哈喽,各位中六生,你们好。在这一课里的笔记我弄成两个part。Part 1是跟keseimbangan pendapatan
negara的konsep, teori, esei 和keluk有关的then part 2是跟计算keseimbangan pendapatan
negara,fungsi penggunaan,fungsi tabungan等等的算术题有关。先跟你们讲清楚,这一课的笔记我是比较少放华语解释,但是在这一课里我会跟你们大家讲解teknik menjawab soalan
esei berjenis keluk还有如何正确去计算pendapatan negara pada
tingkat keseimbangan。Bab 3是在整个sem 2里头最重要的一课,因为bab 4 & 5跟bab 3的课程是有关联的。希望各位童鞋能够score好这个bab。大家加油!
BAB 3 : PENENTUAN KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA
& DASAR FISKAL
BAHAGIAN
TEORI & ESEI (PART 1)
3.1 Pendekatan
Perbelanjaan Agregat – Pendapatan (AE-Y) : Harga Tetap
Konsep Penentuan
Keseimbangan Pendapatan Negara
Keseimbangan
pendapatan negara ialah satu keadaan jumlah
perbelanjaan yang dilakukan oleh
sektor-sektor ekonomi sama dengan jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh ekonomi tersebut.
ATAU
Keseimbangan
pendapatan negara ialah satu keadaan jumlah
suntikan sama dengan jumlah bocoran dalam ekonomi.
Pendekatan menentukan
keseimbangan pendapatan negara :
1) Pendekatan
perbelanjaan agregat (AE) sama dengan penawaran agregat (AS)
2) Pendekatan
suntikan (J) sama dengan bocoran (W)
Sektor Ekonomi
|
Pendekatan Y = AE
|
Pendekatan bocoran = suntikan
|
Ekonomi 2 sektor
|
Y = C + I
|
S = I
|
Ekonomi 3 sektor
|
Y = C + I + G
|
S + T = I + G
|
Ekonomi 4 sektor
|
Y = C + I + G + X – M
|
S + T + M = I + G + X
|
***
AE (aggregate
expenditure / 总合支出) – Jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh semua sektor
ekonomi
AS (aggregate supply
/ 总合供给) –
Jumlah keluaran barangan dan perkhidmatan oleh ekonomi negara
J (injection / 注入) –
Aliran masuk wang ke dalam aliran pusingan pendapatan negara
W (withdrawals / 漏出) –
Aliran keluar wang daripada aliran pusingan pendapatan negara
EKONOMI
2 SEKTOR
Ekonomi 2 sektor =
ekonomi tertutup tanpa campur tangan kerajaan 没政府参与的封闭经济体系
Aliran Pusingan
Pendapatan Ekonomi 2 Sektor
Aliran Fizikal
物质流动 – Pergerakan barang & perkhidmatan
& faktor pengeluaran
1) Isi
rumah
- membekalkan faktor-faktor pengeluaran (seperti buruh, tanah, modal, usahawan) kepada firma
- memperoleh barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh firma
2)
Firma
- memperoleh faktor pengeluaran daripada isi rumah
- mengeluarkan barang dan perkhidmatan kepada isi rumah
Aliran
Wang 金钱流动 – Aliran pendapatan faktor pengeluaran &
perbelanjaan barang dan perkhidmatan
1) Isi
rumah
- Menerima pendapatan dalam bentuk upah, sewa, kadar bunga atau untung daripada firma
- Membelanjakan pendapatannya untuk membeli barang dan perkhidmatan
- Menabung baki pendapatan yang tidak dibelanjakan di institusi kewangan
2)
Firma
- Membayar pendapatan faktor kepada isi rumah atas penggunaan faktor pengeluarannya
- Memperoleh pendapatan / hasil jualan daripada isi rumah
- Membuat pinjaman bagi tujuan pelaburan daripada institusi kewangan
- Menabung simpanan atau deposit di institusi kewangan
3)
Institusi kewangan
- Menerima deposit atau simpanan dari isi rumah dan firma
- Memberi pinjaman kepada firma untuk membuat pelaburan
***
Tabungan isi rumah
(Saving (S) / 储蓄) = bocoran kerana akan mengurangkan pendapatan dalam
aliran pusingan pendapatan
Pelaburan firma (Investment (I) / 投资) = suntikan kerana akan menambahkan pendapatan dalam
aliran pusingan pendapatan
Perbelanjaan
Penggunaan (Consumption Expenditure (C) / 消费支出)
Maksud :
Perbelanjaan
penggunaan ialah perbelanjaan yang
dilakukan oleh sektor isi rumah untuk membeli
barang dan perkhidmatan bagi
memenuhi keperluan dan kehendaknya.
Contoh :
1) Perbelanjaan ke
atas barang keperluan asas (makanan dan pakaian)
2) Perbelanjaan ke
atas barang tahan lama (peti sejuk dan kereta)
3) Perbelanjaan ke
atas perkhidmatan (pendidikan dan kesihatan)
Jenis perbelanjaan
penggunaan :
1) Penggunaan
autonomi (Autonomous consumption / 自发性消费)
- tidak bergantung pada pendapatan negara
- bergantung pada faktor lain seperti tabungan lepas, harta pusaka, derma dan hadiah
- apabila Y = 0, perbelanjaan ini masih dijalankan
- keluknya ialah satu garis mendatar
2) Penggunaan teraruh
(Induced consumption / 诱发性消费)
- bergantung pada pendapatan negara
- apabila Y meningkat, C teraruh juga meningkat
- apabila Y menurun, C teraruh juga berkurang
- keluknya ialah satu garis lurus yang mencerun ke atas dan bermula dari titik origin
Faktor-faktor yang
mempengaruhi penggunaan :
1) Tingkat pendapatan isi rumah (家庭收入)
- Yd ↑ → C ↑
- Yd ↓ → C ↓
2) Kadar bunga (利率的高低)
- r ↑ → S ↑ → C ↓
- r ↓ → S ↓ → C ↑
3) Dasar kerajaan (政府的政策,如:调整税务的高低)
- Kerajaan ↑ T → Yd ↓ → kuasa beli
↓ → C ↓
- Kerajaan ↓ T → Yd ↑ → kuasa beli
↑ → C ↑
4) Ramalan pengguna terhadap perubahan harga umum dan
pendapatan pada masa depan (消费者预测经济前景的好坏)
- Jika pengguna menjangka inflasi akan berlaku pada masa hadapan, maka mereka akan menaikkan C pada masa ini
- Jika pengguna menjangka tingkat pendapatannya akan naik pada masa hadapan, maka mereka akan menaikkan C pada masa ini
5) Kemudahan sewa beli dan kredit (分期付款的便利)
- Kelonggaran syarat kemudahan sewa beli dan kredit → pengguna hanya perlu membayar sedikit wang pendahuluan → bakinya boleh dibayar secara ansuran melalui pinjaman bank → C akan meningkat secara tidak langsung
Pelaburan
(Investment Expenditure (I) / 投资支出)
Maksud :
Pelaburan ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh sektor firma untuk membeli
barang modal dan barang perantaraan bagi meningkatkan keupayaan firma untuk
mengeluarkan barang dan perkhidmatan.
Contoh perbelanjaan :
1) Barang modal
(loji, jentera, mesin dan kelengkapan pejabat)
2) Bahan mentah
3) Barang separuh
siap
4) Barang siap belum
dijual
5) Pembinaan
(memdirikan kilang)
Jenis pelaburan :
1) Pelaburan autonomi
(Autonomous investment / 自发性投资)
- tidak dipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara
- dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti kadar bunga, tingkat teknologi, kadar pulangan modal dan dasar kerajaan
- apabila Y = 0, tingkat pelaburan masih tetap
- keluknya ialah satu garis mendatar
2) Penggunaan teraruh
(Induced investment / 诱发性投资)
- bergantung pada pendapatan negara
- apabila Y meningkat, I teraruh juga meningkat
- apabila Y menurun, I teraruh juga berkurang
- keluknya ialah satu garis lurus yang mencerun ke atas dan bermula dari titik origin
Faktor-faktor yang
mempengaruhi pelaburan :
1) Pendapatan negara (国家收入的高低)
- Y ↑ → kegiatan ekonomi negara ↑ → firma ↑ Q → I ↑
2) Kadar bunga (利率的高低)
- r ↑ → kos pinjaman ↑ → keuntungan pelaburan ↓ → firma ↓ pinjaman → I ↓
- r ↓ → kos pinjaman ↓ → keuntungan pelaburan ↑ → firma ↑ pinjaman → I ↑
Berdasarkan keluk MEI
di atas, kita dapat disimpulkan bahawa hubungan antara kadar bunga dan
pelaburan adalah berkadar songsang.
*** MEI (kecekapan
modal sut / marginal efficiency of investment / 投资边际效率)
3) Kadar pulangan modal (投资回酬率)
- Kadar pulangan modal > kadar bunga → pulangan modal > kos pinjaman → firma ↑ I
- Kadar pulangan modal < kadar bunga → pulangan modal < kos pinjaman → firma ↓ I
4) Jangkaan masa depan (商家预测经济前景的好坏)
- Jika firma menjangkakan ekonomi akan mengalami pertumbuhan yang pesat pada masa depan, firma akan meningkatkan pelaburan
- Jika firma menjangkakan ekonomi akan meleset pada masa hadapan, firma akan mengurangkan pelaburan
5) Dasar kerajaan (政府的政策,如:调整税务的高低)
- Kerajaan ↑ T → untung bersih selepas cukai ↓ → mengurangkan minat firma untuk membuat pelaburan → I ↓
- Kerajaan ↓ T → untung bersih selepas cukai ↑ → meningkatkan minat firma untuk membuat pelaburan → I ↑
6) Tingkat teknologi (科技)
- Perkembangan teknologi → daya pengeluaran ↑ → kos pengeluaran ↓ → keuntungan firma ↑ → meningkatkan minat firma untuk membuat pelaburan → I ↑
Keseimbangan
Pendapatan Negara Ekonomi 2 Sektor
Rajah
(a)
|
Rajah
(b)
|
Keseimbangan pendapatan negara ekonomi 2
sektor tercapai apabila keluk Y = AE, iaitu C + I di titik keseimbangan E0 pada keseimbangan pendapatan negara Y0.
|
Keseimbangan pendapatan negara ekonomi 2
sektor tercapai apabila keluk suntikan bersilang dengan keluk bocoran, iaitu
I = S di titik keseimbangan E0 pada
keseimbangan pendapatan negara Y0.
