Sunday, April 26, 2020

Nota STPM ekonomi sem 2 bab 2 经济学第2课笔记

嗨,大家好。在阅读第2课笔记之前,本人建议你们用电脑来阅读这一课的笔记会比较方便和清楚。谢谢。

BAB 2 : PERAKAUNAN PENDAPATAN NEGARA


2.1 Konsep Pendapatan Negara (STPM 2015)
1) KDNK (Gross Domestic Product(GDP) / 国内生产总值) & KNK (Gross National Product(GNP) / 国民生产总值)
Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran milik negara itu atau milik negara asing di dalam sesebuah negara bagi tempoh setahun. 国内生产总值是一个国家利用国内所拥有的生产要素(所有在马来西亚工作的本地员工和外劳)在一定的期间内(1年)所生产的最终物品市场价值的总合。

Pendapatan faktor bersih luar negeri (PFBLN) ialah perbezaan antara jumlah nilai penerimaan pendapatan faktor tempatan dari luar negara dengan pembayaran pendapatan faktor asing ke luar negara.

PFBLN = Pendapatan faktor dari luar negara (PFdLN) – Pendapatan faktor ke luar negara (PFkLN)

Keluaran Negara Kasar (KNK) ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh faktor pengeluaran milik warganegara sebuah negara yang berada di dalam atau di luar negara bagi tempoh setahun. 国民生产总值是一个国家的国民(所有居住在国内和国外的马来西亚公民)在一定期间内(1年)所生产的最终物品的市场价值的总合。

KNK = KDNK + PFBLN


Hubungan antara KDNK dengan KNK :
a) Sekiranya PFBLN bernilai positif, maka nilai KNK > KDNK.
b) Sekiranya PFBLN bernilai negatif, maka nilai KNK < KDNK.
c) Sekiranya PFBLN bernilai sifar, maka nilai KNK = KDNK.

2) KNKhp & KNKkf  / KDNKhp & KDNKkf
Keluaran Negara Kasar harga pasaran (KNKhp) ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran milik negara tersebut yang dihitung berdasarkan harga yang dibayar oleh pembeli di pasaran.

Keluaran Negara Kasar kos faktor (KNKkf) ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran milik negara tersebut yang dihitung berdasarkan harga yang dibayar oleh pengeluar kepada pemilik faktor-faktor pengeluaran.

KNKkf = KNKhp + subsidi (Sb) – cukai tak langsung (CTL)

Keluaran Dalam Negeri Kasar harga pasaran (KDNKhp) ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran di dalam sesebuah negara yang dihitung berdasarkan harga yang dibayar oleh pembeli di pasaran.

Keluaran Dalam Negeri Kasar kos faktor (KDNKkf) ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran di dalam sesebuah negara yang dihitung berdasarkan harga yang dibayar oleh pengeluar kepada pemilik faktor-faktor pengeluaran.

KDNKkf = KDNKhp + subsidi (Sb) – cukai tak langsung (CTL)

Hubungan antara KNKhp  dengan KNKkf / KDNKhp dengan KDNKkf :
a) Sekiranya CTL > Sb, maka KNKhp > KNKkf / KDNKhp > KDNKkf.
b) Sekiranya CTL < Sb, maka KNKhp < KNKkf / KDNKhp < KDNKkf.
c) Sekiranya CTL = Sb, maka KNKhp = KNKkf / KDNKhp = KDNKkf.

*** hp – 货物与服务最终被消费者还的价格, kf – 成本, Sb – 津贴, CTL – 间接进口税

3) KNK nominal & KNK benar / KDNK nominal & KDNK benar (Nominal GDP 名目国内生产总值 / Real GDP 实质国内生产总值)
KNK nominal (harga semasa) ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran milik negara tersebut yang dihitung berdasarkan tingkat harga pada tahun semasa, iaitu mempunyai unsur inflasi.

KNK benar (harga tetap) ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran milik negara tersebut yang dihitung berdasarkan tingkat harga pada tahun asas, iaitu tidak mempunyai unsur inflasi.

KNK benar = KNK nominal x Indeks harga tahun asas (100)
                                                   Indeks harga tahun semasa

KDNK nominal (harga semasa) ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran di dalam sesebuah negara yang dihitung berdasarkan tingkat harga pada tahun semasa, iaitu mempunyai unsur inflasi. 名目GDP 是用当年的价格来计算GDP的。

KDNK benar (harga tetap) ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran di dalam sesebuah negara yang dihitung berdasarkan tingkat harga pada tahun asas, iaitu tidak mempunyai unsur inflasi. 实质GDP是用基年的价格来计算GDP的。

KDNK benar = KDNK nominal x Indeks harga tahun asas (100)
                                                         Indeks harga tahun semasa


Hubungan antara KNK norminal dengan KNK benar / KDNK norminal dengan KDNK benar :
a) Sekiranya IHP semasa > 100, maka KNK benar < KNK norminal / KDNK benar < KDNK norminal.
b) Sekiranya IHP semasa < 100, maka KNK benar > KNK norminal / KDNK benar > KDNK norminal.
c) Sekiranya IHP semasa = 100, maka KNK benar = KNK norminal / KDNK benar = KDNK norminal.

