Friday, May 29, 2020

Nota STPM perakaunan sem 3 bab 2 会计学第2课笔记

嗨,各位junior,大家好,先跟你们讲下sem 3akaun 说容易不是很容易,说难也不会很难,因为有些课程需要一点点sem 1basicbtw sem 3的考试范围较小,考试分数的wajaran也很小,所以你们不必太担心,只要勤劳做练习,自然而然就能score sem 3了。sem 3 akaunnota我是参考oxford fajar的参考书写出来的。所以我只是挑重点写出来而已,有些句子我有用华语来解释。但是如果你们想了解更多内容的话,请你们去参考Oxford Fajar Ace Ahead akaun课本,谢谢。还有,建议你们用电脑来阅读这篇nota会比较方便哟。

BAB 2 : BELANJAWAN


2.1 Pengenalan Kepada Belanjawan

Maksud Belanjawan

Belanjawan ialah satu perancangan yang dibuat untuk menjamin potensi dan pulangan yang baik untuk sesebuah syarikat atau organisasi pada masa hadapan.

预算算是一种公司的经营和利益策划(计划如何让公司赚取更多钱或是继续发展得更好)。

Belanjawan ialah satu rancangan berbentuk kuantitatif yang menerangkan bagaimana sesuatu sumber itu diperolehi dan digunakan sepanjang tempoh yang ditetapkan.

预算是一种表达公司如何在一段时间内赚取和开销一笔钱的财务报表。

If考试题目有问到jelaskan maksud belanjawan的话,你的答案是要写第二个的maksud

Jenis Belanjawan

  • Berasaskan fungsi (operasi dan kewangan)
  • Berasaskan tempoh masa dan pendekatan (statik dan fleksibel)

Objektif Belanjawan / Fungsi Belanjawan

1) Alat perancangan (planning / 规划)

Belanjawan merupakan satu alat yang amat berguna untuk memberikan panduan kepada syarikat atau organisasi tentang arah tuju yang sepatutnya diberi perhatian supaya dapat merealisasikan visinya.

举个例子,JLCY公司是一家百货公司。今年JLCY公司的sales target是希望能够hitRM 4000000,那么说那公司就会照着那个target开始准备belanjawan,之后就全程followbelanjawan开始工作。

2) Alat koordinasi (coordination / 部门协调)

Belanjawan boleh digunakan untuk mendamaikan perbezaan tindakan atau matlamat antara bahagian / jabatan supaya keputusan yang dibuat selaras dengan matlamat yang ditetapkan.

JLCY公司里的每一个部门都拥有着不同的意见和想法,for example ordering部门为了想得到更多的diskaun niaga,所以想要买和进多点货物,可是store部门却说这段期间他们想要整理store,所以劝说暂时别把过多新的货物放进store,之后marketing部门却说这次的ordering能够促进公司的sales提高。所以呢,如果JLCY公司有制作belanjawan之后,每个部门可以召开会议来进行讨论和协调那个belanjawan,直到每个部门都可以达成共识,一起工作。

3) Alat komunikasi (communication / 传达信息)

Belanjawan membolehkan objektif korporat disampaikan dan difahami oleh setiap pihak yang terlibat.

公司里的部门可以准备full setbelanjawan的资料(资料必须是能够让每个部门都看得懂和容易理解),然后召开会议再跟大家present(传达想表达的信息)有关那个belanjawan和所将进行的event或是sales

4) Alat motivasi (motivation / 激励)

Belanjawan boleh digunakan untuk menetapkan piawaian atau tanda aras yang perlu dicapai oleh setiap jabatan supaya dapat mencapai objektif yang dirancang oleh organisasi.

有了belanjawan,每个部门都有了明确的目标。如果laporan prestasivariansmemuaskan的话,证明说target已经hit到了,能够激励每个部门继续前进继续冲!

5) Alat kawalan (control / 控制负外在性)

Belanjawan dapat membantu pihak pengurusan untuk mengurangkan ketidakcekapan, pembaziran, dan penyelewengan dalam organisasi.

透过analisis varians,公司就能确认说哪个方面是tidak memuaskan的,之后再进行改善。

6) Alat penilaian prestasi (Evaluation / 评估表现)

Belanjawan boleh digunakan untuk mengetahui keberkesanan seseorang pengurus mengurus jabatannya dan menilai keupayaan seseorang pekerja dalam melakukan kerja harian mereka.

