Friday, May 8, 2020

Nota STPM ekonomi sem 2 bab 3 经济学第3课笔记


哈喽,各位中六生,你们好。在这一课里的笔记我弄成两个partPart 1是跟keseimbangan pendapatan negarakonsep, teori, esei keluk有关的then part 2是跟计算keseimbangan pendapatan negarafungsi penggunaanfungsi tabungan等等的算术题有关。先跟你们讲清楚,这一课的笔记我是比较少放华语解释,但是在这一课里我会跟你们大家讲解teknik menjawab soalan esei berjenis keluk还有如何正确去计算pendapatan negara pada tingkat keseimbanganBab 3是在整个sem 2里头最重要的一课,因为bab 4 & 5bab 3的课程是有关联的。希望各位童鞋能够score好这个bab。大家加油!

BAB 3 : PENENTUAN KESEIMBANGAN PENDAPATAN NEGARA & DASAR FISKAL


BAHAGIAN TEORI & ESEI (PART 1)
3.1 Pendekatan Perbelanjaan Agregat – Pendapatan (AE-Y) : Harga Tetap
Konsep Penentuan Keseimbangan Pendapatan Negara
Keseimbangan pendapatan negara ialah satu keadaan jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh sektor-sektor ekonomi sama dengan jumlah nilai barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh ekonomi tersebut.

ATAU

Keseimbangan pendapatan negara ialah satu keadaan jumlah suntikan sama dengan jumlah bocoran dalam ekonomi.

Pendekatan menentukan keseimbangan pendapatan negara :
1) Pendekatan perbelanjaan agregat (AE) sama dengan penawaran agregat (AS)
2) Pendekatan suntikan (J) sama dengan bocoran (W)

Sektor Ekonomi
Pendekatan Y = AE
Pendekatan bocoran = suntikan
Ekonomi 2 sektor
Y = C + I
S = I
Ekonomi 3 sektor
Y = C + I + G
S + T = I + G
Ekonomi 4 sektor
Y = C + I + G + X – M
S + T + M = I + G + X

***
AE (aggregate expenditure / 总合支出) – Jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh semua sektor ekonomi
AS (aggregate supply / 总合供给) – Jumlah keluaran barangan dan perkhidmatan oleh ekonomi negara
J (injection / 注入) – Aliran masuk wang ke dalam aliran pusingan pendapatan negara
W (withdrawals / 漏出) – Aliran keluar wang daripada aliran pusingan pendapatan negara

EKONOMI 2 SEKTOR
Ekonomi 2 sektor = ekonomi tertutup tanpa campur tangan kerajaan 没政府参与的封闭经济体系

Aliran Pusingan Pendapatan Ekonomi 2 Sektor



Aliran Fizikal 物质流动 – Pergerakan barang & perkhidmatan & faktor pengeluaran
1) Isi rumah
  • membekalkan faktor-faktor pengeluaran (seperti buruh, tanah, modal, usahawan) kepada firma
  • memperoleh barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh firma

2) Firma
  • memperoleh faktor pengeluaran daripada isi rumah
  • mengeluarkan barang dan perkhidmatan kepada isi rumah

Aliran Wang 金钱流动 – Aliran pendapatan faktor pengeluaran & perbelanjaan barang dan perkhidmatan
1) Isi rumah
  • Menerima pendapatan dalam bentuk upah, sewa, kadar bunga atau untung daripada firma
  • Membelanjakan pendapatannya untuk membeli barang dan perkhidmatan
  • Menabung baki pendapatan yang tidak dibelanjakan di institusi kewangan 

2) Firma
  • Membayar pendapatan faktor kepada isi rumah atas penggunaan faktor pengeluarannya
  • Memperoleh pendapatan / hasil jualan daripada isi rumah
  • Membuat pinjaman bagi tujuan pelaburan daripada institusi kewangan  
  • Menabung simpanan atau deposit di institusi kewangan

3) Institusi kewangan
  • Menerima deposit atau simpanan dari isi rumah dan firma
  • Memberi pinjaman kepada firma untuk membuat pelaburan

***
Tabungan isi rumah (Saving (S) / 储蓄) = bocoran kerana akan mengurangkan pendapatan dalam aliran pusingan pendapatan
Pelaburan firma (Investment (I) / 投资) = suntikan kerana akan menambahkan pendapatan dalam aliran pusingan pendapatan

Perbelanjaan Penggunaan (Consumption Expenditure (C) / 消费支出)
Maksud :
Perbelanjaan penggunaan ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh sektor isi rumah untuk membeli barang dan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan dan kehendaknya.

