagangan → memburukkan kedudukan imbangan pembayaran

4) Inflasi menyebabkan pengagihan pendapatan yang tidak adil. 通货膨胀导致社会的收入分配越来越不公平。
  • Inflasi membesarkan jurang perbezaan agihan pendapatan antara golongan kaya dengan golongan miskin.
  • Segolongan seperti peniaga, pemilik harta tetap dan penghutang akan mendapat keuntungan manakala segolongan seperti golongan berpendapatan tetap dan pemiutang akan mengalami kerugian.

5) Inflasi menjejaskan pertumbuhan ekonomi negara. 通货膨胀导致国家经济成长率衰退。
  • Jika ekonomi telah mencapai tingkat guna tenaga penuh, inflasi menyebabkan kenaikan tingkat harga umum tanpa diikuti oleh kenaikan tingkat keluaran negara.
  • Apabila ini berlaku, produktiviti negara terjejas lalu menyebabkan petumbuhan ekonomi negara tersebut terjejas.

Langkah-langkah mengatasi inflasi
1) Dasar fiskal menguncup 紧缩性财政政策
  • Maksud / Cara :
  • Satu langkah kerajaan untuk mengatasi inflasi dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menaikkan cukai.
  • Kesan :
  • a) G berkurang → AE berkurang → AD berkurang → berlaku lebihan AS pada harga asal → stok berlebihan → firma mengurangkan keluaran → Y berkurang → P turun (inflasi diatasi)
  • b) T meningkat → Yd turun → C berkurang → AE berkurang → AD berkurang → berlaku lebihan AS pada harga asal → stok berlebihan → firma mengurangkan keluaran → Y berkurang → P turun (inflasi diatasi)


2) Dasar kewangan menguncup 紧缩性货币政策
  •  Maksud / Cara :
  • Satu tindakan bank pusat untuk mengatasi inflasi dengan mengurangkan penawaran wang dalam ekonomi supaya kadar bunga dalam ekonomi meningkat.
  • Kesan :
  • M/S berkurang → r naik → kos pinjaman meningkat → isi rumah & firma mengurangkan pinjaman → C&I berkurang → AE berkurang → AD berkurang → berlaku lebihan AS pada harga asal → stok berlebihan → firma mengurangkan keluaran → Y berkurang → P turun (inflasi diatasi)

3) Dasar kawalan langsung 严格管制政策
  • Maksud / Cara :
  • Satu tindakan kerajaan untuk menstabilkan ekonomi melalui pengawalan dan penetapan tingkat harga dan tingkat upah.
  • Contoh & Kesan :
  • a) Kerajaan menetapkan harga barang keperluan pada tingkat harga yang lebih rendah daripada harga keseimbangan di pasaran (Dasar harga maksimum 价格上限政策). Maka, infasi dapat dikawal.
  • b) Kerajaan melaksanakan dasar upah maksimum 薪金上限政策 untuk mengawal tuntutan kenaikan upah oleh kesatuan sekerja dan mengawal kenaikan kos pengeluaran firma. Maka, inflasi tolakan kos dapat dikawal.

*** C-perbelanjaan penggunaan 消费支付, I-pelaburan 投资支付, G-perbelanjaan kerajaan 政府支付, AE- perbelanjaan agregat 总合支出 , AD-permintaan agregat 总合需求, AS-penawaran agregat 总合供应, Y-pendapatan negara 国家收入, P-harga pasaran 市场价钱, T-cukai 税收, Yd-pendapatan boleh guna 可使用的收入 , M/S-penawaran wang dalam ekonomi 钱币供给 , r-kadar bunga 利率

2) Pengangguran (失业)(STPM 2014 / 2016(U) / 2017 / 2017(U) / 2019(U) )
失业也是宏观经济学里该面对的其中一个问题。在这年头(2020年)相信很多国家都面临这问题,就因为新冠型肺炎这疫情的关系嘛,许多国家都已经封国封城,开始实行行动管制令,很多行业都停工,个个都没工作做,准备等着吃草,全世界多个国家的失业率瞬间飙升。失业会为人民,商家和国家带来不少的后果。例如说,严重的失业率会导致国家经济成长率衰退,人民的生活品质下降,浪费人力资源等。为了缓解严重的失业率问题,政府有采取些政策和行动,如实行扩张性财政政策,与商家合作一起开放和发展土地等等。

Maksud Pengangguran
Pengangguran ialah satu keadaan tenaga buruh dalam lingkungan umur 15-64 tahun (tidak termasuk pelajar, mahasiswa, suri rumahtangga, pesara dan golongan kehilangan upaya bekerja) yang aktif mencari pekerjaan dan sanggup bekerja tetapi gagal memperoleh sebarang pekerjaan pada suatu tingkat upah tertentu.