透过analisis varians, 公司能够清楚知道员工的工作效率和部门经理的管理效率是如何。

7) Alat pembuatan keputusan (Making decision / 作出决定)

Semasa menyediakan belanjawan, syarikat akan mengumpul maklumat yang berkesan dan relevan bagi tujuan membuat keputusan. Pengurusan perlu mengetahui kos bagi apa-apa rancangan atau tindakan yang ingin diambil bagi memastikan keputusan yang dibuat adalah yang paling menguntungkan.

在制作belanjawan的过程中,公司会收集相关的数据,然后做出分析,之后作出最有效的决定(keputusan yang memaksimumkan keuntungan / meminimumkan kos)

Faktor yang perlu dipertimbangkan dalam penyediaan belanjawan

1) Tempoh belanjawan

Tempoh belanjawan ialah tempoh masa sesebuah organisasi untuk mengunjurkan pendapatan dan perbelanjaannya.

举个例子,有些公司的tempoh perakaunansecara bulanan的话,那么就代表说那间公司只需准备和策划一个月的活动和金钱预算而已。

Tempoh belanjawan yang ditetapkan perlukan sesuai dengan tujuan belanjawan.

2) Pihak yang terlibat

Pihak yang terlibat dalam penyediaan belanjawan seharusnya merupakan mereka yang secara aktif terlibat dalam aktiviti yang dirancang.

举个例子,公司的sales manager sales assistant必须全程负责和准备belanjawan jualan

3) Kaedah penyediaan belanjawan

Setiap syarikat atau organisasi akan mengamalkan kaedah yang berbeza dalam penyediaan belanjawan.

每个公司都会以不同的方式准备belanjawan

Jenis-Jenis Kaedah Penyediaan Belanjawan :

Belanjawan lini / Belanjawan bergarisan (Linear budgeting) – satu garis yang menunjukkan pelbagai kombinasi barang dan perkhidmatan yang dapat dikeluarkan atau dijual oleh sesebuah perniagaan atau jabatan dengan sumber ekonomi yang terhad.

 

Belanjawan asas sifar (Zero-based budgeting / 零基预算法) – belanjawan yang sentiasa memulakan belanjawan barunya dengan nilai sifar tanpa baki awal.

 

Belanjawan berterusan (Continuous budgeting / 连续预算法) – belanjawan yang disediakan dengan menambah satu lagi tempoh belanjawan pada akhir bulan belanjawan yang lepas.

 

Belanjawan pertambahan (Incremental budgeting / 增量预算法) – belanjawan yang bermula dengan belanjawan yang lepas

 

4) Aspek kelakuan dalam belanjawan

a) Kelakuan individu dan jabatan dalam organisasi

Aspek kelakuan ini adalah penting dan harus diambil kira dalam penyediaan belanjawan kerana belanjawan yang disediakan mestilah boleh difahami dan boleh dicapai oleh setiap individu dan jabatan dalam organisasi serta mudah dikomunikasikan antara jabatan.

公司所准备的belanjawan必须是能让所有部门和员工都可以容易理解和达成的。

5) Rangsangan luar

a) Faktor ekonomi

Faktor- faktor ekonomi yang seperti perubahan harga bahan mentah dan upah buruh, sumber ekonomi yang terhad, berlaku ketidakstabilan ekonomi negara (inflasi atau kemelesetan ekonomi) akan mempengaruhi penyediaan belanjawan oleh pihak pengurus.

如果国家经济面临inflasi,公司所准备的belanjawanhasil jualan会提升,因为harga jualan seunit 提高了。相反的,如果国家经济面临kemelesetan ekonomi,公司的budget会减少,因为公司的投资和生产量减少了。(相信这一点你们会比较容易理解,因为ekonomi学过了)

我再举个比较贴切现实的例子,像今年因为COVID-19疫情的关系,国家实行MCO到现在也还没结束,许多公司的budget都很不理想,因为公司的sales减少很多再加上公司为了要save costs会大量裁员,尤其是part time员工会先被炒掉。

b) Perubahan dasar kerajaan

Perubahan dasar kerajaan seperti pemberian subsidi atau perubahan kadar cukai juga akan mempengaruhi penyediaan dalam belanjawan oleh pihak pengurus.