Contoh :
1) Perbelanjaan ke atas barang keperluan asas (makanan dan pakaian)
2) Perbelanjaan ke atas barang tahan lama (peti sejuk dan kereta)
3) Perbelanjaan ke atas perkhidmatan (pendidikan dan kesihatan)

Jenis perbelanjaan penggunaan :
1) Penggunaan autonomi (Autonomous consumption / 自发性消费)
  • tidak bergantung pada pendapatan negara
  • bergantung pada faktor lain seperti tabungan lepas, harta pusaka, derma dan hadiah
  • apabila Y = 0, perbelanjaan ini masih dijalankan
  • keluknya ialah satu garis mendatar




2) Penggunaan teraruh (Induced consumption / 诱发性消费)
  • bergantung pada pendapatan negara
  • apabila Y meningkat, C teraruh juga meningkat
  • apabila Y menurun, C teraruh juga berkurang
  • keluknya ialah satu garis lurus yang mencerun ke atas dan bermula dari titik origin




Faktor-faktor yang mempengaruhi penggunaan :
1) Tingkat pendapatan isi rumah (家庭收入)
  • Yd ↑ → C ↑
  • Yd ↓ → C ↓

2) Kadar bunga (利率的高低)
  • r ↑ → S ↑ → C ↓
  • r ↓ → S ↓ → C ↑

3) Dasar kerajaan (政府的政策,如:调整税务的高低)
  • Kerajaan ↑ T → Yd ↓ → kuasa beli ↓ → C ↓
  • Kerajaan ↓ T → Yd ↑ → kuasa beli ↑ → C ↑

4) Ramalan pengguna terhadap perubahan harga umum dan pendapatan pada masa depan (消费者预测经济前景的好坏)
  • Jika pengguna menjangka inflasi akan berlaku pada masa hadapan, maka mereka akan menaikkan C pada masa ini
  • Jika pengguna menjangka tingkat pendapatannya akan naik pada masa hadapan, maka mereka akan menaikkan C pada masa ini

5) Kemudahan sewa beli dan kredit (分期付款的便利)
  • Kelonggaran syarat kemudahan sewa beli dan kredit → pengguna hanya perlu membayar sedikit wang pendahuluan → bakinya boleh dibayar secara ansuran melalui pinjaman bank → C akan meningkat secara tidak langsung

Pelaburan (Investment Expenditure (I) / 投资支出)
Maksud :
Pelaburan ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh sektor firma untuk membeli barang modal dan barang perantaraan bagi meningkatkan keupayaan firma untuk mengeluarkan barang dan perkhidmatan.

Contoh perbelanjaan :
1) Barang modal (loji, jentera, mesin dan kelengkapan pejabat)
2) Bahan mentah
3) Barang separuh siap
4) Barang siap belum dijual
5) Pembinaan (memdirikan kilang)

Jenis pelaburan :
1) Pelaburan autonomi (Autonomous investment / 自发性投资)
  • tidak dipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara
  • dipengaruhi oleh faktor-faktor lain seperti kadar bunga, tingkat teknologi, kadar pulangan modal dan dasar kerajaan
  • apabila Y = 0, tingkat pelaburan masih tetap
  • keluknya ialah satu garis mendatar 


2) Penggunaan teraruh (Induced investment / 诱发性投资)
  • bergantung pada pendapatan negara
  • apabila Y meningkat, I teraruh juga meningkat
  • apabila Y menurun, I teraruh juga berkurang
  • keluknya ialah satu garis lurus yang mencerun ke atas dan bermula dari titik origin


Faktor-faktor yang mempengaruhi pelaburan :
1) Pendapatan negara (国家收入的高低)
  • Y ↑ → kegiatan ekonomi negara ↑ → firma ↑ Q → I ↑

2) Kadar bunga (利率的高低)
  • r ↑ → kos pinjaman ↑ → keuntungan pelaburan ↓ → firma ↓ pinjaman → I ↓
  • r ↓ → kos pinjaman ↓ → keuntungan pelaburan ↑ → firma ↑ pinjaman → I ↑