4) KNB (Net National Product(NNP) / 国民生产净值)
Keluaran Negara Bersih (KNB) ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh semua faktor pengeluaran milik negara tersebut setelah ditolak susut nilai barang modal. 国民生产净值是将KNK中的折旧(固定资产的消耗或贬值)扣除之后所得到的国民生产的价值总合。

Susut nilai ialah kemerosotan nilai barang modal yang digunakan dalam proses pengeluaran.

KNB = KNK – susut nilai


2.2 Kaedah Perhitungan Pendapatan Negara
1) Kaedah Pendapatan (Income Approach / 所得法)
Melalui kaedah pendapatan, pendapatan negara dihitung dengan menjumlahkan semua pendapatan yang diterima oleh faktor-faktor pengeluaran yang produktif yang dimiliki oleh sesebuah negara.


Butiran
RM juta

Upah (buruh)
360
+
Sewa (tanah)
100
+
Bunga bersih (modal)
120
+
Untung kasar (usahawan)
250
+
Pendapatan perusahaan persendirian (peniaga)
130
=
Keluaran Negara Bersih pada kos faktor (KNBkf) / Pendapatan Negara (PN)
960

  • Upah (工资)ialah pendapatan yang diterima oleh buruh yang memberi sumbangan tenaga fizikal dan mental dalam proses pengeluaran. Upah termasuklah gaji, elaun, komisen, bonus dan sebagainya tetapi tidak termasuk bayaran pindahan dan belum ditolak dengan cukai pendapatan perseorangan, caruman KWSP, caruman PERKESO atau zakat.
  • Sewa (地租)ialah pendapatan yang diterima oleh pemilik tanah atas penggunaan tanah dalam proses pengeluaran.
  • Bunga bersih (利息)ialah pendapatan yang diterima oleh pemilik modal setelah ditolak dengan bunga atas pinjaman pengguna dan bunga atas pinjaman kerajaan.
  • Untung kasar (利润)ataupun dikenali sebagai keuntungan syarikat sebelum cukai ialah pendapatan yang diterima oleh usahawan daripada aktiviti perniagaan yang dijalankan. Ia termasuklah untung diagihkan, untung tidak diagihkan dan cukai keuntungan syarikat.
  • Pendapatan perusahaan persendirian (小型商家的收入)ialah pendapatan yang diterima oleh pengusaha kecil-kecilan seperti penjaja, pegerai, kedai runcit tunggal dan sebagainya.
  • Apabila semua nilai pendapatan faktor pengeluaran yang produktif dijumlahkan, maka KNBkf / pendapatan negara adalah sebanyak RM 960 juta (360+100+120+250+130).
  • Bayaran pindahan (转移支付)iaitu pendapatan yang diterima oleh individu tanpa memberikan sumbangan kepada proses pengeluaran tidak diambil kira dalam penghitungan pendapatan negara.


2) Kaedah Perbelanjaan (Expenditure Approach / 支出法)
Melalui kaedah perbelanjaan, pendapatan negara dihitung dengan menjumlahkan semua perbelanjaan yang dilakukan oleh semua pelaku ekonomi (isi rumah, firma, kerajaan & luar negara) ke atas barang akhir dan perkhidmatan bagi tempoh setahun.

Sektor
Komponen Perbelanjaan
Penerangan
Isi Rumah
Perbelanjaan penggunaan swasta (C)
私人消费支出
Maksud :
Perbelanjaan penggunaan swasta ialah perbelanjaan penggunaan yang dilakukan oleh sektor isi rumah untuk membeli barang dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendaknya.

Contoh perbelanjaan :
1) Barang keperluan asas (makanan dan pakaian)
2) Barang tahan lama (peti sejuk dan kereta)
3) Perkhidmatan (pendidikan dan kesihatan)
Firma
Pembentukan modal tetap kasar swasta / Pelaburan (I)
私人投资支出
Maksud :
Pembentukan modal tetap kasar swasta ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh sektor firma untuk membeli barang modal dan barang perantaraan bagi meningkatkan keupayaan firma untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.

Contoh perbelanjaan :
1) Barang modal (loji, jentera dan mesin)
2) Bahan mentah
3) Barang separuh siap
4) Barang siap belum dijual
5) Pembinaan (memdirikan kilang)
Perubahan dalam stok
货物的差数
Maksud :
Perubahan dalam stok ialah perbezaan antara stok akhir tahun dengan stok awal tahun yang masih belum dijual. Stok awal perlu ditolak kerana stok awal telah dihitung dalam nilai pendapatan negara tahun sebelumnya tetapi dijual pada tahun semasa manakala stok akhir perlu ditambah kerana stok akhir ialah barang-barang yang dihasilkan pada tahun semasa tetapi belum dijual.