Subsidi ↑ → kos pengeluaran firma ↓ → firma / syarikat ↑ keluaran → syarikat akan menyediakan belanjawan lebihan (因为生产量增加导致公司的销售量也跟着增加)(ekonomi也有学过,所以我不必多解释了)

c) Cita rasa pengguna

d) Persaingan

e) Perkembangan teknologi

Langkah Penyediaan Belanjawan

Langkah 1 : Penetapan objektif

Setiap belanjawan yang disediakan harus mengikut objektif yang telah disediakan.

举个例子,ABC公司的销售部的target是想在今年卖出75000部智能手机,那么说那部门所准备的belanjawan必须朝着这个target走。所以,其他部门(生产部门与市场发展部门)也必须一起合作和帮助销售部门hittarget

Langkah 2 : Pembentukan jawatankuasa

Sebelum belanjawan disediakan, pihak pengurusan perlu melantik AJK belanjawan yang terdiri daripada pengurus setiap jabatan. Mereka merupakan individu yang bertanggungjawab untuk mencipta dan mengekalkan tanggungjawab fiskal bagi sesebuah organisasi.

ABC公司的高层必须melantik 每个部门里的其中一个有能力的员工作为department head或是supervisor。所以supervisor会帮忙协助高层监督和管理那个部门的员工的工作进度,使belanjawan能够更容易实现和达成。

Langkah 3 : Pengumpulan data

Data-data sejarah dan data-data ramalan perlu dikumpul dan digunakan untuk menyediakan sesuatu belanjawan dalam organisasi. Semua urus niaga yang ingin dijalankan perlu disokong dengan data atau dokumen yang boleh dipercayai agar belanjawan yang disediakan menjadi lebih realistik.

ABC公司必须收集有切实际的数据。比如,ABC公司可以去做survey收集数据或者是分析往年yearly sales的数据。

Langkah 4 : Mengenal pasti faktor-faktor halangan

Semasa menyediakan belanjawan, pihak-pihak yang terlibat perlu mengenal pasti perkara-perkara yang boleh menghalang kelancaran aktiviti-aktiviti yang dirancang atau dibelanjawankan seperti kekurangan bahan mentah dan buruh, kualiti bahan yang rendah, keusangan mesin dan peralatan dan sebagainya.

ABC公司必须确认所有的faktor halangan,并将这些faktor halangan解决掉,因为这些halangan将会提高公司的生产成本或是维修费用。

Langkah 5 : Penyediaan belanjawan

Format pembentukan belanjawan yang digunakan perlulah sesuai dengan jenis belanjawan yang dibuat dan mudah difahami.

Let say如果ABC公司的销售部是采用kaedah belanjawan berterusan来准备belanjawan的话,制作belanajwanformat必须根据kaedah belanjawan berterusan

Langkah 6 : Komunikasi belanjawan

Belanjawan yang telah disediakan harus dapat dikomunikasikan (mudah difahami dan diterima oleh setiap individu) antara jabatan atau unit yang ada di dalam setiap organisasi.

ABC的销售部准备好penyata belanjawan之后,他们会召开会议叫所有相关的其他部门过来看belanjawan和听销售部的persentation,所以那个belanjawan或是企划书必须能够让所有部门都可以看得懂和能理解的,而不是只自己看得懂和syok sendiri

Langkah 7 : Pelaksanaan belanjawan

Semua individu atau unit harus bekerja secara efektif untuk melaksanakan belanjawan yang telah disediakan.

会议结束之后,每个部门可以开始准备工作和互相帮忙销售部hit到那个target

2.2 Belanjawan Induk

Belanjawan induk没有在sem 3 ujian bertulis的考试范围内,所以有关belanjawan induknota我就先skip过了。Btw, perakaunan kerja kursus tugasan 2是跟belanjawan induk有关,如果你们想了解有关belanjawan induk的话,请去参考Oxford Fajar Ace Ahead akaun课本。

2.3 Belanjawan Fleksibel

Belanjawan Fleksibel VS Belanjawan Statik

Belanjawan fleksibel / Belanjawan boleh ubah / Belanjawan relevan / Belanjawan langsung (Flexible Budget / 弹性预算) ialah belanjawan yang berasaskan tahap unjuran pengeluaran dan disediakan  pada akhir sesuatu tempoh yang ditetapkan.