Berdasarkan keluk MEI di atas, kita dapat disimpulkan bahawa hubungan antara kadar bunga dan pelaburan adalah berkadar songsang.
*** MEI (kecekapan modal sut / marginal efficiency of investment / 投资边际效率)

3) Kadar pulangan modal (投资回酬率)
  • Kadar pulangan modal > kadar bunga → pulangan modal > kos pinjaman → firma ↑ I
  • Kadar pulangan modal < kadar bunga → pulangan modal < kos pinjaman → firma ↓ I

4) Jangkaan masa depan (商家预测经济前景的好坏)
  • Jika firma menjangkakan ekonomi akan mengalami pertumbuhan yang pesat pada masa depan, firma akan meningkatkan pelaburan
  • Jika firma menjangkakan ekonomi akan meleset pada masa hadapan, firma akan mengurangkan pelaburan

5) Dasar kerajaan (政府的政策,如:调整税务的高低)
  • Kerajaan ↑ T → untung bersih selepas cukai ↓ → mengurangkan minat firma untuk membuat pelaburan → I ↓
  • Kerajaan ↓ T → untung bersih selepas cukai ↑ → meningkatkan minat firma untuk membuat pelaburan → I ↑

6) Tingkat teknologi (科技)
  • Perkembangan teknologi → daya pengeluaran ↑ → kos pengeluaran ↓ → keuntungan firma ↑ → meningkatkan minat firma untuk membuat pelaburan → I ↑

Keseimbangan Pendapatan Negara Ekonomi 2 Sektor


Rajah (a)
Rajah (b)
Keseimbangan pendapatan negara ekonomi 2 sektor tercapai apabila keluk Y = AE, iaitu C + I di titik keseimbangan E0 pada keseimbangan pendapatan negara Y0.
Keseimbangan pendapatan negara ekonomi 2 sektor tercapai apabila keluk suntikan bersilang dengan keluk bocoran, iaitu I = S di titik keseimbangan E0 pada keseimbangan pendapatan negara Y0.
Pada pendapatan negara lebih rendah daripada Y0, iaitu Y1, ekonomi tidak mencapai keseimbangan kerana berlaku lebihan AE sebanyak ab. Apabila ini berlaku, stok dalam ekonomi berkurangan dan ini akan menggalakkan firma untuk meningkatkan keluaran sehingga mencapai keseimbangan di titik E0 apabila keluk Y = AE, iaitu C + I pada pendapatan negara Y0.
Pada pendapatan negara lebih rendah daripada Y0, iaitu Y1, ekonomi tidak mencapai keseimbangan kerana berlaku lebihan suntikan sebanyak ab. Apabila ini berlaku, stok dalam ekonomi berkurangan dan ini akan menggalakkan firma untuk meningkatkan keluaran sehingga mencapai keseimbangan di titik E0 apabila keluk I = S pada pendapatan negara Y0.
Pada pendapatan negara lebih tinggi daripada Y0, iaitu Y2, ekonomi tidak mencapai keseimbangan kerana berlaku lebihan AS sebanyak cd. Apabila ini berlaku, stok dalam ekonomi berlebihan dan ini akan menggalakkan firma untuk mengurangkan keluaran sehingga mencapai keseimbangan di titik E0 apabila keluk Y = AE, iaitu C + I pada pendapatan negara Y0.
Pada pendapatan negara lebih tinggi daripada Y0, iaitu Y2, ekonomi tidak mencapai keseimbangan kerana berlaku lebihan bocoran sebanyak cd. Apabila ini berlaku, stok dalam ekonomi berlebihan dan ini akan menggalakkan firma untuk mengurangkan keluaran sehingga mencapai keseimbangan di titik E0 apabila keluk I = S pada pendapatan negara Y0.