|
Pada pendapatan negara lebih rendah
daripada Y0, iaitu Y1, ekonomi tidak mencapai keseimbangan kerana berlaku
lebihan AE sebanyak ab. Apabila ini berlaku, stok dalam ekonomi berkurangan
dan ini akan menggalakkan firma untuk meningkatkan keluaran sehingga mencapai
keseimbangan di titik E0 apabila keluk Y = AE, iaitu C + I pada pendapatan
negara Y0.
|
Pada pendapatan negara lebih rendah
daripada Y0, iaitu Y1, ekonomi tidak mencapai keseimbangan kerana berlaku
lebihan suntikan sebanyak ab. Apabila ini berlaku, stok dalam ekonomi
berkurangan dan ini akan menggalakkan firma untuk meningkatkan keluaran
sehingga mencapai keseimbangan di titik E0 apabila keluk I = S pada pendapatan negara Y0.
|
Pada pendapatan negara lebih tinggi daripada Y0, iaitu Y2, ekonomi tidak mencapai
keseimbangan kerana berlaku lebihan AS sebanyak cd. Apabila ini berlaku, stok
dalam ekonomi berlebihan dan ini akan menggalakkan firma untuk mengurangkan
keluaran sehingga mencapai keseimbangan di titik E0 apabila keluk Y = AE, iaitu C + I
pada pendapatan negara Y0.
|
Pada pendapatan negara lebih tinggi daripada Y0, iaitu Y2, ekonomi tidak mencapai
keseimbangan kerana berlaku lebihan bocoran sebanyak cd. Apabila ini berlaku,
stok dalam ekonomi berlebihan dan ini akan menggalakkan firma untuk
mengurangkan keluaran sehingga mencapai keseimbangan di titik E0 apabila keluk I = S pada pendapatan
negara Y0.
|
Kesan
Perubahan C atau I ke atas Keseimbangan Pendapatan Negara
Pendekatan AE – Y
1) Peningkatan
perbelanjaan penggunaan isi rumah (STPM 2017)
2) Pengurangan perbelanjaan penggunaan isi rumah
3) Pertambahan
pelaburan firma
4) Pengurangan
pelaburan firma
Teknik Menulis
Huraian :
Perenggan 1 : Keseimbangan Asal
Keseimbangan asal tercapai apabila keluk Y =
AE0, iaitu (C0+I / C+I0) di titik keseimbangan E0 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Y0.
|
Perenggan 2 : Kaitan dengan Situasi
Apabila (perbelanjaan penggunaan
isi rumah / pelaburan firma) (meningkat / berkurang),
perbelanjaan agregat dalam ekonomi juga (meningkat / berkurang).
Keluk perbelanjaan agregat akan beralih ke (atas / bawah) dari
AE0 = (C0+I / C+I0) ke AE1 = (C1+I / C+I1) sebanyak perubahan (C / I).
|
Perenggan 3 : Bandingkan dengan Y asal & Keseimbangan
Baru
Pada tingkat pendapatan negara asal Y0, berlaku lebihan (perbelanjaan
agregat / pendapatan negara) sebanyak (aE0 / E0a). Stok dalam ekonomi (berlebihan / berkurangan). Firma akan
(meningkatkan / mengurangkan) keluaran sehingga keseimbangan baru tercapai apabila keluk Y = AE1, iaitu (C1+I / C+I1) di titik keseimbangan E1 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara baru Y1.
|
Perenggan 4 : Kesan terhadap Y
Kesannya, keseimbangan pendapatan negara (meningkat / berkurang)
dari Y0 ke Y1. Pendapatan negara telah (meningkat / berkurang) sebanyak
beberapa kali ganda melalui proses pengganda.
|
Pendekatan suntikan –
bocoran
1) Pertambahan
tabungan isi rumah
2) Pengurangan
tabungan isi rumah
3) Pertambahan
pelaburan
4) Pengurangan
pelaburan
Teknik Menulis
Huraian :
Perenggan 1 : Keseimbangan Asal
Keseimbangan asal tercapai apabila keluk
suntikan asal I0 bersilang dengan keluk bocoran asal S0 di titik keseimbangan E0 pada
tingkat keseimbangan pendapatan negara Y0.
|
Perenggan 2 : Kaitan dengan Situasi
Apabila (tabungan isi rumah /
pelaburan firma) (meningkat / berkurang), (bocoran
/ suntikan) dalam ekonomi juga (meningkat / berkurang).
Keluk (bocoran / suntikan) akan beralih ke (atas / bawah)
dari (S0 / I0) ke (S1 / I1) sebanyak perubahan (S / I).
|
Perenggan 3 : Bandingkan dengan Y asal &
Keseimbangan Baru
Pada tingkat pendapatan negara asal Y0, berlaku lebihan (bocoran / suntikan)
sebanyak (aE0 / E0a). Stok dalam ekonomi (berlebihan
/ berkurangan). Firma akan (meningkatkan / mengurangkan)
keluaran sehingga keseimbangan
baru tercapai apabila keluk suntikan (asal / baru) (I0 / I1) bersilang dengan keluk bocoran (asal / baru) (S0 / S1) di titik keseimbangan E1 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara baru Y1.
|
Perenggan 4 : Kesan terhadap Y
Kesannya, keseimbangan pendapatan negara (meningkat / berkurang)
dari Y0 ke Y1. Pendapatan negara telah (meningkat / berkurang) sebanyak
beberapa kali ganda melalui proses pengganda.
|
EKONOMI
3 SEKTOR
Ekonomi 3 sektor =
ekonomi tertutup dengan campur tangan kerajaan 有政府参与的封闭经济体系
Aliran Pusingan
Pendapatan Ekonomi 3 Sektor
Peranan kerajaan dalam ekonomi 3 sektor :
- Memungut cukai pendapatan perseorangan daripada isi rumah dan cukai keuntungan syarikat daripada firma
- Menyediakan barang dan perkhidmatan awam kepada isi rumah dan firma
- Melakukan perbelanjaan kerajaan (seperti membeli barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh firma dan memberikan bayaran pindahan dan subsidi kepada isi rumah)
- Mengimport barang modal dan kelengkapan pertahanan awam dari luar negara
Perbelanjaan
Kerajaan (Government Expenditure (G) / 政府支出)
Jenis :
1) Perbelanjaan
mengurus (Current expenditure / 行政开销) – Perbelanjaan
penggunaan yang dilakukan oleh sektor kerajaan
ke atas urusan pentadbiran negara untuk
melicinkan jentera pentadbiran negara dan bersifat berulang-ulang.
2) Perbelanjaan
pembangunan (Capital expenditure / 发展开销) – Perbelanjaan
yang dilakukan oleh sektor kerajaan
untuk membangunkan sosioekonomi
negara dan menambah infrastruktur dan
tidak bersifat berulangan.
Faktor-faktor yang
mempengaruhi perbelanjaan kerajaan :
1) Cukai yang dikutip oleh kerajaan (政府的税务收入)
- Hasil cukai ↑ → G ↑
- Hasil cukai ↓ → G ↓
2) Keadaan politik dan sosial (国家政治和社会的影响)
- Semasa menjelangnya pilihan raya → G ↑
- Semasa berlaku malapetaka / bencana alam / demonstrasi → G ↑
3) Matlamat ekonomi yang ingin dicapai (国家经济的影响)
- Semasa kemelesetan ekonomi → kerajaan ↑ G
- Semasa inflasi → kerajaan ↓ G
Keseimbangan
Pendapatan Negara Ekonomi 3 Sektor (STPM 2013(U) / 2019 (U))
Rajah
(a)
|
Rajah
(b)
|
Keseimbangan pendapatan negara ekonomi 3
sektor tercapai apabila keluk Y = AE, iaitu C + I + G di titik keseimbangan E0 pada keseimbangan pendapatan negara Y0.
|
Keseimbangan pendapatan negara ekonomi 3
sektor tercapai apabila keluk suntikan bersilang dengan keluk bocoran, iaitu
I + G = S + T di titik keseimbangan E0 pada keseimbangan pendapatan negara Y0.
|
Pada pendapatan negara lebih rendah
daripada Y0, iaitu Y1, ekonomi tidak mencapai keseimbangan kerana berlaku
lebihan AE sebanyak ab. Apabila ini berlaku, stok dalam ekonomi berkurangan
dan ini akan menggalakkan firma untuk meningkatkan keluaran sehingga mencapai
keseimbangan di titik E0 apabila keluk Y = AE, iaitu C + I + G pada pendapatan
negara Y0.
|
Pada pendapatan negara lebih rendah
daripada Y0, iaitu Y1, ekonomi tidak mencapai keseimbangan kerana berlaku
lebihan suntikan sebanyak ab. Apabila ini berlaku, stok dalam ekonomi
berkurangan dan ini akan menggalakkan firma untuk meningkatkan keluaran
sehingga mencapai keseimbangan di titik E0 apabila keluk I + G = S + T pada pendapatan negara Y0.
|
Pada pendapatan negara lebih tinggi daripada Y0, iaitu Y2, ekonomi tidak mencapai
keseimbangan kerana berlaku lebihan AS sebanyak cd. Apabila ini berlaku, stok
dalam ekonomi berlebihan dan ini akan menggalakkan firma untuk mengurangkan
keluaran sehingga mencapai keseimbangan di titik E0 apabila keluk Y = AE, iaitu C + I +
G pada pendapatan negara Y0.
|
Pada pendapatan negara lebih tinggi daripada Y0, iaitu Y2, ekonomi tidak mencapai
keseimbangan kerana berlaku lebihan bocoran sebanyak cd. Apabila ini berlaku,
stok dalam ekonomi berlebihan dan ini akan menggalakkan firma untuk
mengurangkan keluaran sehingga mencapai keseimbangan di titik E0 apabila keluk I + G = S + T pada
pendapatan negara Y0.
|
Kesan
Perubahan G atau Tx
ke atas Keseimbangan Pendapatan Negara
Pendekatan AE – Y
1) Pertambahan
perbelanjaan kerajaan
2) Pengurangan
perbelanjaan kerajaan
3) Pertambahan cukai
sekaligus (STPM 2017 (U))
4) Pengurangan cukai
sekaligus
Teknik Menulis
Huraian :
Perenggan 1 : Keseimbangan Asal
Keseimbangan asal tercapai apabila keluk Y =
AE0, iaitu (C0+I+G / C+I+G0) di titik keseimbangan E0 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Y0.
|
Perenggan 2 : Kaitan dengan Situasi
Apabila (perbelanjaan kerajaan /
cukai sekaligus) ,
perbelanjaan agregat dalam ekonomi juga (meningkat / berkurang).