弹性预算是以业务量,成本,和利润之间的依存关系为依据,以预算期可预见的各种业务量水平为基础编制的,能够适应多种预算情况的一种方法。

Belanjawan statik / Belanjawan tetap (Fixed Budget / 固定预算) ialah belanjawan yang berasaskan tahap unjuran pengeluaran sebelum permulaan sesuatu tempoh yang ditetapkan.

固定预算是指根据预算期内正常可实现的某一个固定业务量水平作为唯一基础来编制预算的一种方法。

Aspek

Belanjawan Fleksibel

Belanjawan Statik

Tempoh

Disediakan pada akhir jangka masa yang ditentukan

Disediakan pada awal jangka masa yang ditentukan

Sifat

Boleh diubah dan sesuai dengan tahap aktiviti yang dicapai

Tidak berubah dengan jumlah output yang dicapai

Skop

Boleh menentukan kos dalam pelbagai peringkat aktiviti dengan mudah

Tidak dapat memastikan kos dengan betul jika berlaku sebarang perubahan dalam keadaan persekitaran

Andaian

Mempunyai aplikasi yang luas sebagai alat yang berkesan untuk kawalan kos

Mempunyai aplikasi yang terhad dan tidak berkesan sebagai alat kawalan kos

Penentuan Kos

Disediakan pada tahap aktiviti yang berbeza dengan mempertimbangkan kemungkinan berlaku perubahan dalam aspek operasi perniagaan

Disediakan dengan andaian bahawa semua keadaan tidak berubah

Klasifikasi Kos

Disediakan dengan mengklasifikasikan kos kepada kos berubah dan kos tetap

Disediakan tanpa mengklasifikasikan kos kepada kos berubah dan kos tetap

 

Kepentingan Belanjawan Fleksibel

1) Pelarasan untuk ramalan

Belanjawan fleksibel membolehkan organisasi membuat pelarasan apabila aktiviti-aktiviti ini melampaui had atau tidak memenuhi harapan.

2) Adaptasi perubahan

Belanjawan fleksibel merupakan satu alat yang amat sesuai untuk menghadapi persekitaran yang tidak menentu dalam dunia perniagaan dan membolehkan penyesuaian operasi dibuat dengan tepat pada masanya.

3) Pengendalian dan penilaian

Belanjawan fleksibel membolehkan sesebuah organisasi melakukan kawalan yang lebih baik dalam tempoh belanjawan. Belanjawan fleksibel juga membolehkan sesebuah organisasi mengawal kos dengan berkesan kerana belanjawan ini dapat menunjukkan di mana prestasi sebenar menyimpang atau tersasar daripada prestasi yang dirancang.

Kelebihan Belanjawan Fleksibel

  • Lebih praktikal digunakan untuk mengukur prestasi sesuatu unit atau jabatan dalam organisasi
  • Aktiviti sebenar dapat dibandingkan dengan tahap aktiviti belanjawan yang sama

Kelemahan Belanjawan Fleksibel

  • Prosedur yang rumit untuk disediakan
  • Kos yang mahal untuk dilaksanakan

Penyediaan Belanjawan Fleksibel

Langkah penyediaan belanjawan fleksibel :

Langkah 1 : Kenal pasti indeks aktiviti dan pelbagai aktiviti yang berkaitan

Langkah 2 : Kenal pasti item-item kos yang terlibat

Langkah 3 : Kenal pasti gelagat atau kelakuan kos untuk item-item kos yang terlibat

Langkah 4 : Asingkan item-item kos kepada kos berubah dan kos tetap

Langkah 5 : Tentukan tahap aktiviti tertentu sebagai asas untuk membuat ramalan

Langkah 6 : Tentukan belanjawan kos berubah seunit aktiviti bagi setiap item kos

Langkah 7 : Tentukan belanjawan kos tetap bagi setiap item kos

Langkah 8 : Sediakan belanjawan untuk aktiviti yang dipilih dalam julat yang berkaitan

Contoh Soalan 1 :

Syarikat Hero Sdn. Bhd. telah menyediakan dua tahap belanjawan buruh pada awal suku tahun pertama 2019. Perniagaan tidak pasti sama ada untuk menghasilkan dan menjual 2000 unit atau 2500 unit produknya. Belanjawan yang diberi adalah seperti yang berikut :

Tahap Aktiviti (unit)

Kos Buruh (RM)

2000

23500

2500

27000

 

Unit-unit sebenar yang dihasilkan dan dijual adalah sebanyak 2400 unit dan jumlah kos buruh sebenar adalah RM 25000.