Kesan Perubahan C atau I ke atas Keseimbangan Pendapatan Negara
Pendekatan AE – Y
1) Peningkatan perbelanjaan penggunaan isi rumah (STPM 2017)



2) Pengurangan  perbelanjaan penggunaan isi rumah


3) Pertambahan pelaburan firma


4) Pengurangan pelaburan firma
  

Teknik Menulis Huraian :
Perenggan 1 : Keseimbangan Asal
Keseimbangan asal tercapai apabila keluk Y = AE0, iaitu (C0+I / C+I0) di titik keseimbangan E0 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Y0.
Perenggan 2 : Kaitan dengan Situasi
Apabila (perbelanjaan penggunaan isi rumah / pelaburan firma) (meningkat / berkurang), perbelanjaan agregat dalam ekonomi juga (meningkat / berkurang). Keluk perbelanjaan agregat akan beralih ke (atas / bawah) dari AE0 = (C0+I / C+I0) ke AE1 = (C1+I / C+I1) sebanyak perubahan (C / I).
Perenggan 3 : Bandingkan dengan Y asal & Keseimbangan Baru
Pada tingkat pendapatan negara asal Y0, berlaku lebihan (perbelanjaan agregat / pendapatan negara) sebanyak (aE0 / E0a). Stok dalam ekonomi (berlebihan / berkurangan). Firma akan (meningkatkan / mengurangkan) keluaran sehingga keseimbangan baru tercapai apabila keluk Y = AE1, iaitu  (C1+I / C+I1) di titik keseimbangan E1 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara baru Y1.
Perenggan 4 : Kesan terhadap Y
Kesannya, keseimbangan pendapatan negara (meningkat / berkurang) dari Y0 ke Y1. Pendapatan negara telah (meningkat / berkurang) sebanyak beberapa kali ganda melalui proses pengganda.

Pendekatan suntikan – bocoran
1) Pertambahan tabungan isi rumah


2) Pengurangan tabungan isi rumah


3) Pertambahan pelaburan


4) Pengurangan pelaburan
  

Teknik Menulis Huraian :
Perenggan 1 : Keseimbangan Asal
Keseimbangan asal tercapai apabila keluk suntikan asal I0 bersilang dengan keluk bocoran asal S0 di titik keseimbangan E0 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Y0.
Perenggan 2 : Kaitan dengan Situasi
Apabila (tabungan isi rumah / pelaburan firma) (meningkat / berkurang), (bocoran / suntikan) dalam ekonomi juga (meningkat / berkurang). Keluk (bocoran / suntikan) akan beralih ke (atas / bawah) dari (S0 / I0) ke (S1 / I1) sebanyak perubahan (S / I).
Perenggan 3 : Bandingkan dengan Y asal & Keseimbangan Baru
Pada tingkat pendapatan negara asal Y0, berlaku lebihan (bocoran / suntikan) sebanyak (aE0 / E0a). Stok dalam ekonomi (berlebihan / berkurangan). Firma akan (meningkatkan / mengurangkan) keluaran sehingga keseimbangan baru tercapai apabila keluk suntikan (asal / baru) (I0 / I1) bersilang dengan keluk bocoran (asal / baru) (S0 / S1) di titik keseimbangan E1 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara baru Y1.
Perenggan 4 : Kesan terhadap Y
Kesannya, keseimbangan pendapatan negara (meningkat / berkurang) dari Y0 ke Y1. Pendapatan negara telah (meningkat / berkurang) sebanyak beberapa kali ganda melalui proses pengganda.

EKONOMI 3 SEKTOR
Ekonomi 3 sektor = ekonomi tertutup dengan campur tangan kerajaan 有政府参与的封闭经济体系

Aliran Pusingan Pendapatan Ekonomi 3 Sektor




Peranan kerajaan dalam ekonomi 3 sektor :
  • Memungut cukai pendapatan perseorangan daripada isi rumah dan cukai keuntungan syarikat daripada firma
  • Menyediakan barang dan perkhidmatan awam kepada isi rumah dan firma
  • Melakukan perbelanjaan kerajaan (seperti membeli barang dan perkhidmatan yang dikeluarkan oleh firma dan memberikan bayaran pindahan dan subsidi kepada isi rumah)
  • Mengimport barang modal dan kelengkapan pertahanan awam dari luar negara

Perbelanjaan Kerajaan (Government Expenditure (G) / 政府支出)
Jenis :
1) Perbelanjaan mengurus (Current expenditure / 行政开销) – Perbelanjaan penggunaan yang dilakukan oleh sektor kerajaan ke atas urusan pentadbiran negara untuk melicinkan jentera pentadbiran negara dan bersifat berulang-ulang.