Keluk perbelanjaan agregat akan beralih ke (atas / bawah) dari
AE0 = (C0+I+G / C+I+G0) ke AE1 = (C1+I+G / C+I+G1) sebanyak perubahan (C / G).
|
Perenggan 3 : Bandingkan dengan Y asal & Keseimbangan
Baru
Pada tingkat pendapatan negara asal Y0, berlaku lebihan (perbelanjaan
agregat / pendapatan negara) sebanyak (aE0 / E0a). Stok dalam ekonomi (berlebihan / berkurangan). Firma akan
(meningkatkan / mengurangkan) keluaran sehingga keseimbangan baru tercapai apabila keluk Y = AE1, iaitu (C1+I+G / C+I+G1) di titik keseimbangan E1 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara baru Y1.
|
Perenggan 4 : Kesan terhadap Y
Kesannya, keseimbangan pendapatan negara (meningkat / berkurang)
dari Y0 ke Y1. Pendapatan negara telah (meningkat / berkurang) sebanyak
beberapa kali ganda melalui proses pengganda.
|
Pendekatan suntikan –
bocoran
1) Pertambahan
perbelanjaan kerajaan
2) Pengurangan
perbelanjaan kerajaan (STPM 2015 (U))
3) Pertambahan cukai
sekaligus
4) Pengurangan cukai
sekaligus
Teknik Menulis
Huraian :
Perenggan 1 : Keseimbangan Asal
Keseimbangan asal tercapai apabila keluk
suntikan asal I+G0 bersilang dengan keluk bocoran asal (S+T)0 di titik keseimbangan E0 pada
tingkat keseimbangan pendapatan negara Y0.
|
Perenggan 2 : Kaitan dengan Situasi
Apabila (perbelanjaan kerajaan /
cukai sekaligus) (meningkat / berkurang), (bocoran
/ suntikan) dalam ekonomi juga (meningkat / berkurang).
Keluk (bocoran / suntikan) akan beralih ke (atas / bawah)
dari (I+G0 / (S+T)0) ke (I+G1 / (S+T)1) sebanyak perubahan (G / (S+T)).
|
Perenggan 3 : Bandingkan dengan Y asal &
Keseimbangan Baru
Pada tingkat pendapatan negara asal Y0, berlaku lebihan (bocoran /
suntikan) sebanyak (aE0 / E0a). Stok dalam ekonomi (berlebihan / berkurangan). Firma akan
(meningkatkan / mengurangkan) keluaran sehingga keseimbangan baru tercapai apabila keluk suntikan
(asal / baru) (I+G0 / I+G1) bersilang dengan keluk bocoran (asal / baru) ((S+T)0 / (S+T)1) di titik keseimbangan E1 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara baru Y1.
|
Perenggan 4 : Kesan terhadap Y
Kesannya, keseimbangan pendapatan negara (meningkat / berkurang)
dari Y0 ke Y1. Pendapatan negara telah (meningkat / berkurang) sebanyak
beberapa kali ganda melalui proses pengganda.
|
Konsep Pengganda
(Multiplier Theory / 乘数理论)
Pengganda ialah satu
ukuran tentang berapa kali ganda perubahan dalam tingkat
pendapatan negara akibat perubahan dalam komponen perbelanjaan agregat. Pengganda ialah nisbah
di antara perubahan pendapatan negara dengan perubahan dalam komponen
perbelanjaan agregat.
k = 1 ÷ (1-MPC) ATAU 1 ÷ MPS
▲Y = k × (▲C / I / G / X
/ M)
Kaedah Jadual
Andaikan pelaburan di negara X telah meningkat sebanyak
RM 500 juta dan nilai kecenderungan mengguna sut (MPC) ialah 0.9.
Peringkat
|
Pertambahan pendapatan negara
(RM juta)
|
Pertambahan penggunaan
(RM juta)
|
Pertambahan tabungan
(RM juta)
|
1
|
500
|
450
|
50
|
2
|
450
|
405
|
45
|
3
|
405
|
364.5
|
40.5
|
4
|
364.5
|
328.05
|
36.45
|
Proses seterusnya
|
3280.5
|
2952.45
|
328.05
|
Jumlah
|
5000
|
4500
|
500
|
Pada peringkat
pertama, apabila firma meningkatkan pelaburan sebanyak RM 500 juta, pendapatan
negara X juga bertambah sebanyak RM 500 juta. Jika nilai MPC ialah 0.9, maka RM
450 juta akan dibelanjakan dan bakinya RM 50 juta akan ditabungkan.
Pada peringkat kedua,
pertambahan perbelanjaan penggunaan sebanyak RM 450 juta akan mendorong firma
terus mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Oleh itu, pendapatan negara akan
bertambah lagi sebanyak RM 450 juta. Dengan nilai MPC 0.9, maka RM 405 juta
akan dibelanjakan dan bakinya RM 45 juta akan ditabungkan.
Selagi ada
perbelanjaan, ia akan terus mencipta lebih banyak pendapatan negara. Proses ini
berterusan sehingga tiada lebihan pendapatan yang boleh dibelanjakan.
Oleh itu, apabila
pelaburan meningkat, pendapatan negara juga akan meningkat dengan beberapa kali
ganda melalui proses penggandaan.
k = 1 ÷ (1-0.9)
= 10
▲Y = 10 × 500
= RM 5000
juta
Kesimpulannya, pertambahan pelaburan sebanyak RM 500 juta
telah menyebabkan pendapatan negara X meningkat sebanyak 10 kali ganda, iaitu
meningkat sebanyak RM 5000 juta.
Kaedah Rajah
Keseimbangan
pendapatan negara asal tercapai apabila keluk Y = AE0, iaitu C + I0 di titik
keseimbangan E0 pada keseimbangan pendapatan negara Y0.
Apabila pelaburan
firma bertambah, perbelanjaan agregat dalam ekonomi juga meningkat. Keluk
perbelanjaan agregat akan beralih ke atas dari AE0 = C + I0 ke AE1 = C + I1 sebanyak perubahan
I.
Pada tingkat
pendapatan negara asal Y0, berlaku lebihan perbelanjaan agregat sebanyak Ea. Oleh
itu, stok dalam ekonomi berkurangan dan ini menggalakkan firma untuk
meningkatkan keluaran sebanyak ab menyebabkan pendapatan negara meningkat dari
Y0 ke Y1.
Pada tingkat
pendapatan negara Y1, masih wujud lebihan perbelanjaan agregat sebanyak bc.
Stok dalam ekonomi berkurangan dan ini menggalakkan firma untuk terus
meningkatkan keluaran sebanyak cd menyebabkan pendapatan negara meningkat dari
Y1 ke Y2.
Proses ini berterusan
sehingga tiada lebihan perbelanjaan agregat yang berlaku. Keseimbangan baru
tercapai pada titik E apabila keluk Y = AE1, iaitu C+I1 pada tingkat
keseimbangan pendapatan negara baru Y1.
Kesimpulannya,
pertambahan pelaburan sebanyak perubahan I menyebabkan pendapatan negara
meningkat dari Y0 ke Y3. Pendapatan negara meningkat dengan beberapa kali ganda
melalui proses penggandaan.
KNK
sebenar VS KNK potensi
KNK
potensi (potential GNP / 潜在GNP) ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan
yang mungkin dicapai oleh sesebuah negara untuk tempoh setahun apabila
semua sumber ekonomi telah digunakan dengan
sepenuhnya.
KNK
sebenar (actual GNP / 实际GNP) ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan
yang benar-benar dicapai oleh sesebuah negara untuk tempoh setahun dengan menggunakan sumber ekonomi yang sedia ada.
Jurang KNK (GNP gap /
GNP缺口) ialah
satu keadaan pendapatan negara sebenar (KNK sebenar) lebih kecil daripada
pendapatan negara guna tenaga penuh (KNK potensi).
Jurang KNK = KNK potensi – KNK sebenar
|
Keadaan
Ekonomi
|
Nilai
KNK
|
Ekonomi mengalami kemelesetan ekonomi
|
KNK
sebenar < KNK potensi
|
Ekonomi mencapai guna tenaga penuh
|
KNK
sebenar = KNK potensi
|
Ekonomi cenderung mengalami inflasi
|
KNK
sebenar > KNK potensi
|
Lompang
Inflasi & Lompang Deflasi
Lompang Inflasi / Lompang Deflasi
= Jurang KNK
Pengganda
|
Lompang Inflasi (Inflationary
Gap / 通货膨胀缺口)
Lompang inflasi ialah
satu keadaan ekonomi wujud lebihan perbelanjaan
agregat sebenar untuk mencapai tingkat guna tenaga penuh.
Berdasarkan rajah (i), keseimbangan pendapatan negara
dicapai apabila keluk perbelanjaan agregat (AE) bersilang dengan keluk
penawaran agregat (Y) pada titik E dan tingkat keseimbangan pendapatan negara
sebenar Ye. Oleh sebab tingkat keseimbangan pendapatan negara
sebenar Ye lebih tinggi daripada keseimbangan pendapatan negara
pada guna tenaga penuh Yf, maka wujud lebihan AE pada tingkat guna tenaga penuh
sebesar AB. Lompang AB ialah lompang inflasi. Perbezaan antara Ye
dan Yf pula ialah jurang KNK.
|
Berdasarkan rajah (ii), keseimbangan pendapatan negara
dicapai apabila keluk suntikan (J) bersilang dengan keluk bocoran (W) pada
titik E dan tingkat keseimbangan pendapatan negara sebenar Ye.
Oleh sebab tingkat keseimbangan pendapatan negara sebenar Ye
lebih tinggi daripada keseimbangan pendapatan negara pada guna tenaga penuh Yf,
maka wujud lebihan J pada tingkat guna tenaga penuh sebesar CD. Lompang CD
ialah lompang inflasi. Perbezaan antara Ye
dan Yf pula ialah jurang KNK.
|
Cara mengatasi
lompang inflasi :
1) Mengurangkan
perbelanjaan agregat ( C ↓ , I ↓ , G ↓ sebesar lompang inflasi )
2) Menaikkan cukai (
T ↑ sebesar ▲ C ÷ - MPC )
Lompang Deflasi
(Deflationary Gap / 通货紧缩缺口)
Lompang deflasi ialah
satu keadaan ekonomi wujud kekurangan
perbelanjaan agregat sebenar
untuk mencapai tingkat guna tenaga penuh.
Berdasarkan rajah (i), keseimbangan pendapatan negara
dicapai apabila keluk perbelanjaan agregat (AE) bersilang dengan keluk
penawaran agregat (Y) pada titik E dan tingkat keseimbangan pendapatan negara
sebenar Ye. Oleh sebab tingkat keseimbangan pendapatan negara
sebenar Ye kurang daripada keseimbangan pendapatan negara pada
guna tenaga penuh Yf, maka wujud kekurangan AE pada tingkat guna tenaga
penuh sebesar AB. Lompang AB ialah lompang deflasi. Perbezaan antara Ye
dan Yf pula ialah jurang KNK.
|
Berdasarkan rajah (ii), keseimbangan pendapatan negara
dicapai apabila keluk suntikan (J) bersilang dengan keluk bocoran (W) pada
titik E dan tingkat keseimbangan pendapatan negara sebenar Ye.