Kesan Pengangguran
1) Pembaziran sumber manusia 浪费人力资源
  • Pengangguran yang tinggi → tenaga buruh tidak digunakan dengan sepenuhnya → kemahiran yang sedia ada tidak digunakan → kemahiran buruh merosot → kos firma untuk melatih buruh meningkat

2) Menjejaskan pertumbuhan ekonomi sesebuah negara 国家经济成长率衰退
  • Pengangguran yang tinggi → produktiviti dalam negara rendah → keluaran negara berkurang → pendapatan negara berkurang → tabungan negara & pembentukan modal berkurang
  • Pengangguran yang tinggi → keluaran negara berkurang → KNK sebenar < KNK potensi → pertumbuhan ekonomi pada masa depan terjejas

3) Menjejaskan taraf hidup rakyat 人民的生活品质下降
  • Pengangguran yang tinggi → tenaga buruh yang kehilangan peluang pekerjaan tidak mempunyai punca pendapatan → pendapatan boleh guna berkurang → kuasa beli jatuh → perbelanjaan penggunaan merosot → jumlah barang dan perkhidmatan yang dapat dinikmati berkurang → taraf hidup rakyat merosot

4) Mengurangkan hasil kerajaan 政府收入减少
  • Pengangguran yang tinggi → banyak tenaga buruh tidak mempunyai pekerjaaan → kemerosotan pendapatan boleh guna isi rumah → hasil kutipan cukai pendapatan perseorangan berkurang → jumlah hasil kutipan cukai berkurang → hasil kerajaan berkurang
  • Pengangguran yang tinggi → pengurangan pelaburan firma → pengurangan keuntungan firma → hasil kutipan cukai keuntungan syarikat berkurang → jumlah hasil kutipan cukai berkurang → hasil kerajaan berkurang

5) Meningkatkan kos kerajaan 政府的开销费用增加
  • Pengangguran yang tinggi → kerajaan terpaksa menanggung kos-kos utiliti dan elaun pengangguran → perbelanjaan mengurus kerajaan meningkat → kos pembayaran pembangunan negara berkurang → aktiviti pembangunan negara terjejas

Langkah mengatasi isu pengangguran
1) Dasar fiskal mengembang 扩张性财政政策
  • Maksud / Cara :
  • Satu langkah kerajaan untuk mengatasi pengangguran dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan cukai.
  • Kesan :
  • a) G meningkat → AE meningkat → AD meningkat → berlaku lebihan AD pada harga asal → kekurangan stok → firma meningkatkan keluaran → firma meningkatkan permintaan tenaga buruh → guna tenaga meningkat → pengangguran berkurang
  • b) T berkurang → Yd meningkat → C meningkat → AE meningkat → AD meningkat → berlaku lebihan AD pada harga asal → kekurangan stok → firma meningkatkan keluaran → firma meningkatkan permintaan tenaga buruh → guna tenaga meningkat → pengangguran berkurang

2) Dasar kewangan mengembang 扩张性货币政策
  • Maksud / Cara :
  • Satu tindakan bank pusat untuk mengatasi pengangguran dengan meningkatkan penawaran wang dalam ekonomi supaya kadar bunga dalam ekonomi menurun.
  • Kesan :
  • M/S meningkat → r turun → kos pinjaman turun → isi rumah & firma meningkatkan pinjaman → C&I meningkat → AE meningkat → AD meningkat → berlaku lebihan AD pada harga asal → kekurangan stok → firma meningkatkan keluaran → firma meningkatkan permintaan tenaga buruh → guna tenaga meningkat → pengangguran berkurang