2) Perbelanjaan pembangunan (Capital expenditure / 发展开销) – Perbelanjaan yang dilakukan oleh sektor kerajaan untuk membangunkan sosioekonomi negara dan menambah infrastruktur dan tidak bersifat berulangan.

Faktor-faktor yang mempengaruhi perbelanjaan kerajaan :
1) Cukai yang dikutip oleh kerajaan (政府的税务收入)
  • Hasil cukai ↑ → G ↑
  • Hasil cukai ↓ → G ↓

2) Keadaan politik dan sosial (国家政治和社会的影响)
  • Semasa menjelangnya pilihan raya → G ↑
  • Semasa berlaku malapetaka / bencana alam / demonstrasi → G ↑

3) Matlamat ekonomi yang ingin dicapai (国家经济的影响)
  • Semasa kemelesetan ekonomi → kerajaan ↑ G
  • Semasa inflasi → kerajaan ↓ G

Keseimbangan Pendapatan Negara Ekonomi 3 Sektor (STPM 2013(U) / 2019 (U))



Rajah (a)
Rajah (b)
Keseimbangan pendapatan negara ekonomi 3 sektor tercapai apabila keluk Y = AE, iaitu C + I + G di titik keseimbangan E0 pada keseimbangan pendapatan negara Y0.
Keseimbangan pendapatan negara ekonomi 3 sektor tercapai apabila keluk suntikan bersilang dengan keluk bocoran, iaitu I + G = S + T di titik keseimbangan E0 pada keseimbangan pendapatan negara Y0.
Pada pendapatan negara lebih rendah daripada Y0, iaitu Y1, ekonomi tidak mencapai keseimbangan kerana berlaku lebihan AE sebanyak ab. Apabila ini berlaku, stok dalam ekonomi berkurangan dan ini akan menggalakkan firma untuk meningkatkan keluaran sehingga mencapai keseimbangan di titik E0 apabila keluk Y = AE, iaitu C + I + G pada pendapatan negara Y0.
Pada pendapatan negara lebih rendah daripada Y0, iaitu Y1, ekonomi tidak mencapai keseimbangan kerana berlaku lebihan suntikan sebanyak ab. Apabila ini berlaku, stok dalam ekonomi berkurangan dan ini akan menggalakkan firma untuk meningkatkan keluaran sehingga mencapai keseimbangan di titik E0 apabila keluk I + G = S + T pada pendapatan negara Y0.
Pada pendapatan negara lebih tinggi daripada Y0, iaitu Y2, ekonomi tidak mencapai keseimbangan kerana berlaku lebihan AS sebanyak cd. Apabila ini berlaku, stok dalam ekonomi berlebihan dan ini akan menggalakkan firma untuk mengurangkan keluaran sehingga mencapai keseimbangan di titik E0 apabila keluk Y = AE, iaitu C + I + G pada pendapatan negara Y0.
Pada pendapatan negara lebih tinggi daripada Y0, iaitu Y2, ekonomi tidak mencapai keseimbangan kerana berlaku lebihan bocoran sebanyak cd. Apabila ini berlaku, stok dalam ekonomi berlebihan dan ini akan menggalakkan firma untuk mengurangkan keluaran sehingga mencapai keseimbangan di titik E0 apabila keluk I + G = S + T pada pendapatan negara Y0.

Kesan Perubahan G atau Tx ke atas Keseimbangan Pendapatan Negara
Pendekatan AE – Y
1) Pertambahan perbelanjaan kerajaan


2) Pengurangan perbelanjaan kerajaan


3) Pertambahan cukai sekaligus (STPM 2017 (U))