Formula :
Perubahan dalam stok = Stok akhir tahun – Stok awal tahun
Kerajaan
Perbelanjaan penggunaan awam / Perbelanjaan mengurus (G)
政府消费支出
Maksud :
Perbelanjaan penggunaan awam ialah perbelanjaan penggunaan yang dilakukan oleh sektor kerajaan ke atas urusan pentadbiran negara untuk melicinkan jentera pentadbiran negara.

Contoh perbelanjaan :
1) Emolumen
2) Bekalan dan perkhidmatan
3) Subsidi dan bantuan sosial
Pembentukan modal tetap kasar awam / Perbelanjaan pembangunan (G)
政府投资支出
Maksud :
Pembentukan modal tetap kasar awam ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh sektor kerajaan untuk membangunkan sosioekonomi negara dan menambah infrastruktur.

Contoh perbelanjaan :
1) Membina jalan raya
2) Membina sekolah
3) Membina hospital dan klinik kesihatan
Luar Negara
Eksport (X)
出口
Maksud :
Eksport ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh luar negara ke atas keluaran negara sendiri.

Contoh eksport negara :
1) Minyak sawit
2) Produk elektrik dan elektronik
Import (M)
进口
Maksud :
Import ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh isi rumah, firma, kerajaan negara sendiri ke atas keluaran luar negara.

Contoh import negara :
1) Kelengkapan dan alat ganti telekomunikasi
2) Litar elektronik bersepadu


Harga Semasa

Butiran
2018
RM juta
2019
RM juta

+
+
Perbelanjaan penggunaan
Awam
Swasta

172958
830829

176709
903295

+
+
Pembentukan modal tetap kasar
Awam
Swasta

104585
245712

94823
251984
+
Perubahan inventori dan barangan berharga
-8626
-30724
+
Eksport barangan dan perkhidmatan
994860
987146
-
Import barangan dan perkhidmatan
893403
872469

Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran
1446914
1510765
+
Imbangan Pendapatan Primer
-51586
-43509
=
Pendapatan Negara Kasar
1395328
1467256


Harga Malar 2015

Butiran
2018
RM juta
2019
RM juta

+
+
Perbelanjaan penggunaan
Awam
Swasta

169638
775431

173112
834622

+
+
Pembentukan modal tetap kasar
Awam
Swasta

100264
235291

89463
238904
+
Perubahan inventori dan barangan berharga
-14344
-19356
+
Eksport barangan dan perkhidmatan
920105
909651
-
Import barangan dan perkhidmatan
824852
805905

Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran
1361533
1420490
+
Imbangan Pendapatan Primer


=
Pendapatan Negara Kasar




3) Kaedah Keluaran (Output Approach / 产出法) (STPM 2014 (U))
Melalui kaedah keluaran, pendapatan negara dihitung dengan menjumlahkan nilai barang akhir dan perkhidmatan yang dihasilkan oleh semua sektor ekonomi (sektor utama, sektor kedua & sektor ketiga) sesebuah negara dalam tempoh setahun.


Butiran
 2019
RM juta

+
+
Sektor Utama
Pertanian 农业
Perlombongan dan kuari 矿业

101287
101565

+
+
Sektor Kedua
Pembuatan 制造业
Pembinaan 建筑业

316355
66252

+
+
+
+
+
+
+
+
+
Sektor Ketiga
Utiliti 水电与煤气
Perdagangan borong dan runcit 批发与零售
Makanan & minimum dan penginapan 饮食业
Pengangkutan dan penyimpanan 交通与物流
Maklumat dan komunikasi 信息与通信技术产业
Kewangan dan insurans 金融与保险
Harta tanah dan perkhidmatan perniagaan 地产业与商业
Perkhidmatan lain 其他服务
Perkhidmatan kerajaan 政府提供的服务

38196
217244
49846
78327
84277
93486
90227
49050
118566
+
Cukai import 进口税
15812
=
Keluaran Dalam Negeri Kasar pada harga pasaran
1420490


4) Konsep Nilai Ditambah 增值 (STPM 2014 / 2017 (U))
Nilai ditambah ialah peningkatan nilai terhadap sesuatu keluaran setelah melalui proses pengeluaran. Kaedah nilai ditambah ini digunakan untuk mengira pendapatan negara mengikut kaedah keluaran bagi mengelakkan masalah penghitungan dua kali.

Nilai ditambah = Nilai jualan – Nilai belian



Kegiatan ekonomi / aktiviti
Kos input / Nilai belian (RM)
Harga output / Nilai jualan (RM)
Nilai ditambah (RM)
Menaman kayu balak
0
100
100 – 0 = 100
Menghasilkan kertas
100
250
250 – 100 = 150
Mencetak buku
250
400
400 – 250 = 150
Menjual buku
400
600
600 – 400 = 200
Jumlah

1350
600

Berdasarkan jadual, dengan mengandaikan bahawa dalam proses mencetak dan menghasilkan pelbagai buku teks, penanaman kayu balak tidak mempunyai kos input. Pada peringkat pertama, kayu balak akan dijual dengan harga RM 100. Oleh itu, nilai ditambah kayu balak ialah RM 100.