3) Pertumbuhan Ekonomi (经济成长)(STPM 2015)
经济成长这东西就是国家生产量提高就导致国家收入提高,自然而然国家经济成长率也跟着提高咯。相信这个isu我应该不需要多加以解释了吧。也当然,如果国家经济成长率衰退的话,带来的严重性也不小喔,例如政府收入减少,投资减少,人民平均收入也减少。然而,政府和商家会采取一些行动来改善经济成长率衰退的问题

Maksud Pertumbuhan Ekonomi
Pertumbuhan ekonomi ialah pertambahan pengeluaran barang dan perkhidmatan dalam ekonomi yang menyumbang kepada peningkatan pendapatan negara benar atau keluaran negara benar pada tahun tertentu berbanding dengan tahun sebelumnya.

Kesan Pertumbuhan Ekonomi Negatif
1) Pertumbuhan ekonomi negatif → firma mengurangkan keluaran → pelaburan langsung asing & pelaburan tempatan berkurang
2) Pertumbuhan ekonomi negatif → peluang pekerjaaan semakin berkurang → ramai penduduk tidak mendapat pekerjaan → pendapatan masyarakat menurun → kadar kemiskinan dalam negara meningkat → ekonomi tidak dapat keluar dari putaran ganas kemiskinan
3) Pertumbuhan ekonomi negatif → firma mengurangkan keluaran → firma mengurangkan permintaan tenaga buruh → peluang pekerjaan berkurang → guna tenaga berkurang → pengangguran meningkat
4) Pertumbuhan ekonomi negatif → firma mengurangkan keluaran dan pelaburan → pengurangan keuntungan firma → hasil kutipan cukai keuntungan syarikat berkurang → jumlah hasil kutipan cukai berkurang → hasil kerajaan berkurang
5) Pertumbuhan ekonomi negatif → pendapatan negara berkurang → pendapatan per kapita berkurang → kuasa beli masyarakat jatuh → taraf hidup masyarakat menurun
Langkah meningkatkan pertumbuhan ekonomi
1) Langkah kerajaan
  • Cara 1 : Memberi subsidi kepada firma tempatan yang menjalankan R&D
  • Kesan : Menggalakkan kemasukan pelaburan domestik → firma akan meningkatkan keluaran → keluaran negara meningkat → pendapatan negara meningkat → petumbuhan ekonomi negara lebih pesat
  • Cara 2 : Mengecualikan cukai kepada firma asing yang melabur dalam kegiatan R&D
  • Kesan : Menggalakkan kemasukan pelaburan langsung asing → firma akan meningkatkan keluaran → keluaran negara meningkat → pendapatan negara meningkat → petumbuhan ekonomi negara lebih pesat
  • Cara 3 : Meningkatkan taraf pendidikan dan latihan buruh melalui penubuhan kolej, universiti dan institusi kemahiran teknik dan vokasional
  • Kesan : Tenaga buruh mahir meningkat → produktiviti buruh meningkat → keluaran negara meningkat → pendapatan negara meningkat → pertumbuhan ekonomi negara lebih pesat

2) Langkah firma
  • Cara : Penggunaan teknologi moden dalam proses pengeluaran
  • Kesan : Daya pengeluaran meningkat → firma dapat meningkatkan pengeluaran secara besar-besaran → keluaran negara meningkat → pendapatan negara meningkat → pertumbuhan ekonomi negara lebih pesat

4) Imbangan Pembayaran (国际收支)
相信有些学生可能不懂什么是国际收支。不过没关系,在这我就用中文解释,国际收支是记录一个国家在一年内对外国的收入和支出的总额的财务表。国际收支是有纪录着经常账户(akaun semasa),资本账户(akaun modal)和金融与资本账户(akaun pergerakan kewangan)。国际收支的总额对一个国家而言是如此重要,因为国际收支会影响到存在国家银行的外币存额和该国家钱币的价值。

Maksud Imbangan Pembayaran
Imbangan pembayaran ialah satu penyata kewangan yang merekodkan semua urus niaga tentang aliran masuk dan aliran keluar wang serta modal yang berlaku antara sesebuah negara dengan negara lain dalam tempoh setahun.
Imbangan pembayaran defisit ialah imbangan pembayaran yang menunjukkan aliran wang dan modal yang masuk ke dalam sesebuah negara kurang daripada aliran wang dan modal yang keluar ke negara asing.