Sediakan laporan prestasi belanjawan buruh bagi syarikat itu.

像遇到这种题目的话,我们需要将jumlah kos separatekos tetapkos berubah。所以我们必须采用kaedah tinggi rendahmengasingkan kos tetap dan kos berubah。(sem 2 也有学过了)

Langkah 1 : Mencari kos berubah seunit

Kos berubah seunit

= Perbezaan dalam jumlah kos

     Perbezaan dalam unit

= RM 27000 – RM 23500

      2500 unit – 2000 unit

= RM 3500

500 unit

= RM 7

 

 

Langkah 2 : Mencari elemen yang tetap

Cari elemen yang tetap dengan menggunakan nilai tertinggi :

Jumlah kos = Kos tetap + Kos berubah

RM 27000  = Kos tetap + (RM 7 × 2500 unit)

RM 27000  = Kos tetap + RM 17500

  Kos tetap  = RM 27000 – RM 17500

  Kos tetap  = RM 9500

 

Cari elemen yang tetap dengan menggunakan nilai terendah :

Jumlah kos = Kos tetap + Kos berubah

RM 23500  = Kos tetap + (RM 7 × 2000 unit)

RM 23500  = Kos tetap + RM 14000

  Kos tetap  = RM 23500 – RM 14000

  Kos tetap  = RM 9500

 

Langkah 3 : Menyediakan belanjawan fleksibel

Langkah 4 : Menghitung varians

Syarikat Hero Sdn. Bhd.

Laporan Prestasi Belanjawan Buruh bagi suku tahun pertama berakhir 31 Mac 2019

Butir

Belanjawan

Sebenar

Varians

Pengeluaran (unit)

2400

2400

 

 

RM

RM

RM

Kos berubah

16800

15500

1300 (M)

Kos tetap

9500

9500

-

Jumlah kos buruh

26300

25000

1300 (M)

 

Contoh Soalan 2 (a) :

Syarikat F&N Sdn. Bhd. ialah pengeluar minuman soda. Pada bulan Januari 2020, syarikat ini menjangkakan jualan sebanyak 250000 botol 100 Plus Isotonic Drink 1.5 L (Original). Maklumat harga dan kos pengeluaran yang dibelanjawankan adalah seperti yang berikut :

Butir

RM

Harga Jualan 100 Plus

2.95 sebotol

 

 

Kos Berubah (sebotol 100 Plus) :

 

Bahan mentah langsung

0.50 sebotol

Buruh langsung

0.65 sebotol

Overhed perkilangan berubah

0.70 sebotol

Kos Tetap (sebulan) :

 

Belanja susut nilai mesin dan peralatan

27500 sebulan

Buruh tidak langsung

60000 sebulan

Sewa kilang

18500 sebulan

Utiliti

3000 sebulan

Belanja pelbagai

8000 sebulan

 

Sediakan belanjawan fleksibel bagi jualan dan kos berubah sahaja untuk unjuran pengeluaran dan jualan sebanyak 250000 botol 100 Plus dan 300000 botol 100 Plus.

请大家注意,这一题的题目要求是准备有关jualankos berubahbelanjawan fleksibel而已。所以呢,这题的belanjawan fleksibel里面不必放kos tetap。算法很简单,那就是拿harga jualan seunitkos berubah seunit乘于题目所要求的unjuran pengeluaran

Jawapan :

Syarikat F&N Sdn. Bhd.