Pada peringkat kedua, kilang kertas akan membeli kayu balak daripada penaman pokok dengan nilai belian sebanyak RM 100 dan menghasilkan kertas yang bernilai RM 250. Nilai ditambah kegiatan menghasilkan kertas adalah sebanyak RM 150.

Pada peringkat ketiga, syarikat penerbit buku akan membeli bahan mentah seperti membeli kertas daripada kilang kertas dengan nilai belian sebanyak RM 250 lalu mencetak dan menghasilkan pelbagai buku teks dengan harga RM 400. Nilai ditambah mencetak buku teks adalah sebanyak RM 150.
Pada peringkat keempat, kedai buku seperti Popular akan membeli buku teks daripada syarikat penerbit buku dengan nilai belian sebanyak RM 400 dan menjual buku teks kepada pengguna akhir dengan harga RM 600. Oleh itu, nilai ditambah menjual buku teks adalah sebanyak RM 200.

Apabila mengira keluaran negara, untuk mengelakkan masalah penghitungan dua kali, kita hanya menjumlahkan nilai ditambah yang dicipta oleh setiap peringkat pengeluaran. Oleh itu, jumlah nilai ditambah untuk beberapa buah pelbagai buku teks ialah RM 600 (RM 100 + RM 150 + RM 150 + RM 200). Jumlah nilai ditambah buku teks adalah sama dengan nilai barang akhir, iaitu harga jualan buku teks sebanyak RM 600.


2.3 Konsep Pendapatan Persendirian VS Pendapatan Boleh Guna VS Pendapatan Per Kapita
1) Pendapatan persendirian (PP) 个人所得
Pendapatan persendirian ialah jumlah pendapatan yang diterima oleh semua individu dalam sesebuah negara dalam setahun sama ada daripada kegiatan produktif atau tidak produktif.

PP = PN + Bayaran pindahan + Bunga atas pinjaman pengguna + Bunga atas pinjaman kerajaan – Caruman KWSP – Keuntungan yang tidak diagihkan – Cukai keuntungan syarikat

2) Pendapatan boleh guna (PBG) 可支配所得
Pendapatan boleh guna ialah bahagian pendapatan persendirian yang boleh dibelanjakan ke atas barang-barang dan perkhidmatan setelah ditolak dengan cukai pendapatan perseorangan.

PBG = PP – Cukai Pendapatan Perseorangan

3) Pendapatan per kapita (PPK) 人均实质所得
Pendapatan per kapita ialah pendapatan purata yang diperoleh oleh setiap penduduk dalam sesebuah negara pada satu tahun.

Pendapatan per kapita
= Pendapatan negara (KNK / KDNK)
              Jumlah Penduduk


2.4 Masalah-masalah dalam perhitungan pendapatan negara (STPM 2013 / 2015 (U) / 2017 (U) / 2018 (U) / 2019)
1) Masalah penghitungan dua kali 物品总价值重复被计算
说到底,在计算国家收入的时候,either是加到完所有物品的nilai ditambah or加到完所有最终物品的价值,才不会出现重复计算的问题。
  • Semasa menghitung pendapatan negara, kita sukar untuk membezaan antara barang perantaraan dengan barang akhir.
  • Kebanyakan barang akhir disiapkan melalui beberapa proses pengeluaran.
  • Jika nilai barang perantaraan dengan nilai barang akhir dicampurkan dalam perhitungan pendapatan negara, pendapatan negara akan terlebih anggar.
  • Untuk mengelakkan masalah ini, kita hanya menjumlahkan nilai ditambah atau menggunakan nilai barang akhir sahaja semasa menghitung pendapatan negara.

2) Masalah kegiatan produktif yang tidak dibayar dengan wang 有成效的劳力活动没有被支付工资
For example你妈妈是个家庭主妇,经常在家里打扫做家务,没功劳都好也有苦劳,可是是没得赚任何钱的啦。反而你家里如果有请一个kakak来你家帮你做家务的话,你的家人就必须付给她工资。你看,你妈妈还有请来的kakak都是同样做家务,都是在进行有成效的劳力活动,but kakak有得赚钱可是妈妈就没赚到钱,这样的情况会导致国家的收入terkurang anggar
  • Terdapat sesetengah kegiatan produktif seperti perkhidmatan suri rumah tangga, kegiatan gotong-royong, pertukaran barang dalam sistem barter, penggunaan bangunan pemilik untuk tujuan perniagaan dan pembayaran upah dalam bentuk bukan wang tidak dihitung dalam pendapatan negara kerana tidak dibayar dengan upah wang.
  • Keadaan ini akan menyebabkan pendapatan negara menjadi terkurang anggar.

3) Masalah pengumpulan data 收集人民收入的数据的差异
有些公司明明在这一年内赚了超过一百千的利润,可是为了逃税,报账时做假账,骗说今年公司只赚了60千而已。在计算国家的收入时,这些不正确的收入数据会导致国家收入terkurang anggar
  • Sesetengah negara sedang membangun tidak mempunyai maklumat dan data yang lengkap dan tepat tentang semua kegiatan ekonomi yang dilakukan menyebabkan nilai keluaran negara sukar ditentukan.
  • Sebagai contoh, dalam sektor pertanian, sesetengah petani tidak menyimpan rekod tentang jumlah hasil yang dikeluarkan.
  • Selain itu, sesetengah pihak atau syarikat enggan memberikan maklumat yang tepat tentang nilai pendapatan yang diperoleh kepada pihak berkuasa kerana ingin mengelak daripada dikenakan cukai.
  • Keadaan ini menyebabkan pendapatan negara menjadi terkurang anggar.