Kesan Imbangan Pembayaran Defisit
1) Imbangan pembayaran defisit → kerajaan terpaksa menggunakan rizab pertukaran asing untuk menampung kurangan tersebut → rizab mata wang asing di bank pusat berkurang
2) Imbangan pembayaran defisit → kemerosotan nilai mata wang sesebuah negara di pasaran pertukaran asing → mengurangkan kemasukan pelaburan langsung asing → menjejaskan kegiatan ekonomi di negara tersebut → peluang pekerjaan di negara tersebut berkurang

Langkah mengatasi isu imbangan pembayaran defisit
1) Meningkatkan eksport barang
  • Cara :
  • a) Kerajaan memberikan subsidi eksport kepada firma berorientasikan eksport
  • b) Kerajaan mengurangkan cukai eksport terhadap barang yang dieksport
  • Kesan :
  • Kos pengeluaran barang eksport berkurang → harga barang eksport menjadi lebih murah → permintaan terhadap barang eksport meningkat → nilai eksport meningkat → eksport bersih meningkat → imbangan akaun perdagangan & imbangan akaun semasa bertambah baik → imbangan pembayaran defisit dapat dibaiki

2) Mengurangkan dan mengawal import barang
  • Cara :
  • a) Pengenaan tarif 抽税 / duti import
  • b) Pengenaan alat sekatan bukan tarif (seperti kuota 限额, embargo 禁运, kawalan pertukaran mata wang asing 外汇管制, piawaian kesihatan dan keselamatan)
  • Kesan :
  • Harga barang import menjadi lebih mahal → permintaan terhadap barang import berkurang → nilai import menurun → eksport bersih meningkat → imbangan akaun perdagangan & imbangan akaun semasa bertambah baik → imbangan pembayaran defisit dapat dibaiki

3) Devaluasi 自贬
  • Maksud :
  • Devaluasi ialah tindakan kerajaan sesebuah negara menurunkan nilai mata wang negaranya berbanding dengan nilai mata wang negara lain.
  • Kesan :
  • Harga barang tempatan / barang eksport menjadi lebih murah & harga barang import menjadi lebih mahal → permintaan terhadap barang eksport meningkat & permintaan terhadap barang import berkurang → nilai eksport meningkat & nilai import menurun → eksport bersih meningkat → imbangan akaun perdagangan & imbangan akaun semasa bertambah baik → imbangan pembayaran defisit dapat dibaiki

1.4 Petunjuk Makroekonomi (宏观经济学索引)
1) Keluaran Negara Kasar (KNK) (国民生产总值)(STPM 2014 (U))
国民生产总值是指在一定期间内或一年内国民所生产的最终物品和服务的市场总值。国民生产总值是计算所有居住在国内和国外的马来西亚公民(only for Malaysian)的产值。这是不包过我国的外国公民生产的总值哟。
  • Keluaran Negara Kasar (KNK) ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik warganegara sebuah negara yang berada di dalam atau di luar negara bagi tempoh setahun.
  • KNK mempunyai 2 konsep, iaitu KNK potensi & KNK sebenar.
  • KNK potensi ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang mungkin dicapai oleh sesebuah negara untuk tempoh setahun apabila semua sumber ekonomi telah digunakan dengan sepenuhnya.
  • KNK sebenar ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang benar-benar dicapai oleh sesebuah negara untuk tempoh setahun dengan menggunakan sumber ekonomi yang sedia ada.

2) Kadar Inflasi (通货膨胀率)
Kadar inflasi ialah satu ukuran yang menunjukkan peratusan kenaikan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan pada suatu tahun tertentu berbanding dengan tahun sebelumnya.