Oleh sebab tingkat keseimbangan pendapatan negara sebenar Ye kurang
daripada keseimbangan pendapatan negara pada guna tenaga penuh Yf,
maka wujud kekurangan J pada tingkat guna tenaga penuh sebesar CD. Lompang CD
ialah lompang deflasi. Perbezaan antara Ye
dan Yf pula ialah jurang KNK.
|
Cara mengatasi
lompang deflasi :
1) Meningkatkan
perbelanjaan agregat ( C ↑ , I ↑ , G ↑ sebesar lompang deflasi )
2) Mengurangkan cukai
( T ↓ sebesar ▲ C ÷ - MPC )
Dasar
Fiskal
Dasar fiskal ialah tindakan kerajaan mengubah
perbelanjaan kerajaan dan cukai untuk menstabilkan keadaan ekonomi negara.
Jenis Alat Dasar Fiskal
1) Dasar fiskal menguncup 紧缩性财政政策
Maksud / Cara :
Satu langkah kerajaan
untuk mengatasi masalah inflasi (inflasi tarikan permintaan) dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menaikkan
cukai.
Kesan :
a) G berkurang → AE
berkurang → AD berkurang → berlaku lebihan AS pada harga asal → stok berlebihan
→ firma mengurangkan keluaran → Y berkurang → P turun → masalah inflasi dapat diatasi
b) T meningkat → Yd turun → C berkurang → AE berkurang →
AD berkurang → berlaku lebihan AS pada harga asal → stok berlebihan → firma
mengurangkan keluaran → Y berkurang → P turun → masalah inflasi dapat diatasi
2) Dasar fiskal mengembang 扩张性财政政策
Maksud / Cara :
Satu langkah kerajaan untuk mengatasi masalah pengangguran (pengangguran kitaran) dan kemelesetan ekonomi dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan cukai.
Kesan :
a) G meningkat → AE meningkat → AD meningkat → berlaku lebihan AD pada harga asal → kekurangan stok → firma meningkatkan keluaran → firma meningkatkan permintaan tenaga buruh → guna tenaga meningkat → pengangguran berkurang → masalah kemelesetan ekonomi dapat diatasi
b) T berkurang → Yd meningkat → C meningkat → AE meningkat → AD meningkat → berlaku lebihan AD pada harga asal → kekurangan stok → firma meningkatkan keluaran → firma meningkatkan permintaan tenaga buruh → guna tenaga meningkat → pengangguran berkurang → masalah kemelesetan ekonomi dapat diatasi
分享时事环节 :
今年(2020年)发生全球性的经济萧条问题。原因是来自于新冠型肺炎(Covid-19)这疫情的影响。多个国家包过我国都已经封国封城,实行行动管制令(MCO)好几个星期了,很多行业都停工。在三月尾时,大马经济研究院预测如果MCO延长2个月的话,马来西亚将会有高达200万人失业。经济学家也估计指出今年我国的经济成长率将会是-3.5%。所以现在我国已面临经济萧条了(kemelesetan ekonomi)。以上的notes我有提到说政府会采用dasar fiskal mengembang来解决kemelesetan ekonomi,那就是政府得增加开销来复原我国经济和市场或是控制我国的经济继续萧条。在reality呢,我国的政府确实有增加开销,那就是推出pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat高达RM 250 billion给我国所有人民 (RM 128 billion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM 100
billion untuk menyokong perniagaan termasuk PKS, RM 2 billion untuk
memperkukuh ekonomi negara dan RM 20 billion telah diumumkan dalam pakej
rangsangan sebelum ini)。 这个pakej rangsangan
ekonomi prihatin rakyat能够帮助减少我国的经济继续恶化。
分享额外知识环节 :
Kemelesetan Ekonomi di Malaysia
Tahun 1973-1974 : Berpunca daripada kenaikan harga
minyak iaitu kejutan minyak pertama akibat peperangan antara Mesir dan Isreal
Tahun 1985 : Berpunca daripada kejatuhan harga komoditi
seperti petroleum, kelapa sawit dan timah serta rentetan daripada kelembapan
ekonomi dunia
Tahun 1997-1998 : Berlaku krisis kewangan Asia yang
bermula di Thailand dan merebak ke hampir semua negara ASEAN
Tahun 2001 : Berlaku kemelesetan ekonomi global akibat
daripada peristiwa serangan berani mati di Amerika Syarikat menyebabkan
bangunan World Trade Center telah dimusnahkan
Tahun 2008 : Berlaku krisis kewangan global akibat
daripada kenaikan harga komoditi yang melampau dan krisis harga makanan
sedunia
Tahun 2020 : Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP / MCO) di seluruh negara oleh kerajaan yang berakibat daripada wabak Covid-19
|
Cara mengatasi
inflasi tarikan permintaan dengan menggunakan alat dasar fiskal
1) Mengurangkan
perbelanjaan kerajaan
Berdasarkan rajah (i), keseimbangan asal berlaku
apabila keluk Y = AE0, iaitu C+I+G0 di titik
keseimbangan E0 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Ye.
Masalah inflasi tarikan permintaan ditunjukkan oleh lompang inflasi E1a
yang wujud apabila keseimbangan pendapatan negara Ye
dicapai selepas keseimbangan pendapatan negara pada guna tenaga penuh Yf.
Oleh itu, pelaksanaan dasar fiskal menguncup iaitu pengurangan perbelanjaan
kerajaan menyebabkan perbelanjaan agregat berkurang. Keluk perbelanjaan
agregat akan beralih ke bawah dari AE0 = C+I+G0
ke AE1 = C+I+G1 sebanyak perubahan G. Pada tingkat pendapatan negara Ye,
berlaku lebihan penawaran agregat. Stok dalam ekonomi berlebihan dan firma
terdorong mengurangkan keluaran sehingga keseimbangan baru tercapai apabila
keluk Y = AE1, iaitu C+I+G1
di titik keseimbangan E1 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Yf.
Kesannya, keseimbangan pendapatan negara turun dari Ye
kepada Yf. Pengurangan pendapatan negara tersebut menunjukkan
lompang inflasi ataupun jurang KNK. Maka, masalah inflasi tarikan permintaan dapat
diatasi.
|
Berdasarkan rajah (ii), keseimbangan asal berlaku
apabila keluk S + T bersilang dengan keluk I + G0
di titik keseimbangan E0 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Ye.
Masalah inflasi tarikan permintaan ditunjukkan oleh lompang inflasi E1b
yang wujud apabila keseimbangan pendapatan negara Ye
dicapai selepas keseimbangan pendapatan negara pada guna tenaga penuh Yf.
Oleh itu, pelaksanaan dasar fiskal menguncup iaitu pengurangan perbelanjaan
kerajaan menyebabkan suntikan dalam ekonomi berkurang. Keluk suntikan akan
beralih ke bawah dari I+G0 kepada I+G1 sebanyak perubahan G. Pada tingkat pendapatan negara Ye,
berlaku lebihan bocoran. Stok dalam ekonomi berlebihan dan firma terdorong
mengurangkan keluaran sehingga keseimbangan baru tercapai apabila keluk S + T
bersilang dengan keluk I+G1 di titik keseimbangan E1
pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Yf.
Kesannya, keseimbangan pendapatan negara turun dari Ye
kepada Yf. Pengurangan pendapatan negara tersebut menunjukkan
lompang inflasi ataupun jurang KNK. Maka, masalah inflasi tarikan permintaan dapat
diatasi.
|
2) Menaikkan cukai
Berdasarkan rajah (i), keseimbangan asal berlaku
apabila keluk Y = AE0, iaitu C0+I+G di titik keseimbangan E0
pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Ye.
Masalah inflasi tarikan permintaan ditunjukkan oleh lompang inflasi E1a
yang wujud apabila keseimbangan pendapatan negara Ye
dicapai selepas keseimbangan pendapatan negara pada guna tenaga penuh Yf.
Oleh itu, pelaksanaan dasar fiskal menguncup iaitu pertambahan cukai
menyebabkan pendapatan boleh guna isi rumah berkurang. Perbelanjaan
penggunaan isi rumah berkurang lalu menyebabkan perbelanjaan agregat juga berkurang.
Keluk perbelanjaan agregat akan beralih ke bawah dari AE0 =
C0+I+G ke AE1 = C1+I+G sebanyak perubahan C. Pada tingkat pendapatan
negara Ye, berlaku lebihan penawaran agregat. Stok dalam ekonomi
berlebihan dan firma terdorong mengurangkan keluaran sehingga keseimbangan
baru tercapai apabila keluk Y = AE1, iaitu C1+I+G
di titik keseimbangan E1 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Yf.
Kesannya, keseimbangan pendapatan negara turun dari Ye
kepada Yf. Pengurangan pendapatan negara tersebut menunjukkan
lompang inflasi ataupun jurang KNK. Maka, masalah inflasi tarikan permintaan dapat
diatasi.
|
Berdasarkan rajah (ii), keseimbangan asal berlaku
apabila keluk (S + T)0 bersilang dengan keluk I + G di titik keseimbangan E0
pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Ye.
Masalah inflasi tarikan permintaan ditunjukkan oleh lompang inflasi E1b
yang wujud apabila keseimbangan pendapatan negara Ye
dicapai selepas keseimbangan pendapatan negara pada guna tenaga penuh Yf.
Oleh itu, pelaksanaan dasar fiskal menguncup iaitu pertambahan cukai menyebabkan
bocoran dalam ekonomi meningkat. Keluk bocoran akan beralih ke atas dari (S+T)0
kepada (S+T)1 sebanyak perubahan (S+T). Pada tingkat pendapatan
negara Ye, berlaku lebihan bocoran. Stok dalam ekonomi
berlebihan dan firma terdorong mengurangkan keluaran sehingga keseimbangan
baru tercapai apabila keluk (S + T)1 bersilang dengan
keluk I+G di titik keseimbangan E1 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Yf.
Kesannya, keseimbangan pendapatan negara turun dari Ye
kepada Yf. Pengurangan pendapatan negara tersebut menunjukkan
lompang inflasi ataupun jurang KNK. Maka, masalah inflasi tarikan permintaan dapat
diatasi.
|
Cara mengatasi
pengangguran kitaran dengan menggunakan alat dasar fiskal
1) Meningkatkan
perbelanjaan kerajaan
Berdasarkan rajah (i), keseimbangan asal berlaku
apabila keluk Y = AE0, iaitu C+I+G0 di titik
keseimbangan E0 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Ye.