4) Masalah kegiatan produktif yang tidak dipasarkan 未经市场的交易活动
有些未经市场的交易活动都算是有成效的劳力活动,比如:住在kampung的村民自己辛辛苦苦种的菜自己吃或是送给亲朋戚友吃,没经过金钱交易。这些交易活动没被算进国家收入里的话,国家收入就会变成terkurang anggar了。
  • Kita hanya mengambil kira keluaran yang dipasarkan sahaja dalam penghitungan pendapatan negara.
  • Sesetengah kegiatan produktif yang tidak melibatkan pembayaran wang dan tidak dipasarkan seperti kegiatan sara diri dan sistem barter tidak diambil kira dalam penghitungan pendapatan negara.
  • Contohnya, sesetengah penduduk luar bandar menaman sayur-sayuran untuk kegunaan sendiri dan keluarganya.
  • Keadaan ini menyebabkan pendapatan negara menjadi terkurang anggar.

5) Masalah kegiatan produktif yang haram 非法交易
所有的地下经济和非法交易在国家的KDNK里都是归零哦。
  • Beberapa kegiatan produktif yang mendatangkan keuntungan dan pendapatan kepada individu tetapi tidak dihitung dalam pendapatan negara kerana kegiatan tersebut adalah menyalahi undang-undang negara.
  • Misalnya, kegiatan tersebut seperti perjudian, penyeludupan barang, pengagihan dadah, perniagaan cetak rompak, pelacuran dan sebagainya.
  • Keadaan ini menyebabkan pendapatan negara menjadi terkurang anggar.

6) Masalah penentuan susut nilai 定制贬值率的方法的差异
是读akaun的学生,我相信你们应该都懂kaedah susut nilai 分成很多种,比如:kaedah garis lurus, kaedah baki berkurangan, kaedah unit pengeluaran等等。每个公司对于每个财产所采用的计算susut nilai的方法都是不同的,所以计算出来untung bersih自然而然也会有差异。那么这也代表说国家的总收入也会有差异。
  • Setiap pengeluar mengamalkan kaedah yang berbeza untuk menghitung dan menentukan susut nilai terhadap pelbagai jenis barang modal yang digunakan.
  • Oleh itu, penghitungan susut nilai lazimnya dibuat secara anggaran sahaja.
  • Keadaan ini menyebabkan nilai pelaburan bersih dan keluaran negara bersih yang dihitung menjadi kurang tepat lalu menyebabkan pendapatan negara akan menjadi terlebih atau terkurang anggar.

*** Orange – Sebab   Red – Kesan   Green – Langkah mengatasi   Light Blue – Contoh   Dark Red – 讲废话 (想读就读,不想读就skip

2.5 Kegunaan Data Pendapatan Negara (STPM 2014 / 2017 / 2018)
1) Sebagai alat pengukur taraf hidup rakyat sesebuah negara 用来衡量人民的生活水准
  • Taraf hidup rakyat sesebuah negara dapat diukur dengan menggunakan pendapatan benar per kapita, iaitu KDNK benar / KNK benar dibahagikan dengan jumlah penduduk.
  • Jika pendapatan benar per kapita pada tahun 2019 lebih tinggi berbanding pendapatan benar per kapita pada tahun 2018, maka dapat disimpulkan bahawa taraf hidup rakyat bagi negara itu telah meningkat.

Pendapatan per kapita
= Pendapatan negara (KNK / KDNK)
              Jumlah Penduduk

2) Sebagai alat pengukur sumbangan keluaran pelbagai sektor ekonomi 用来衡量每个产业的出产量的贡献
  • Mengikut kaedah keluaran, nilai jumlah keluaran negara bagi sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga dapat dihitung.
  • Oleh itu, sumbangan sektor terbesar kepada pendapatan negara dapat dikenal pasti.
  • Kepentingan sesuatu sektor kepada pembangunan negara dapat ditentukan melalui kadar sumbangannya kepada keluaran negara sama ada meningkat dari segi peratusan.

Kadar sumbangan sektor
= nilai keluaran sektor   x 100
             KDNK

3) Sebagai alat pengukur kadar pertumbuhan ekonomi 用来衡量国家的经济成长率
  • Kadar pertumbuhan ekonomi dapat diukur dengan membandingkan data pendapatan negara benar (KNK benar / KDNK benar) tahun semasa dengan pendapatan negara benar tahun sebelumnya.
  • Jika kadar pertumbuhan ekonomi dalam negara itu adalah bernilai positif dan semakin meningkat, ia menunjukkan pertumbuhan dan perkembangan ekonomi negara tersebut semakin baik dan semakin maju.