3) Kitaran Perniagaan (经济循环)(STPM 2016)
经济循环是一种不规则的经济波动现象。简单来讲叻,经济循环这东西就好像是坐“过山车”一样,起伏不定啦。这又是为什么呢?那是因为在经济循环中,有分成四种阶段,那就是繁荣阶段,衰退阶段,萧条阶段和复苏阶段。这几个阶段是在宏观经济的活动中常。这几个阶段是在宏观经济的活动中常出现周期性的上下波动,犹如海浪般起伏不定的现象。
Kitaran perniagaan merujuk kepada perubahan fenomena ekonomi dari semasa ke semasa, iaitu keadaan ekonomi mengembang, merosot, meleset dan pemulihan dalam jangka masa tertentu.
Rajah di bawah menunjukkan satu kitaran perniagaan bagi negara X (tahun 2003 – 2013).


Tahun 2003 – tahun 2005 :
  • Antara titik a hingga titik b
  • Berlaku pengembangan ekonomi 经济繁荣期
  • KNK sebenar semakin meningkat & KNK sebenar > KNK potensi
  • Wujud lompang inflasi / inflasi yang tinggi dalam ekonomi
  • Kadar pertumbuhan ekonomi positif
  • Guna tenaga dalam ekonomi tinggi & kadar pengangguran rendah

Tahun 2005 – tahun 2007 :
  • Antara titik b hingga titik d
  • Ekonomi negara sedang merosot 经济衰退期
  • KNK sebenar semakin menurun
  • KNK sebenar masih melebihi KNK potensi

Tahun 2007 – tahun 2009 :
  • Antara titik d hingga titik f
  • Negara X menghadapi kemelesetan ekonomi 经济萧条期
  • KNK sebenar semakin menurun & KNK potensi > KNK sebenar
  • Wujud lompang deflasi / jurang KNK dalam ekonomi
  • Kadar pertumbuhan ekonomi negatif
  • Guna tenaga dalam ekonomi rendah
  • Kadar pengangguran semakin meningkat

Tahun 2009 – tahun 2011 :
  • Antara titik f hingga titik h
  • Negara X mengalami pemulihan ekonomi 经济复苏期
  • Sedang berkembang ke arah mencapai tingkat guna tenaga penuh pada tahun 2011
  • Kadar pengangguran semakin menurun

Tahun 2011 – tahun 2013 :
  • Antara titik h hingga titik i
  • Berlaku pengembangan ekonomi semula
  • KNK sebenar semakin meningkat & KNK sebenar > KNK potensi
  • Wujud lompang inflasi / inflasi yang tinggi dalam ekonomi
  • Kadar pertumbuhan ekonomi positif
  • Guna tenaga dalam ekonomi tinggi & kadar pengangguran rendah
4) Kadar Pengangguran (失业率)
  • Kadar pengangguran ialah satu ukuran yang menunjukkan peratusan jumlah tenaga buruh yang tidak melakukan sebarang kegiatan ekonomi berbanding dengan jumlah tenaga buruh di pasaran.
  • Tenaga buruh ialah jumlah penduduk dalam umur 15 hingga 64 tahun tetapi tidak termasuk pesara, pelajar, mahasiswa dan suri rumah tangga.
  • Guna tenaga ialah tenaga buruh yang menjalankan kegiatan produktif, iaitu menyumbang kepada proses pengeluaran barang dan perkhidmatan dalam sesebuah ekonomi pada suatu masa tertentu.
  • Penganggur ialah tenaga buruh yang aktif mencari pekerjaan dan sanggup bekerja tetapi gagal memperoleh sebarang pekerjaaan pada suatu tingkat upah tertentu.

Tenaga buruh = Guna tenaga + Penganggur

5) Kadar Bunga (利息)
  • Kadar bunga ialah ganjaran kepada pemilik faktor modal, iaitu bayaran oleh peminjam modal kepada pemilik modal dan diukur dalam bentuk peratusan tertentu.
  • Jenis kadar bunga :
  • a) Kadar bunga nominal – kadar bunga yang dikenakan terhadap peminjam modal yang meminjam sejumlah modal dan dinyatakan dalam nilai wang semasa (tanpa mengambil kira kadar inflasi)
  • b) Kadar bunga benar – kadar bunga yang sebenar dibayar setelah mengambil kira perubahan tingkat harga umum (dengan mengambil kira kadar inflasi)

Kadar bunga benar = Kadar bunga nominal – Kadar inflasi
6) Kadar Pertumbuhan Ekonomi (经济成长率)
Kadar pertumbuhan ekonomi ialah satu ukuran yang menunjukkan peratusan / kadar perubahan keluaran negara benar pada suatu tahun tertentu berbanding dengan tahun sebelumnya.