4) Pengurangan cukai sekaligus


Teknik Menulis Huraian :
Perenggan 1 : Keseimbangan Asal
Keseimbangan asal tercapai apabila keluk Y = AE0, iaitu (C0+I+G / C+I+G0) di titik keseimbangan E0 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Y0.
Perenggan 2 : Kaitan dengan Situasi
Apabila (perbelanjaan kerajaan / cukai sekaligus)                                         , perbelanjaan agregat dalam ekonomi juga (meningkat / berkurang). Keluk perbelanjaan agregat akan beralih ke (atas / bawah) dari AE0 = (C0+I+G / C+I+G0) ke AE1 = (C1+I+G / C+I+G1) sebanyak perubahan (C / G).
Perenggan 3 : Bandingkan dengan Y asal & Keseimbangan Baru
Pada tingkat pendapatan negara asal Y0, berlaku lebihan (perbelanjaan agregat / pendapatan negara) sebanyak (aE0 / E0a). Stok dalam ekonomi (berlebihan / berkurangan). Firma akan (meningkatkan / mengurangkan) keluaran sehingga keseimbangan baru tercapai apabila keluk Y = AE1, iaitu  (C1+I+G / C+I+G1) di titik keseimbangan E1 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara baru Y1.
Perenggan 4 : Kesan terhadap Y
Kesannya, keseimbangan pendapatan negara (meningkat / berkurang) dari Y0 ke Y1. Pendapatan negara telah (meningkat / berkurang) sebanyak beberapa kali ganda melalui proses pengganda.

Pendekatan suntikan – bocoran
1) Pertambahan perbelanjaan kerajaan


2) Pengurangan perbelanjaan kerajaan (STPM 2015 (U))


3) Pertambahan cukai sekaligus


4) Pengurangan cukai sekaligus


Teknik Menulis Huraian :
Perenggan 1 : Keseimbangan Asal
Keseimbangan asal tercapai apabila keluk suntikan asal I+G0 bersilang dengan keluk bocoran asal (S+T)0 di titik keseimbangan E0 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Y0.
Perenggan 2 : Kaitan dengan Situasi
Apabila (perbelanjaan kerajaan / cukai sekaligus) (meningkat / berkurang), (bocoran / suntikan) dalam ekonomi juga (meningkat / berkurang). Keluk (bocoran / suntikan) akan beralih ke (atas / bawah) dari (I+G0 / (S+T)0) ke (I+G1 / (S+T)1) sebanyak perubahan (G / (S+T)).
Perenggan 3 : Bandingkan dengan Y asal & Keseimbangan Baru
Pada tingkat pendapatan negara asal Y0, berlaku lebihan (bocoran / suntikan) sebanyak (aE0 / E0a). Stok dalam ekonomi (berlebihan / berkurangan). Firma akan (meningkatkan / mengurangkan) keluaran sehingga keseimbangan baru tercapai apabila keluk suntikan (asal / baru) (I+G0 / I+G1) bersilang dengan keluk bocoran (asal / baru) ((S+T)0 / (S+T)1) di titik keseimbangan E1 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara baru Y1.
Perenggan 4 : Kesan terhadap Y
Kesannya, keseimbangan pendapatan negara (meningkat / berkurang) dari Y0 ke Y1. Pendapatan negara telah (meningkat / berkurang) sebanyak beberapa kali ganda melalui proses pengganda.

Konsep Pengganda (Multiplier Theory / 乘数理论)
Pengganda ialah satu ukuran tentang berapa kali ganda perubahan dalam tingkat pendapatan negara akibat perubahan dalam komponen perbelanjaan agregat. Pengganda ialah nisbah di antara perubahan pendapatan negara dengan perubahan dalam komponen perbelanjaan agregat.
k = 1 ÷ (1-MPC)   ATAU   1 ÷ MPS
▲Y = k × (▲C / I / G / X / M)
Kaedah Jadual
Andaikan pelaburan di negara X telah meningkat sebanyak RM 500 juta dan nilai kecenderungan mengguna sut (MPC) ialah 0.9.

Peringkat
Pertambahan pendapatan negara
(RM juta)
Pertambahan penggunaan
(RM juta)
Pertambahan tabungan
(RM juta)
1
500
450
50
2
450
405
45
3
405
364.5
40.5
4
364.5
328.05
36.45
Proses seterusnya
3280.5
2952.45
328.05
Jumlah
5000
4500
500