4) Sebagai petunjuk perubahan struktur ekonomi 可用来参考国家经济结构的变化
  • Data pendapatan negara dapat menunjukkan perubahan struktur ekonomi sesebuah negara melalui perhitungan kadar peratusan sumbangan sektor ekonomi terhadap keluaran negara antara dua tempoh masa.
  • Misalnya, melalui data pendapatan negara tahun 1970-an, 1980-an, 1990-an dan 2000-an, kita dapat mengetahui bahawa perubahan struktur ekonomi Malaysia daripada berasaskan pertanian (1970-an) kepada berasaskan perindustrian dan perkhidmatan (1990 – 2000-an).


Pengetahuan Tambahan 分享额外知识环节 :
Corak perubahan struktur ekonomi Malaysia 马来西亚的经济结构变化规律
Sebelum Kemerdekaan
Kegiatan ekonomi bergantung kepada sektor utama (sektor pertanian & perlombongan)
Keluaran utama ialah getah dan bijih timah

Tahun 1960-an
Dasar mempelbagaikan ekonomi merupakan teras pembangunan ekonomi
Memberi tumpuan kepada pembangunan industri penggantian import
Sektor utama kekal sebagai tulang belakang ekonomi negara

Tahun 1970-an
Galakan industri berasaskan eksport
Kepentingan sektor kedua semakin meningkat manakala sektor utama berkurangan

Tahun 1980-an
Sektor utama terjejas akibat harga komoditi jatuh
Pelan induk Perindustrian dan Dasar Perindustrian Berat mengembangkan sektor perbuatan
Pembinaan infrastruktur menggiatkan sektor perbuatan
Sektor kedua menggantikan sektor utama

Tahun 1990-an hingga 2020
Memberi tumpuan kepada sektor kedua dan ketiga
Perkembangan pesat dalam teknologi maklumat & komunikasi (ICT)
Tumpuan utama ialah sektor perkhidmatan & sektor ICT
Perkembangan k-ekonomi dan e-dagang

5) Sebagai asas membuat perancangan ekonomi 可用来作为管理国家经济的基础
  • Data pendapatan negara yang mengandungi butir-butir KDNK, perbelanjaan penggunaan, pelaburan, perubahan dalam stok, import dan eksport negara dan sebagainya dapat memberikan maklumat penting mengenai ciri-ciri kegiatan ekonomi dan prestasi ekonomi sesebuah negara.
  • Maklumat tersebut dapat dijadikan sebagai asas perancangan oleh kerajaan untuk membuat ramalan dan perancangan pembangunan ekonomi negara pada masa depan.


2.6 Kelemahan Data Pendapatan Negara / Pendapatan Per Kapita Sebagai Alat Perbandingan Taraf Hidup
Perbandingan antara masa (STPM 2016 (U) / 2019 (U))
1) Perubahan tingkat harga umum 市场价格的变化
可能你们偶尔有听过你们的爸妈说在他们以前的年代虽然他们的收入较少,btw以前年代没有发生很严重的通货膨胀问题,so那时候的他们用一张50令吉的纸钞就可以在pasar sapu 完所有的菜和肉类了。哪像现在,可能你的妈妈不时不时会complain说现在的50令吉根本不够用,去pasar一趟买几只鱼和一些蔬菜就花完了,那是因为现在的物价开始飙涨了。
Pendapatan per kapita (PPK) sesebuah negara lebih tinggi pada suatu tahun tertentu berbanding dengan tahun sebelumnya tidak menunjukkan taraf hidup rakyat tinggi kerana tingkat harga umum yang tinggi menyebabkan jumlah barang yang dinikmati oleh rakyat berkurang. Pendapatan per kapita (PPK) sesebuah negara lebih rendah pada suatu tahun tertentu berbanding dengan tahun sebelumnya tidak menunjukkan taraf hidup rakyat rendah kerana tingkat harga umum yang rendah menyebabkan jumlah barang yang dinikmati oleh rakyat meningkat.

2) Perubahan dalam eksternaliti negatif 负外在性的变化(比如:环境污染)
即使人均实质所得高又怎样,整个城市交通和汽车的数量那么多,排出一大堆的carbon dioxidecarbon monoxide,还有工厂也是经常排出一些废气比如nitrogen oxidessulfur dioxide,造成空气和环境污染。对了,讲到空气污染我又想到在九月或十月期间我国经常出现烟霾,像去年(2019年)有些州属因为空气污染指数已超过200点,多间学校已停课两三天。读到这,你们可能会觉得很爽,因为当时那几天可以在家休息,不必去学校,哈哈。Btw, 这些烟霾还有空气污染会对我们人体的健康造成很大的影响啦,尤其是我们的呼吸管道和肺部。这种情况会让我们人民的生活水准下降。So, 在这里我来个温馨提醒,除了现在防疫期间要戴口罩之外,烟霾期间出门时也是需要戴口罩哟。抱歉,我好像离题了,哈哈,总而言之PPK高不等于人民生活水准高。
  • PPK tinggi ≠ taraf hidup rakyat tinggi kerana berlaku eksternaliti negatif yang serius seperti pencemaran alam yang serius menyebabkan kesihatan dan kualiti hidup rakyat terjejas
  • PPK rendah ≠ taraf hidup rakyat rendah kerana eksternaliti negatif yang kurang serius seperti masalah pencemaran alam berkurang lalu membolehkan kesihatan dan kualiti hidup rakyat lebih terjamin