Masalah pengangguran kitaran ditunjukkan oleh lompang deflasi E1a
yang wujud apabila keseimbangan pendapatan negara Ye
dicapai sebelum keseimbangan pendapatan negara pada guna tenaga penuh Yf.
Oleh itu, pelaksanaan dasar fiskal mengembang iaitu pertambahan perbelanjaan
kerajaan menyebabkan perbelanjaan agregat meningkat. Keluk perbelanjaan
agregat akan beralih ke atas dari AE0 = C+I+G0 ke
AE1 = C+I+G1 sebanyak perubahan G. Pada tingkat pendapatan negara Ye,
berlaku lebihan perbelanjaan agregat. Stok dalam ekonomi berkurangan dan
firma terdorong meningkatkan keluaran sehingga keseimbangan baru tercapai
apabila keluk Y = AE1, iaitu C+I+G1 di
titik keseimbangan E1 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Yf.
Kesannya, keseimbangan pendapatan negara naik dari Ye
kepada Yf. Pertambahan pendapatan negara tersebut menunjukkan
lompang deflasi ataupun jurang KNK. Maka, masalah pengangguran dapat diatasi.
|
Berdasarkan rajah (ii), keseimbangan asal berlaku
apabila keluk S + T bersilang dengan keluk I + G0
di titik keseimbangan E0 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Ye.
Masalah pengangguran kitaran ditunjukkan oleh lompang deflasi E1b
yang wujud apabila keseimbangan pendapatan negara Ye
dicapai sebelum keseimbangan pendapatan negara pada guna tenaga penuh Yf.
Oleh itu, pelaksanaan dasar fiskal mengembang iaitu pertambahan perbelanjaan
kerajaan menyebabkan suntikan dalam ekonomi meningkat. Keluk suntikan akan
beralih ke atas dari I+G0 kepada I+G1 sebanyak perubahan G. Pada tingkat pendapatan negara Ye,
berlaku lebihan suntikan. Stok dalam ekonomi berkurangan dan firma terdorong
meningkatkan keluaran sehingga keseimbangan baru tercapai apabila keluk S + T
bersilang dengan keluk I+G1 di titik keseimbangan E1
pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Yf.
Kesannya, keseimbangan pendapatan negara naik dari Ye
kepada Yf. Pertambahan pendapatan negara tersebut menunjukkan
lompang deflasi ataupun jurang KNK. Maka, masalah pengangguran kitaran dapat
diatasi.
|
2) Mengurangkan cukai
(STPM 2014(U))
Berdasarkan rajah (i), keseimbangan asal berlaku
apabila keluk Y = AE0, iaitu C0+I+G di titik keseimbangan E0
pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Ye.
Masalah pengangguran kitaran ditunjukkan oleh lompang deflasi E1a
yang wujud apabila keseimbangan pendapatan negara Ye
dicapai sebelum keseimbangan pendapatan negara pada guna tenaga penuh Yf.
Oleh itu, pelaksanaan dasar fiskal mengembang iaitu pengurangan cukai
menyebabkan pendapatan boleh guna isi rumah meningkat. Perbelanjaan
penggunaan isi rumah meningkat lalu menyebabkan perbelanjaan agregat juga meningkat.
Keluk perbelanjaan agregat akan beralih ke atas dari AE0 =
C0+I+G ke AE1 = C1+I+G sebanyak perubahan C. Pada tingkat pendapatan
negara Ye, berlaku lebihan perbelanjaan agregat. Stok dalam
ekonomi berkurangan dan firma terdorong meningkatkan keluaran sehingga
keseimbangan baru tercapai apabila keluk Y = AE1,
iaitu C1+I+G
di titik keseimbangan E1 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Yf.
Kesannya, keseimbangan pendapatan negara naik dari Ye
kepada Yf. Pertambahan pendapatan negara tersebut menunjukkan lompang
deflasi ataupun jurang KNK. Maka, masalah pengangguran kitaran dapat diatasi.
|
Berdasarkan rajah (ii), keseimbangan asal berlaku
apabila keluk (S + T)0 bersilang dengan keluk I + G di titik keseimbangan E0
pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Ye.
Masalah pengangguran kitaran ditunjukkan oleh lompang deflasi E1b
yang wujud apabila keseimbangan pendapatan negara Ye
dicapai sebelum keseimbangan pendapatan negara pada guna tenaga penuh Yf.
Oleh itu, pelaksanaan dasar fiskal mengembang iaitu pengurangan cukai menyebabkan
bocoran dalam ekonomi berkurang. Keluk bocoran akan beralih ke bawah dari (S+T)0
kepada (S+T)1 sebanyak perubahan (S+T). Pada tingkat pendapatan
negara Ye, berlaku lebihan suntikan. Stok dalam ekonomi berkurangan
dan firma terdorong meningkatkan keluaran sehingga keseimbangan baru tercapai
apabila keluk (S + T)1 bersilang dengan keluk I+G di titik keseimbangan E1
pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Yf.
Kesannya, keseimbangan pendapatan negara naik dari Ye
kepada Yf. Pertambahan pendapatan negara tersebut menunjukkan
lompang deflasi ataupun jurang KNK. Maka, masalah pengangguran kitaran dapat
diatasi.
|
Belanjawan
Negara Malaysia
**有关belanjawan
negara 的concept, 请参见我朋友的sem 3第2课的笔记,谢谢。请点击以下的link:
EKONOMI
4 SEKTOR
Ekonomi 4 sektor =
ekonomi terbuka dengan melibatkan perdagangan antarabangsa 有进行国际贸易的开放经济体系
Aliran Pusingan
Pendapatan Ekonomi 4 Sektor
** 请参见我的bab 1笔记里头的Aliran Pusingan
Pendapatan Negara这一part的huraian, 谢谢。请点击以下的link :
Eksport
(Export / 出口)
Maksud eksport :
Eksport ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh luar negara ke atas keluaran negara sendiri. Oleh itu, eksport merupakan suntikan
ke dalam aliran pusingan pendapatan kerana ia akan membawa perbelanjaan agregat
dalam ekonomi meningkat lalu
menyebabkan pendapatan negara dan guna tenaga turut meningkat.
Faktor-faktor yang
mempengaruhi eksport :
1) Perubahan tingkat pendapatan negara asing (外国的国家收入的变动)
- Y negara asing ↑ → kemampuan negara asing membeli barang buatan Malaysia ↑ → nilai X Malaysia ↑
2) Perubahan cita rasa pengguna dari negara asing (外国的消费者的品味的变动)
- Pengguna negara asing lebih menggemari barang buatan Malaysia → DD terhadap barang eksport Malaysia ↑ → nilai X Malaysia ↑
3) Inflasi dalam negara (自己的国家发生通货膨胀)
- Malaysia mengalami masalah inflasi → P barang eksport Malaysia secara relatif lebih mahal → DD terhadap barang eksport Malaysia ↓ → nilai X Malaysia ↓
4) Perubahan kadar pertukaran asing (外汇汇率的变动)
- Kadar pertukaran asing Malaysia ↓ → P barang eksport Malaysia secara relatif lebih murah → DD terhadap barang eksport Malaysia ↑ → nilai X Malaysia ↑
5) Dasar perdagangan negara asing (外国的贸易政策)
- Negara asing mengenakan sekatan perdagangan ke atas eksport Malaysia → nilai X Malaysia ↓
Import
(Import / 进口)
Maksud import :
Import ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh isi rumah,
firma, kerajaan negara
sendiri ke atas keluaran luar negara. Oleh itu, import merupakan bocoran
dari aliran pusingan pendapatan kerana ia akan membawa perbelanjaan agregat
dalam ekonomi berkurang lalu
menyebabkan pendapatan negara dan guna tenaga turut jatuh.
Faktor-faktor yang
mempengaruhi import :
1) Perubahan tingkat pendapatan negara sendiri (自己国家的国家收入的变动)
- Y negara Malaysia ↑ → kemampuan Malaysia membeli barang keluaran negara asing ↑ → nilai M Malaysia ↑
2) Perubahan cita rasa pengguna dalam negara sendiri (本国的消费者的品味的变动)
- Pengguna tempatan lebih menggemari barang keluaran negara asing → DD terhadap barang import ↑ → nilai M Malaysia ↑
3) Inflasi dalam negara (自己的国家发生通货膨胀)
- Negara asing mengalami masalah inflasi → P barang import secara relatif lebih mahal → DD terhadap barang import ↓ → nilai M Malaysia ↓
4) Perubahan kadar pertukaran asing (外汇汇率的变动)
- Kadar pertukaran asing Malaysia ↓ → P barang import Malaysia secara relatif lebih mahal → DD terhadap barang import Malaysia ↓ → nilai M Malaysia ↓
5) Dasar perdagangan negara sendiri (本国的贸易政策)
- Malaysia mengenakan sekatan perdagangan ke atas barang import → nilai M Malaysia ↓
Keseimbangan
Pendapatan Negara Ekonomi 4 Sektor
Rajah
(a)
|
Rajah
(b)
|
Keseimbangan pendapatan negara ekonomi 4
sektor tercapai apabila keluk Y = AE, iaitu C + I + G + X – M di titik
keseimbangan E0 pada keseimbangan pendapatan negara Y0.
|
Keseimbangan pendapatan negara ekonomi 4
sektor tercapai apabila keluk suntikan bersilang dengan keluk bocoran, iaitu
I + G + X = S + T + M di titik keseimbangan E0 pada keseimbangan pendapatan negara Y0.
|
Pada pendapatan negara lebih rendah
daripada Y0, iaitu Y1, ekonomi tidak mencapai keseimbangan kerana berlaku
lebihan AE sebanyak ab. Apabila ini berlaku, stok dalam ekonomi berkurangan
dan ini akan menggalakkan firma untuk meningkatkan keluaran sehingga mencapai
keseimbangan di titik E0 apabila keluk Y = AE, iaitu C + I + G + X – M pada
pendapatan negara Y0.
|
Pada pendapatan negara lebih rendah
daripada Y0, iaitu Y1, ekonomi tidak mencapai keseimbangan kerana berlaku
lebihan suntikan sebanyak ab. Apabila ini berlaku, stok dalam ekonomi
berkurangan dan ini akan menggalakkan firma untuk meningkatkan keluaran
sehingga mencapai keseimbangan di titik E0 apabila keluk I + G + X = S + T + M pada pendapatan
negara Y0.
|
Pada pendapatan negara lebih tinggi daripada Y0, iaitu Y2, ekonomi tidak mencapai
keseimbangan kerana berlaku lebihan AS sebanyak cd. Apabila ini berlaku, stok
dalam ekonomi berlebihan dan ini akan menggalakkan firma untuk mengurangkan
keluaran sehingga mencapai keseimbangan di titik E0 apabila keluk Y = AE, iaitu C + I +
G + X – M pada pendapatan negara Y0.