Belanjawan Fleksibel bagi bulan Januari 2020

Unjuran Pengeluaran & Jualan (botol)

250000

300000

 

RM

RM

Hasil Jualan

737500

885000

 

 

 

Kos Berubah :

 

 

Bahan mentah langsung

125000

150000

Buruh langsung

162500

195000

Overhed perkilangan berubah

175000

210000

Jumlah Kos Berubah

462500

555000


Penyediaan Laporan Prestasi

Contoh Soalan 2 (b)

Berdasarkan contoh soalan 2 (a), walaubagaimanapun, jumlah jualan sebenar pada bulan itu adalah meningkat sebanyak 25% daripada jumlah yang dijangkakan. Harga jualan juga telah meningkat kepada RM 3.30 sebotol. Maklumat berkaitan dengan kos pengeluaran sebenar adalah seperti yang berikut :

Butir

RM

Kos Pengeluaran 100 Plus :

 

Bahan mentah langsung

0.45 sebotol

Buruh langsung

0.75 sebotol

Overhed perkilangan berubah

0.83 sebotol

Belanja susut nilai mesin dan peralatan

29500 sebulan

Buruh tidak langsung

60000 sebulan

Sewa kilang

18500 sebulan

Utiliti

5000 sebulan

Belanja pelbagai

6500 sebulan

 

Sediakan laporan prestasi belanjawan fleksibel bagi jualan sebenar syarikat tersebut. Berikan rumusan anda.

Laporan prestasi是用来分析和比较belanjawansebenar的差异。

Jawapan :

Syarikat F&N Sdn. Bhd.

Laporan Prestasi Belanjawan Fleksibel bagi bulan Januari 2020

Butiran

Belanjawan

Sebenar

Varians

Unjuran Pengeluaran & Jualan

312500

312500

-

 

RM

RM

RM

Hasil Jualan

921875

1031250

109375 (M)

 

 

 

 

Tolak: Kos Berubah

 

 

 

Bahan mentah langsung

156250

140625

15625 (M)

Buruh langsung

203125

234375

31250 (TM)

Overhed perkilangan berubah

218750

259375

40625 (TM)

Jumlah Kos Berubah

578125

634375

56250 (TM)

Margin Sumbangan

343750

396875

53125 (M)

 

 

 

 

Tolak : Kos Tetap

 

 

 

Belanja susut nilai mesin dan peralatan

27500

29500

2000 (TM)

Buruh tidak langsung

60000

60000

-

Sewa kilang

18500

18500

-

Utiliti

3000

5000

2000 (TM)

Belanja pelbagai

8000

6500

1500 (M)

Jumlah Kos Tetap

117000

119500

2500 (TM)

Untung Bersih

226750

277375

50625 (M)

 

Secara keseluruhannya, laporan prestasi ini adalah baik kerana hasil jualan meningkat, margin sumbangan bertambah dan nilai untung bersih juga memuaskan walaupun jumlah kos berubah dan jumlah kos tetap meningkat.

*** Unjuran pengeluaran必须用actual quantity来做比较。

Unjuran pengeluaran sebenar

= 250000 × 125 %

= 312500 unit

有关varians 的提示:

M – memuaskan & TM – tidak memuaskan

Hasil jualan sebenar > Hasil jualan belanjawan – memuaskan

Jumlah kos berubah sebenar > Jumlah kos berubah belanjawan – tidak memuaskan

Jumlah kos tetap sebenar > Jumlah kos tetap belanjawan – tidak memuaskan

Margin sumbangan sebenar > Margin sumbangan belanjawan – memuaskan

Untung bersih sebenar > Untung bersih belanjawan – memuaskan

有关ulasan的提示 :

Ulasan或是rumusan是写有关laporan prestasi的总结,也就是说从laporan prestasi里面你看见或是分析得到公司的财务报表是好还是坏。So, 你的答案可以写有关hasil jualan, kos tetap, kos berubah, untung bersih等这些aspek的变化(meningkat / menurun / terkawal / luar terkawal / memuaskan / tidak memuaskan)。

有关cadangan 的提示:

Cadangan或是langkah penambahbaikan是写有关公司应如何改善那些tidak memuaskankomponen

假设题目是问说请写出cadangan penambahbaikan untuk kos tetap,刚好这题的kos utilititidak memuaskan。所以其中一个解决方法你可以写说syarikat harus mengambil langkah-langkah penjimatan utiliti kilang

 

感谢你们阅读完我的笔记。如果有任何问题的话可以留言我。

BEEB 1013 Introduction to Macroeconomic 宏观经济学的简介

UUM BEEB 1013 Principles of Economics Chapter 20: Introduction to Macroeconomics 20.1 Macroeconomic Concerns Output Growth 1) Busine...