3) Perubahan dalam masa kerja dan masa rehat 工作时间和休息时间的变化
现在个个上班族整天一直OT(其实也是为了赚更多钱啦),造成每天的休息时间变得很少,可能连去happy hour的时间都没有,更何况说要陪家人。难得现在MCO期间,个个都待在家里,所以是时候现在该好好陪伴家人了。
  • PPK tinggi ≠ taraf hidup rakyat tinggi kerana pertambahan dalam masa kerja menyebabkan masa rehat dan masa untuk beriadah berkurang
  • PPK rendah ≠ taraf hidup rakyat rendah kerana pengurangan dalam masa kerja menyebabkan pertambahan masa rehat dan masa untuk beriadah

4) Perubahan dalam corak agihan pendapatan 收入分配的形式的变化
即使一个国家的PPK很高,但如果那个国家的收入分配是不平等的话,就会导致有钱人越来越有钱,贫穷人越来越穷。国家的贫穷率也会上升。接下来会发生什么事我就不必多说了吧。For example,在90年代发生印尼排华事件其实也是因为收入分配不平等的问题所造成的。幸亏我们Malaysia没发生这种事啦,因为现在政府有给bantuan prihatin nasional给我们这些M40B40群体嘛(可是我就没得拿,sad)。所以我国的jurang pengagihan pendapatan会比较小。
  • PPK tinggi ≠ taraf hidup rakyat tinggi kerana pendapatan negara tidak diagihkan secara saksama menyebabkan jurang perbezaan pendapatan antara golongan kaya dengan golongan miskin akan menjadi semakin besar
  • PPK rendah ≠ taraf hidup rakyat rendah kerana pendapatan negara diagihkan secara saksama menyebabkan jurang perbezaan pendapatan antara golongan kaya dengan golongan miskin akan menjadi semakin kecil

5) Perubahan komposisi pendapatan negara 国家收入构造的变化
即使一个国家的PPK很高,but那个国家的领导人利用大部分的国家收入去购买和研发核武武器,人民终究也是没有获得任何利益的,生活水准也不会提高。(是真的有一个国家这么做的啦,你知我知就好,不必多说)
  • PPK tinggi ≠ taraf hidup rakyat tinggi kerana sebahagian besar pendapatan negara dibelanjakan ke atas pengeluaran barang yang tidak dinikmati dan tidak memanfaatkan rakyat seperti barang ketenteraan
  • PPK rendah ≠ taraf hidup rakyat rendah kerana sebahagian besar pendapatan negara dibelanjakan ke atas pengeluaran barang yang dinikmati dan memanfaatkan rakyat seperti barang modal dan barang pengguna

** 在这里我想跟你们说,无论题目是问perbandingan antara masa或者是perbandingan antara negara都好,你们都可以用同样的point。可是呢,如果题目是问perbandingan antara masa的话,记得,你们的isi必须mentionperubahan这个字眼,and then huraian呢,你们必须写出2个时间点的比较性,我的第一个pointhuraian就是最好的例子,考试时最好是要写到像第一个pointhuraian一样那么完整。

**** 在这里顺便教你们一招如何记起来这五个pointkeywords。有看到我的isi里所boldunderline起来的那几个字吗
Tingkat Harga Umum – THU – assume说是thursday
Eksternaliti – E – e当作是eat
Masa kerja Masa rehat – Mk & Mr – assume Mk mee kariMr mee rebus
Corak agihan pendapatan – Cap – 把它想象成capati
Komposisi pendapatan – kp – 把它当作是kacang panjang
So, 这五个keywords的简称就是Thursday eat mee kari, mee rebus, capati & kacang panjang.
所以你只需要记住这个句子就可以轻轻松松记完这五个point了,进到考场时也不必怕会忘记这些fakta,哈哈。(抱歉,因为我是个吃货,所以就用这些食物来记这些point,哈哈)。但是呢,要记这些fakta的方式有很多种,如果你们觉得这方法对你们而言是行不通的话就别用,因为讲真的每个人都有自己的读书方法嘛,我的方法只是让你们作为参考罢了。

Perbandingan antara negara (STPM 2013 (U) / 2016)
1) Perbezaan tingkat harga umum 市场价格的差别
Jika negara X mempunyai pendapatan per kapita (PPK) yang tinggi tetapi tingkat harga umum di negara X lebih tinggi, maka kos sara hidup rakyatnya tinggi menyebabkan kuasa beli masyarakat merosot lalu menyebabkan taraf hidup rakyat negara X lebih rendah berbanding dengan negara Y yang mempunyai pendapatan per kapita (PPK) yang rendah tetapi tingkat harga umum di negaranya lebih rendah, maka kos sara hidup rakyatnya rendah menyebabkan kuali beli masyarakat meningkat lalu menyebabkan taraf hidup rakyat negara Y lebih tinggi.