|
Pada pendapatan negara lebih tinggi daripada Y0, iaitu Y2, ekonomi tidak mencapai
keseimbangan kerana berlaku lebihan bocoran sebanyak cd. Apabila ini berlaku,
stok dalam ekonomi berlebihan dan ini akan menggalakkan firma untuk
mengurangkan keluaran sehingga mencapai keseimbangan di titik E0 apabila keluk I + G + X = S + T + M
pada pendapatan negara Y0.
|
Kesan
Perubahan X atau M ke atas Keseimbangan Pendapatan Negara
Pendekatan suntikan –
bocoran
1) Pertambahan
eksport
2) Pengurangan
eksport (STPM 2018 (U))
3) Pertambahan import
4) Pengurangan import
5) Pertambahan
eksport melebihi pertambahan import (STPM 2016)
6) Pertambahan
eksport kurang daripada pertambahan import
7) Peningkatan
kecenderungan mengimport sut
8) Kejatuhan
kecenderungan mengimport sut
Teknik Menulis
Huraian :
Version 1 (只有一个变动而已的时候才有) :
Perenggan 1 : Keseimbangan Asal
Keseimbangan asal tercapai apabila keluk
suntikan asal I+G+X0 bersilang dengan keluk bocoran asal S+T+M0 di titik keseimbangan E0 pada
tingkat keseimbangan pendapatan negara Y0.
|
Perenggan 2 : Kaitan dengan Situasi
Apabila (eksport / import /
kecenderungan mengimport sut) (meningkat / berkurang), (bocoran
/ suntikan) dalam ekonomi juga (meningkat / berkurang).
Keluk (bocoran / suntikan) akan beralih ke (atas / bawah)
dari (I+G+X0 / S+T+M0) ke (I+G+X1 / S+T+M1) sebanyak perubahan (X / M / MPM).
|
Perenggan 3 : Bandingkan dengan Y asal &
Keseimbangan Baru
Pada tingkat pendapatan negara asal Y0, berlaku lebihan (bocoran /
suntikan) sebanyak (aE0 / E0a). Stok dalam ekonomi (berlebihan / berkurangan). Firma akan
(meningkatkan / mengurangkan) keluaran sehingga keseimbangan baru tercapai apabila keluk suntikan
(asal / baru) (I+G+X0 / I+G+X1) bersilang dengan keluk bocoran (asal / baru) (S+T+M0 / S+T+M1) di titik keseimbangan E1 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara baru Y1.
|
Perenggan 4 : Kesan terhadap Y
Kesannya, keseimbangan pendapatan negara (meningkat / berkurang)
dari Y0 ke Y1. Pendapatan negara telah (meningkat / berkurang) sebanyak
beberapa kali ganda melalui proses pengganda.
|
Version 2 (出现两个变动时才用的) :
Perenggan 1 : Keseimbangan Asal
Keseimbangan asal tercapai apabila keluk
suntikan asal I+G+X0 bersilang dengan keluk bocoran asal S+T+M0 di titik keseimbangan E0 pada
tingkat keseimbangan pendapatan negara Y0.
|
Perenggan 2 : Kaitan dengan Situasi
Apabila eksport (meningkat /
berkurang), suntikan dalam ekonomi juga (meningkat / berkurang).
Keluk suntikan akan beralih ke (atas / bawah) dari I+G+X0 ke I+G+X1 sebanyak perubahan X. Apabila import (meningkat
/ berkurang), bocoran dalam ekonomi juga (meningkat /
berkurang). Keluk bocoran akan beralih ke (atas / bawah)
dari S+T+M0 ke S+T+M1 sebanyak perubahan M. Peralihan keluk suntikan ke (atas
/ bawah) lebih (kecil / besar) daripada peralihan keluk
bocoran ke (atas / bawah).
|
Perenggan 3 : Bandingkan dengan Y asal &
Keseimbangan Baru
Pada tingkat pendapatan negara asal Y0, berlaku lebihan (bocoran /
suntikan) sebanyak (aE0 / E0a). Stok dalam ekonomi (berlebihan / berkurangan). Firma akan
(meningkatkan / mengurangkan) keluaran sehingga keseimbangan baru tercapai apabila keluk suntikan
baru I+G+X1 bersilang dengan keluk bocoran baru S+T+M1 di titik keseimbangan E1 pada tingkat keseimbangan
pendapatan negara baru Y1.
|
Perenggan 4 : Kesan terhadap Y
Kesannya, keseimbangan pendapatan negara (meningkat / berkurang)
dari Y0 ke Y1. Pendapatan negara telah (meningkat / berkurang) sebanyak
beberapa kali ganda melalui proses pengganda.
|
3.2
Analisis Permintaan Agregat – Penawaran Agregat (AD-AS) : Harga Berubah
Permintaan
Agregat (Aggregate Demand (AD) / 总合需求)
Keluk AD VS Keluk AE
Keluk permintaan
agregat (AD) menggambarkan hubungan jumlah keluaran negara benar yang diminta
oleh masyarakat pada pelbagai tingkat harga manakala keluk perbelanjaan agregat
(AE) menunjukkan hubungan antara jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh sektor-sektor
ekonomi pada pelbagai tingkat pendapatan negara. Keluk AD berlaku dalam keadaan
harga berubah manakala keluk AE berlaku dalam keadaan harga tetap.
Penerbitan keluk
permintaan agregat (AD) (STPM 2018)
Keseimbangan asal tercapai pada titik E0
dengan keseimbangan pendapatan negara Y0 apabila keluk Y
bersilang dengan keluk AE0. Pada masa yang sama, tingkat haga umum ialah P0
dan perbelanjaan agregat yang dihadapi oleh ekonomi ialah pada tingkat AE0.
|
Jika tingkat harga umum meningkat dari P0
ke P1, dengan mengandaikan pendapatan boleh guna masyarakat
adalah tetap, kenaikan tingkat harga umum akan menyebabkan pendapatan benar
masyarakat menurun. Apabila kuasa beli masyarakat menurun, mereka akan
mengurangkan perbelanjaan penggunaan barang dan perkhidmatan. Kejatuhan
perbelanjaan masyarakat akan membawa perbelanjaan agregat dalam ekonomi
jatuh. Oleh itu, keluk perbelanjaan agregat akan beralih ke bawah dari AE0
ke AE1. Keseimbangan baru tercapai pada titik E1
dengan keseimbangan pendapatan negara baru Y1
apabila keluk Y bersilang dengan keluk AE1.
Maka, pendapatan negara benar berkurang dari Y0
ke Y1 akibat kenaikan tingkat harga umum dari P0
ke P1.
|
Jika tingkat harga umum menurun dari P0
ke P2, dengan mengandaikan pendapatan boleh guna masyarakat
adalah tetap, kejatuhan tingkat harga umum akan menyebabkan pendapatan benar
masyarakat meningkat. Apabila kuasa beli masyarakat meningkat, mereka akan
meningkatkan perbelanjaan penggunaan barang dan perkhidmatan. Kenaikan
perbelanjaan masyarakat akan membawa perbelanjaan agregat dalam ekonomi
meningkat. Oleh itu, keluk perbelanjaan agregat akan beralih ke atas dari AE0
ke AE2. Keseimbangan baru tercapai pada titik E2
dengan keseimbangan pendapatan negara Y2 apabila keluk Y
bersilang dengan keluk AE2. Maka, pendapatan negara benar meningkat dari Y0
ke Y2 akibat kejatuhan tingkat harga umum dari P0
ke P2.
|
Apabila titik E1, E0
dan E2 disambungkan, keluk permintaan agregat (AD) yang
mencerun ke bawah dari kiri ke kanan akan terbentuk. Keluk AD yang bercerun
negatif menunjukkan hubungan antara tingkat harga umum dengan pendapatan
negara benar adalah berhubungan songsang. Ini bermaksud semakin tinggi
tingkat harga umum, semakin rendah permintaan agregat dan pendapatan negara
benar ataupun semakin rendah tingkat harga umum, semakin tinggi permintaan
agregat dan pendapatan negara benar.
|
Faktor-faktor yang
mempengaruhi peralihan keluk AD
Faktor
|
Keluk AD beralih ke kiri
|
Keluk AD beralih ke kanan
|
Komponen AE
|
C ↓ / I ↓ / G ↓ / X ↓ / M ↑
|
C ↑ / I ↑ / G ↑ / X ↑ / M ↓
|
Dasar Fiskal
|
Fiskal menguncup (G ↓ / T ↑)
|
Fiskal mengembang (G ↑ / T ↓)
|
Dasar Kewangan
|
Kewangan menguncup
(M/S ↓ → r ↑)
|
Kewangan mengembang
(M/S ↑ → r ↓)
|
Imbangan perdagangan
|
X < M
|
X > M
|
Kadar pertukaran asing
|
Kadar pertukaran asing Malaysia naik
|
Kadar pertukaran asing Malaysia turun
|
Penawaran
Agregat (Aggregate Supply (AS) / 总合供给)
Keluk AS
Keluk penawaran
agregat (AS) merujuk kepada keluaran negara benar yang dikeluarkan oleh ekonomi
pada pelbagai tingkat harga.
Keluk AS adalah
bercerun positif dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan antara tingkat harga
umum dengan pendapatan negara benar adalah berhubungan langsung / positif. Ini
bermaksud semakin tinggi tingkat harga umum, semakin tinggi penawaran agregat
dan pendapatan negara benar ataupun semakin rendah tingkat harga umum, semakin
rendah penawaran agregat dan pendapatan negara benar.