7)Akaun Dagangan (交易账户)

Akaun perdagangan ialah satu akaun yang mencatat nilai bersih bagi urus niaga yang melibatkan eksport dan import barang nampak antara sesebuah negara dengan negara lain dalam tempoh setahun.

Imbangan Akaun Perdagangan = Nilai eksport barang – Nilai import barang
8) Akaun Semasa (经常账户)
Akaun semasa ialah satu akaun yang mencatat aliran wang bagi urus niaga yang melibatkan eksport dan import barang dan perkhidmatan, pendapatan serta pindahan semasa antara sesebuah negara dengan negara lain dalam tempoh setahun.

Imbangan Akaun Semasa = Imbangan akaun perdagangan + Imbangan akaun perkhidmatan + Akaun pendapatan primer + Akaun pendapatan sekunder

第一课的内容就此结束。感谢你们阅读我的笔记。如果有什么不明白的还是我的笔记有失误的话可留言我。

29 comments:

  1. 谢谢,比课本的还完整

    ReplyDelete
  2. 可以问一下什么是Akaun pendapatan primer & Akaun pendapatan sekunder吗?谢谢

    ReplyDelete
    Replies
    1. 你可以去看我的bab 5的notes, 在那边我有解释

      Delete
    2. 可以分享bab 5的link吗?我找不到

      Delete
  3. Ni relevan lagi sampai sekarg?ad mandarin sekali.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya, nota ni masih boleh pakai lagi, harap anda boleh baca dgn faham & jelas walaupun mempunyai bahasa mandarin 😅

      Delete
    2. Kalau kamu mempunyai sebarang pertanyaan boleh terus tanya saya

      Delete
  4. 谢谢 你的笔记很容易明白 请问有完整的SEM 1 和 SEM 2 吗 我要准备复习retake

    ReplyDelete
    Replies
    1. sem 2的我有, sem 1我没做,抱歉,不过有任何问题可以问我

      Delete
  5. thank for youe sharing , ia really help me and increase my confident level for taking ekonomi retake

    ReplyDelete
  6. 想问下 jadual KDNK perbelanjaan 有perbelanjaan persendirian,perbelanjaan kerajaan ,eksport barang dan perkhidmatan ,import barang dan perkhidmatan 和pembentukan modal tetap kasar,这些算是ekonomi 4sektor对吗?那么我的aliran pendapatan 也要是4sektor吗?因为我是student matrik ,我只是学的2,3 sektor而已

    ReplyDelete
    Replies
    1. 有涉及到 eksport and import 就是 ekonomi 4 sektor, 如果你只是学2,3sektor, 那么就不用看 eksport and import

      Delete
  7. Hiii 想问你一下关于sem 1的问题。
    如何算Lebihan pengguna和lebihan pengeluar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. lebihan pengguna 看左上角的三角形
      lebihan pengeluar左下角的三角形
      两个都算式都是(1/2 ×三角形的高 ×三角形的宽 )

      Delete
  8. 因为不知道如何联系你 所以我只好在这边问你

    ReplyDelete
  9. 希望你会看到啦

    ReplyDelete
  10. 非常清楚,谢谢你的笔记;)

    ReplyDelete
  11. Hihi 有sem 1 bab 2 的筆記嗎?

    ReplyDelete
  12. Replies
    1. http://annalittleshare.blogspot.com/2017/06/eko-penggal-1part-1.html sem1 mikroekonomi的学弟学妹们可以去这边找Anna学姐的笔记

      Delete
    2. Thank you for sharing your tips for Mikroekonomi.XD

      Delete
  13. 你好,请问有sem2 bab2的笔记吗?就是关于很多kdnk的那课,我好像没找到欸,还是说我看漏了?

    ReplyDelete
  14. Thank you for sharing this notes

    ReplyDelete