2) Perbezaan dalam eksternaliti negatif 负外在性的差别(比如:环境污染)
  • Negara X mempunyai PPK tinggi ≠ taraf hidup rakyat tinggi kerana kemajuan ekonomi di negara X mewujudkan eksternaliti negatif yang serius seperti pencemaran alam yang serius
  • Negara Y mempunyai PPK rendah ≠ taraf hidup rakyat rendah kerana negara Y mewujudkan eksternaliti negatif yang kurang serius

3) Perbezaan dalam masa kerja dan masa rehat 工作时间和休息时间的差别
  • Negara X mempunyai PPK tinggi ≠ taraf hidup rakyat tinggi kerana masa bekerja yang panjang → sebahagian besar masanya dihabiskan di tempat kerja → masa rehat berkurang → tiada masa untuk beriadah dan bersama dengan ahli keluarga
  • Negara Y mempunyai PPK rendah ≠ taraf hidup rakyat rendah kerana masa bekerja yang pendek → masa rehat lebih panjang → mempunyai masa untuk beriadah dan bersama dengan ahli keluarga

4) Perbezaan dalam corak agihan pendapatan 收入分配的形式的差别
  • Negara X mempunyai PPK tinggi ≠ taraf hidup rakyat tinggi kerana pendapatan negara X tidak diagihkan secara saksama menyebabkan jurang perbezaan pendapatan antara golongan kaya dengan golongan miskin akan menjadi semakin besar
  • Negara Y mempunyai PPK rendah ≠ taraf hidup rakyat rendah kerana pendapatan negara Y diagihkan secara saksama menyebabkan jurang perbezaan pendapatan antara golongan kaya dengan golongan miskin akan menjadi semakin kecil

5) Perbezaan komposisi pendapatan negara 国家收入构造的差别
  • Negara X mempunyai PPK tinggi ≠ taraf hidup rakyat tinggi kerana sebahagian besar pendapatan negara X dibelanjakan ke atas pengeluaran barang yang tidak memberi manfaat kepada rakyat secara langsung seperti barang ketenteraan dan angkasa lepas
  • Negara Y mempunyai PPK rendah ≠ taraf hidup rakyat rendah kerana sebahagian besar pendapatan negara Y dibelanjakan ke atas pengeluaran barang yang membawa manfaat kepada rakyat secara langsung seperti barang modal dan barang pengguna

** 刚刚我有讲过,无论题目是问perbandingan antara masa或者是perbandingan antara negara都好,你们都可以用同样的pointBtw,如果题目是问perbandingan antara negara的话,记得,你们的isi必须mentionperbezaan这个字眼,and then huraian呢,你们必须写出2个国家的比较性,我的第一个pointhuraian就是最好的例子,考试时最好是要写到像第一个pointhuraian一样那么完整。这就是perbandingan antara masaperbandingan antara negara的差别。


Sesi Soal Jawab 自问自答环节
Soalan 1: Nyatakan tiga faktor yang menyebabkan pendapatan faktor bersih luar negeri bernilai negatif di sesebuah negara.
Jawapan :
  • Keuntungan pelaburan langsung asing di Malaysia melebihi keuntungan pelaburan langsung tempatan di luar negara
  • Upah yang dibawa balik ke negara asal oleh buruh asing yang bekerja di Malaysia melebihi upah yang dibawa balik ke Malaysia oleh rakyat tempatan yang bekerja di luar negara
  • Pendapatan sewa yang dibawa balik oleh pemilik hartanah warga asing dari Malaysia melebihi pendapatan sewa yang dibawa balik oleh pemilik hartanah rakyat Malaysia dari luar negara


Soalan 2 : Mengapakah perubahan dalam stok bernilai negatif ?
Jawapan : Nilai perubahan dalam stok negatif kerana baki stok pada akhir tahun lebih kecil daripada baki stok pada awal tahun.

Soalan 3 : Apakah maksud kegiatan produktif ?
Jawapan : Kegiatan produktif ialah kegiatan ekonomi yang telah memberi sumbangan kepada proses pengeluaran.

Soalan 4 : Apakah kaedah yang diamalkan oleh Malaysia dalam perhitungan pendapatan negara ?
Jawapan : Kaedah perbelanjaan & Kaedah keluaran

感谢你们阅读完我的笔记。如果你们想知道或了解更多有关马来西亚的KDNK的数据的话,你们可以去google search laporan ekonomi或者是www.achecker.treasury.gov.my 这website查询资料。如果我的笔记有任何失误的话或者是觉得我的废话太多的话,在这里顺便跟你们说声paiseh啦。如果有任何问题的话可以留言我哟,谢谢。

BEEB 1013 Introduction to Macroeconomic 宏观经济学的简介

UUM BEEB 1013 Principles of Economics Chapter 20: Introduction to Macroeconomics 20.1 Macroeconomic Concerns Output Growth 1) Busine...