Faktor-faktor yang
mempengaruhi peralihan keluk AS
Faktor
|
Keluk
AS beralih ke kiri
|
Keluk
AS beralih ke kanan
|
Kos
pengeluaran
|
Harga bahan mentah ↑
Upah buruh ↑
Kos pengangkutan ↑
Kos sewa kilang ↑
|
Harga bahan mentah ↓
Upah buruh ↓
Kos pengangkutan ↓
Kos sewa kilang ↓
|
Tingkat
teknologi
|
Penggunaan teknologi / mesin yang kuno dan tradisional
|
Penggunaan teknologi / mesin yang maju dan canggih
|
Dasar
kerajaan
|
Pemberian subsidi ↓
Pemberian insentif fiskal & insentif kewangan ↓
Pengenaan cukai jualan ↑
Pengenaan cukai keuntungan syarikat ↑
|
Pemberian subsidi ↑
Pemberian insentif fiskal & insentif kewangan ↑
Pengenaan cukai jualan ↓
Pengenaan cukai keuntungan syarikat ↓
|
Sumber
ekonomi
|
Pengurangan modal dan peralatan
Pengurangan bilangan buruh
|
Pembukaan tanah yang baru
Pembinaan kilang yang baru
Peningkatan modal dan peralatan
Pertambahan bilangan buruh
|
Produktiviti
buruh
|
Pengurangan latihan kemahiran kepada buruh
|
Peningkatan latihan kemahiran kepada buruh
|
Keseimbangan
AD – AS (STPM 2019)
Keseimbangan pendapatan negara asal tercapai apabila
keluk permintaan agregat AD bersilang dengan keluk penawaran agregat AS di
titik keseimbangan E0 pada tingkat harga P0 dan pendapatan negara benar Y0.
|
Pada tingkat harga yang lebih tinggi
daripada P0, katakan P1, ekonomi tidak mencapai keseimbangan kerana penawaran
agregat (Y2) melebihi permintaan agregat (Y1). Justeru, ini berlaku lebihan penawaran agregat
sebanyak Y1Y2 di pasaran. Ekonomi mengalami lebihan stok. Ini akan
menyebabkan tingkat harga umum jatuh dari P1 kepada P0 dan firma terdorong mengurangkan keluaran. Proses ini
berterusan sehingga keseimbangan dicapai semula di titik E0 apabila keluk AD bersilang dengan keluk AS pada tingkat harga P0 dan pendapatan negara benar Y0.
|
Pada tingkat harga yang lebih rendah daripada P0, katakan P2, ekonomi tidak mencapai
keseimbangan kerana penawaran agregat (Y1) kurang daripada permintaan agregat
(Y2). Justeru,
ini berlaku lebihan permintaan agregat sebanyak Y1Y2 di pasaran. Ekonomi mengalami
kekurangan stok. Ini akan menyebabkan tingkat harga umum naik dari P2 kepada P0 dan firma terdorong meningkatkan
keluaran. Proses ini berterusan sehingga keseimbangan dicapai semula di titik
E0 apabila
keluk AD bersilang dengan keluk AS pada tingkat harga P0 dan pendapatan negara benar Y0.
|
Perubahan
Keseimbangan AD – AS
1) Pertambahan
permintaan agregat
2) Pengurangan
permintaan agregat
3) Pertambahan
penawaran agregat (STPM 2013)
4) Pengurangan
penawaran agregat (STPM 2015 / 2016 (U))
5) Pertambahan
permintaan agregat melebihi pertambahan penawaran agregat
6) Pertambahan
permintaan agregat kurang daripada pertambahan penawaran agregat
7) Pertambahan
permintaan agregat melebihi pengurangan penawaran agregat
8) Pertambahan
permintaan agregat kurang daripada pengurangan penawaran agregat
9) Pengurangan
permintaan agregat melebihi pengurangan penawaran agregat
10) Pengurangan permintaan
agregat kurang daripada pengurangan penawaran agregat
11) Pengurangan
permintaan agregat melebihi pertambahan penawaran agregat
12) Pengurangan
permintaan agregat kurang daripada pertambahan penawaran agregat
Teknik Menulis
Huraian :
Version 1 (只有一个变动而已的时候才有) :
Perenggan 1 : Keseimbangan Asal
Keseimbangan asal tercapai apabila keluk AD0 bersilang dengan keluk AS0 di titik
keseimbangan E0 pada tingkat harga P0 dan pendapatan negara benar Y0.
|
Perenggan 2 : Kaitkan dengan Situasi
Apabila berlaku (inflasi tarikan
permintaan / kemelesetan ekonomi / pertumbuhan ekonomi dengan pesat /
stagflasi / ... ...), (permintaan agregat / penawaran agregat)
akan (meningkat / berkurang) menyebabkan keluk (permintaan
agregat / penawaran agregat) akan beralih ke (kiri / kanan)
dari (AD0 / AS0) ke (AD1 / AS1).
|
Perenggan 3 : Bandingkan dengan P asal
Pada tingkat harga asal P0, berlaku lebihan (permintaan agregat / penawaran agregat)
sebanyak (aE0 / E0a). Hal ini menggalakkan harga (naik
/ turun) kerana terdapat (lebihan / kurangan) stok dan
firma akan (meningkatkan / mengurangkan) keluaran.
|
Perenggan 4 : Keseimbangan Baru
Proses ini berterusan sehingga keseimbangan baru tercapai apabila keluk (AD0 / AD1) bersilang dengan keluk (AS0 / AS1) di titik keseimbangan E1 pada tingkat harga P1 dan pendapatan negara benar Y1.
|
Perenggan 5 : Kesan terhadap P & Y
Kesannya, (inflasi tarikan permintaan / kemelesetan ekonomi /
pertumbuhan ekonomi dengan pesat / stagflasi / ... ...) menyebabkan
tingkat harga (naik / turun) dari P0 ke P1 dan pendapatan negara benar (meningkat
/ berkurang) dari Y0 ke Y1.
|
Version 2 (出现两个变动时才用的) :
Perenggan 1 : Keseimbangan Asal
Keseimbangan asal tercapai apabila keluk AD0 bersilang dengan keluk AS0 di titik
keseimbangan E0 pada tingkat harga P0 dan pendapatan negara benar Y0.
|
Perenggan 2 : Kaitkan dengan Situasi
Apabila berlaku (inflasi tarikan
permintaan / kemelesetan ekonomi / perubahan AE / perubahan kadar bunga / ...
...), permintaan agregat akan (meningkat / berkurang)
menyebabkan keluk permintaan agregat akan beralih ke (kiri / kanan)
dari AD0 ke AD1. Apabila berlaku (perubahan kos pengeluaran /
perkembangan teknologi / pertumbuhan ekonomi dengan pesat / deflasi / perubahan
dasar kerajaan / ... ...), penawaran agregat akan (meningkat /
berkurang) menyebabkan keluk penawaran agregat akan beralih ke (kiri
/ kanan) dari AS0 ke AS1. Peralihan keluk AD ke (kiri / kanan) lebih (besar / kecil)
daripada peralihan keluk AS ke (kiri / kanan).
|
Perenggan 3 : Bandingkan dengan P asal
Pada tingkat harga asal P0, berlaku lebihan (permintaan agregat / penawaran agregat)
sebanyak (aE0 / E0a). Hal ini menggalakkan harga (naik
/ turun) kerana terdapat (lebihan / kekurangan) stok.
|
Perenggan 4 : Keseimbangan Baru
Proses ini berterusan sehingga keseimbangan baru tercapai apabila keluk
AD1 bersilang
dengan keluk AS1 di titik keseimbangan E1 pada tingkat harga P1 dan pendapatan negara benar Y1.
|
Perenggan 5 : Kesan terhadap P & Y
Kesannya, & menyebabkan tingkat harga (naik /
turun) dari P0 ke P1 dan pendapatan negara benar (meningkat / berkurang) dari Y0 ke Y1.
|
Teknik Menjawab Soalan
Esei Berjenis Keluk :
1) 先确认得画什么keluk的类型(keluk AE-Y /
suntikan-bocoran / AD-AS)
2) 辨别题目的要求是要解释哪一个sektor ekonomi
(ekonomi 2 sektor / 3 sektor / 4 sektor)
3) 分辨出是哪一条keluk或是哪个komponen AE (C / I / G
/ X / M) 还是AS受影响
4) 了解题目的situasi是如何影响到AE / AD / AS /
suntikan / bocoran
5) 画出正确的keluk
6) 写出四或五段的完整的huraian :
a) Perenggan 1 :
Keseimbangan asal
b) Perenggan 2 :
Kaitkan dengan situasi
c) Perenggan 3 :
Bandingkan dengan Y asal / P asal
d) Perenggan 4 :
Keseimbangan baru
e) Perenggan 5 : Kesan
terhadap P & Y
*请参见以上所提到的teknik menulis huraian
Contoh 1 : Soalan Esei
STPM 2004
1) keluk的类型:keluk AD-AS(因为题目有提到说keseimbangan AD-AS)
2) 由于这个题目跟keseimbangan AE-Y是没关系的,所以我们不必分辨这是哪一个sektor ekonomi
3) 受影响的komponen : komponen AS
@ keluk AS beralih ke kiri
4) 这个situasi造成AS的影响 : Upah buruh ↑ → kos
pengeluaran firma ↑ → firma ↓ keluaran → AS ↓
5) 画出正确的keluk AD-AS (keluk的类型是跟你们sem 1所画的keluk permintaan &
keluk penawaran是一样的)
答案 :请参见pengurangan penawaran
agregat的keluk
6) 写出完整的huraian
答案 :
***请注意,别误以为kenaikan upah buruh是影响AD。有些学生可能会认为upah buruh meningkat代表说员工薪水增加了能提升购买能力,C增加,AE & AD也会增加,如果是那么认为的话就大错特错了。Kenaikan upah buruh只是会影响商家kos pengeluaran提高和AS下降。Then, 除非题目是问说peningkatan pendapatan
boleh guna的话,你的答案才是可以写影响AD。所以在这里大家都得多注意,因为很多terms不同,但是意思都是很接近。总结是kenaikan upah buruh =
AS berkurang, peningkatan pendapatan boleh guna = AD meningkat。
Contoh 2 : Soalan Esei
STPM 2017 (U)
1) keluk的类型:keluk AE-Y
2) sektor ekonomi:ekonomi 3 sektor (题目有提到cukai这个字眼,所以代表说这是ekonomi tertutup dengan
campur tangan kerajaan)
3) 受影响的komponen : komponen AE
(C 受影响)
4) 这个situasi造成AE的影响 : Cukai pendapatan
persendirian ↑ → pendapatan boleh guna isi rumah ↓ → kuasa beli masyarakat ↓
→ C ↓ → AE ↓
5) 画出正确的keluk AE-Y (keluk Y是属于一条45° 度和向上仰的keluk, keluk AE则是比较anjal but也是向上仰的keluk),还有记得画keluk AE时,你的AE是AE = C + I + G,G一定要有在,因为这是ekonomi 3 sektor
答案 :请参见pertambahan cukai
sekaligus的keluk
6) 写出完整的huraian
答案 :
只要你们大家都跟着这些teknik去作答画keluk的esei题目的话,10分肯定会在你手中。加油!
|
BAHAGIAN
PENGIRAAN & KUANTITATIF (PART 2)
Ekonomi
2 Sektor
Konsep
APC & MPC VS APS & MPS
Kecenderungan
mengguna purata (Average Propensity to Consume (APC) / 平均消费倾向) ialah ukuran
tentang perbelanjaan penggunaan purata bagi setiap tingkat pendapatan negara.
Kecenderungan
mengguna sut (Marginal Propensity to Consume (MPC) / 边际消费倾向) ialah ukuran
tentang perubahan dalam tingkat perbelanjaan penggunaan akibat daripada
perubahan dalam tingkat pendapatan negara.
Kecenderungan
menabung purata (Average Propensity to Saving (APS) / 平均储蓄倾向) ialah ukuran
tentang tabungan purata bagi setiap tingkat pendapatan negara.
Kecenderungan
menabung sut (Marginal Propensity to Saving (MPS) / 边际储蓄倾向) ialah ukuran
tentang perubahan dalam tingkat tabungan akibat daripada perubahan dalam
tingkat pendapatan negara.
APC
= C ÷ Y
MPC
= ▲C ÷ ▲Y
APS
= S ÷ Y
MPS
= ▲S ÷ ▲Y
APC
+ APS = 1
MPC
+ MPS = 1
|
Jadual :
Pendapatan
negara
(RM
juta)
|
Penggunaan
(RM
juta)
|
Tabungan
(RM
juta)
|
APC
|
MPC
|
APS
|
MPS
|
0
|
80
|
-80
|
-
|
-
|
-
|
-
|
100
|
160
|
-60
|
1.60
|
0.80
|
-0.60
|
0.20
|
200
|
240
|
-40
|
1.20
|
0.80
|
-0.20
|
0.20
|
300
|
320
|
-20
|
1.07
|
0.80
|
-0.07
|
0.20
|
400
|
400
|
0
|
1.00
|
0.80
|
0
|
0.20
|
500
|
480
|
20
|
0.96
|
0.80
|
0.04
|
0.20
|
600
|
560
|
40
|
0.93
|
0.80
|
0.07
|
0.20
|
700
|
640
|
60
|
0.91
|
0.80
|
0.09
|
0.20
|
Tafsiran :
MPC = 160 – 80 = 0.8
100 – 0
Apabila pendapatan
negara meningkat sebanyak RM 100 juta, perbelanjaan penggunaan isi rumah juga
meningkat sebanyak RM 80 juta.
MPS = -60 – (-80) = 0.2
100 – 0
Apabila pendapatan
negara meningkat sebanyak RM 100 juta, tabungan isi rumah juga meningkat
sebanyak RM 20 juta.
Rajah :
Tafsiran :
1) Pada tingkat
pendapatan negara kurang daripada RM 400 juta, nilai APC adalah melebihi
daripada satu. Pada tingkat keseimbangan pendapatan negara RM 400 juta, nilai
APC ialah satu. Pada tingkat pendapatan negara melebihi RM 400 juta, nilai APC
adalah kurang daripada satu.
2) Nilai MPC ialah
0.8 dan nilainya adalah bernilai positif dan kurang daripada satu.
3) Pada tingkat
pendapatan negara kurang daripada RM 400 juta, nilai APS adalah bernilai
negatif. Pada tingkat keseimbangan pendapatan negara RM 400 juta, nilai APS
ialah sifar. Pada tingkat pendapatan negara melebihi RM 400 juta, nilai APS
adalah bernilai positif.
4) Nilai MPS ialah
0.2 dan nilainya adalah bernilai positif dan kurang daripada satu.
Fungsi
C & Fungsi S
Fungsi penggunaan (C)
ialah satu keluk atau persamaan yang menunjukkan hubungan antara pendapatan
negara dengan penggunaan isi rumah.
C = a + bYd / Y dengan a = penggunaan autonomi b = MPC
bY = penggunaan teraruh
Fungsi tabungan (S)
ialah satu keluk atau persamaan yang menunjukkan hubungan antara pendapatan
negara dengan tabungan isi rumah.
S = -a + (1-b)Yd / Y dengan a = tabungan autonomi -a = makan tabung 1-b = MPS Y = pendapatan negara Yd = pendapatan boleh guna (1-b)Y = tabungan teraruh
*** Yd = Y hanya
berlaku dalam ekonomi 2 sektor sahaja
Ekonomi
3 Sektor
Kesan Tx terhadap fungsi C & fungsi S
Cukai sekaligus (Lump-sum
tax / 比例税) ialah sejenis cukai yang nilainya tetap tanpa
dipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara.
Contoh :
Sebelum campur tangan
kerajaan :
C = 250 + 0.75 Yd S = -250 + 0.25 Yd
Selepas campur tangan
kerajaan :
Wujud cukai sekaligus
yang perlu dibayar sebanyak RM 60
Fungsi penggunaan baru ialah
C = 250 + 0.75 (Y-T)
= 250 + 0.75 (Y-60)
= 250 + 0.75Y – 45
= 205 + 0.75Y
|
Fungsi tabungan baru ialah
S = -250 + 0.25 (Y-T)
= -250 + 0.25
(Y-60)
= -250 + 0.25Y
– 15
= -265 + 0.25Y
|
*** Yd = Y – T berlaku
dalam ekonomi 3 sektor
Kesan Tx terhadap pelbagai aspek
a) penggunaan
autonomi : jatuh
b) tabungan autonomi
: jatuh
c) keluk fungsi
penggunaan : beralih ke bawah secara selari
d) keluk fungsi
tabungan : beralih ke bawah secara selari
e) nilai MPC : tidak
berubah
f) nilai MPS : tidak
berubah
g) jumlah penggunaan
individu : jatuh sebanyak -MPC × ▲T
h) jumlah tabungan
individu : jatuh sebanyak -MPS × ▲T
i) pendapatan boleh
guna : jatuh sebanyak cukai sekaligus
j) keseimbangan pendapatan
negara : berkurang
Ekonomi
4 Sektor
Fungsi
X & Fungsi M
Fungsi eksport (X)
ialah satu garis mendatar yang menunjukkan nilai eksport adalah tetap pada
setiap tingkat pendapatan negara.
Fungsi import (M)
ialah satu garis yang mencerun ke atas dari kiri ke kanan dan menunjukkan
hubungan positif dengan pendapatan negara.
M = a + bY dengan a = import autonomi b = kecenderungan mengimport sut
(MPM) bY = import teraruh
Penghitungan
Eksport Bersih
Xn = X – M
Contoh : Y = RM 500
juta , fungsi X = 100 , fungsi M = 20 + 0.1Y
Xn = 100 – (20 +
0.1Y)
= 100 – (20 + 0.1(500))
= 100 – (20+50)
= 100 – 70
= RM 30 juta
Penghitungan
nilai pendapatan negara pada tingkat keseimbangan
Contoh Soalan
Kuantitatif STPM 2016
Maklumat di bawah
menunjukkan data perbelanjaan agregat sebuah negara (RM juta).
Penggunaan, C = 200 + 0.8 Yd,
dengan Yd ialah pendapatan boleh guna
Pelaburan, I = 250
Perbelanjaan kerajaan, G = 200
Cukai, T = 100
Eksport, X = 80
Import, M = 10 + 0.2Y
|
Hitungkan pendapatan
negara pada tingkat keseimbangan. (3 m)
Jawapan :
C = 200 + 0.8 Yd
= 200 + 0.8 (Y-T)
= 200 + 0.8 (Y-100)
= 200 + 0.8Y – 80
= 120 + 0.8Y
Y =
AE
= C +
I + G + X – M
=
(120 + 0.8Y) + 250 + 200 + 80 – (10 + 0.2Y)
= 120
+ 250 + 200 + 80 – 10 + 0.8Y – 0.2Y
Y = 640 +
0.6Y
Y – 0.6Y = 640
0.4Y = 640
Y = 640 ÷
0.4
Y = RM
1600 juta
|
Formula
/ Rumus Bab 3
Keseimbangan
pendapatan negara :
1) Y = C + I (ekonomi
2 sektor)
2) Y = C + I + G
(ekonomi 3 sektor)
3) Y = C + I + G + X
– M (ekonomi 4 sektor)
4) S = I (ekonomi 2
sektor)
5) S + T = I +G
(ekonomi 3 sektor)
6) S + T + M = I + G
+ X (ekonomi 4 sektor)
Konsep APC & MPC &
APS & MPS :
1) APC = C ÷ Y
2) MPC = ▲C ÷ ▲Y
3) APS = S ÷ Y
4) MPS = ▲S ÷ ▲Y
5) APC + APS = 1
6) MPC + MPS = 1
Fungsi C & Fungsi
S :
1) C = a + bYd / Y
2) S = -a + (1-b)Yd / Y
3) Yd = C + S
Cukai
sekaligus :
1) Yd = Y – T
2) ▲C
= -MPC × ▲T
3)
▲S = -MPS × ▲T
Pengganda
:
1) k
= 1 ÷ (1 – MPC) @ k = 1 ÷ MPS
2)
▲Y = k × (▲C / I / G / X / M)
Jurang
KNK :
1)
Jurang KNK = KNK potensi – KNK sebenar @ Jurang KNK = Yf – Ye
Lompang
Inflasi & Lompang Deflasi :
1)
Lompang Inflasi = Jurang KNK ÷ Pengganda
2)
Lompang Deflasi = Jurang KNK ÷ Pengganda
Belanjawan
Negara Malaysia :
1)
Jumlah hasil kerajaan = Cukai langsung + Cukai tak langsung + Hasil bukan cukai
2)
Jumlah perbelanjaan kerajaan = Perbelanjaan mengurus + Perbelanjaan pembangunan
3)
Belanjawan negara = Jumlah hasil – Jumlah perbelanjaan
4)
Akaun semasa = Jumlah hasil – Jumlah perbelanjaan mengurus
Fungsi
M :
1) M
= a + bY
感谢你们阅读完我的笔记。如果我的笔记有任何失误的话或者是觉得我的keluk画得丑的话,在这里顺便跟你们说声paiseh啦。如果有任何问题的话可以留言我哟,谢谢。
您好 你=想请问有bab 4 的notes吗?
ReplyDelete还在做着,没意外的话下个月会upload上去
DeleteThank you so much.Your notes v complete and easy to memorize
DeleteThanks for ur support, haha
Delete你好,请问有sem1 notes and sem2 bab2 notes吗?
ReplyDelete抱歉,我没做sem 1的notes, sem 2 bab 2有
DeleteMay I contact you? About the counting I can't understand.
ReplyDeleteLoh Chee Yang (FB)
Delete谢谢你的sem2 notes,决定了retake却无从下手,很清晰
ReplyDelete请问bab 4的笔记有么?,在哪?
ReplyDelete谢谢你
ReplyDelete真的很有帮助 谢谢你的分享✔
ReplyDelete你的笔记非常有用,简易又易懂,谢谢分享,祝我2021 SEM 2考试加油!
ReplyDeletesaya nak tanya kalau di minta keseimbangan baharu, tetapi soalan hanya bagi C dan I. G kena cari sendiri atau amik yang lama ye?
ReplyDelete