Pada peringkat pertama, apabila firma meningkatkan pelaburan sebanyak RM 500 juta, pendapatan negara X juga bertambah sebanyak RM 500 juta. Jika nilai MPC ialah 0.9, maka RM 450 juta akan dibelanjakan dan bakinya RM 50 juta akan ditabungkan.
Pada peringkat kedua, pertambahan perbelanjaan penggunaan sebanyak RM 450 juta akan mendorong firma terus mengeluarkan barang dan perkhidmatan. Oleh itu, pendapatan negara akan bertambah lagi sebanyak RM 450 juta. Dengan nilai MPC 0.9, maka RM 405 juta akan dibelanjakan dan bakinya RM 45 juta akan ditabungkan.
Selagi ada perbelanjaan, ia akan terus mencipta lebih banyak pendapatan negara. Proses ini berterusan sehingga tiada lebihan pendapatan yang boleh dibelanjakan.
Oleh itu, apabila pelaburan meningkat, pendapatan negara juga akan meningkat dengan beberapa kali ganda melalui proses penggandaan.
k = 1 ÷ (1-0.9)
   = 10
▲Y = 10 × 500
        = RM 5000 juta
Kesimpulannya, pertambahan pelaburan sebanyak RM 500 juta telah menyebabkan pendapatan negara X meningkat sebanyak 10 kali ganda, iaitu meningkat sebanyak RM 5000 juta.

Kaedah Rajah


Keseimbangan pendapatan negara asal tercapai apabila keluk Y = AE0, iaitu C + I0 di titik keseimbangan E0 pada keseimbangan pendapatan negara Y0.
Apabila pelaburan firma bertambah, perbelanjaan agregat dalam ekonomi juga meningkat. Keluk perbelanjaan agregat akan beralih ke atas dari AE0 = C + I0 ke AE1 = C + I1 sebanyak perubahan I.
Pada tingkat pendapatan negara asal Y0, berlaku lebihan perbelanjaan agregat sebanyak Ea. Oleh itu, stok dalam ekonomi berkurangan dan ini menggalakkan firma untuk meningkatkan keluaran sebanyak ab menyebabkan pendapatan negara meningkat dari Y0 ke Y1.
Pada tingkat pendapatan negara Y1, masih wujud lebihan perbelanjaan agregat sebanyak bc. Stok dalam ekonomi berkurangan dan ini menggalakkan firma untuk terus meningkatkan keluaran sebanyak cd menyebabkan pendapatan negara meningkat dari Y1 ke Y2.
Proses ini berterusan sehingga tiada lebihan perbelanjaan agregat yang berlaku. Keseimbangan baru tercapai pada titik E apabila keluk Y = AE1, iaitu C+I1 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara baru Y1.
Kesimpulannya, pertambahan pelaburan sebanyak perubahan I menyebabkan pendapatan negara meningkat dari Y0 ke Y3. Pendapatan negara meningkat dengan beberapa kali ganda melalui proses penggandaan.

KNK sebenar VS KNK potensi
KNK potensi (potential GNP / 潜在GNP) ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang mungkin dicapai oleh sesebuah negara untuk tempoh setahun apabila semua sumber ekonomi telah digunakan dengan sepenuhnya.
KNK sebenar (actual GNP / 实际GNP) ialah jumlah nilai barang akhir dan perkhidmatan yang benar-benar dicapai oleh sesebuah negara untuk tempoh setahun dengan menggunakan sumber ekonomi yang sedia ada.

Jurang KNK (GNP gap / GNP缺口) ialah satu keadaan pendapatan negara sebenar (KNK sebenar) lebih kecil daripada pendapatan negara guna tenaga penuh (KNK potensi).

Jurang KNK = KNK potensi – KNK sebenar

Keadaan Ekonomi
Nilai KNK
Ekonomi mengalami kemelesetan ekonomi
KNK sebenar < KNK potensi
Ekonomi mencapai guna tenaga penuh
KNK sebenar = KNK potensi
Ekonomi cenderung mengalami inflasi
KNK sebenar > KNK potensi

Lompang Inflasi & Lompang Deflasi

Lompang Inflasi / Lompang Deflasi
= Jurang KNK
    Pengganda

Lompang Inflasi (Inflationary Gap / 通货膨胀缺口)
Lompang inflasi ialah satu keadaan ekonomi wujud lebihan perbelanjaan agregat sebenar untuk mencapai tingkat guna tenaga penuh.


Berdasarkan rajah (i), keseimbangan pendapatan negara dicapai apabila keluk perbelanjaan agregat (AE) bersilang dengan keluk penawaran agregat (Y) pada titik E dan tingkat keseimbangan pendapatan negara sebenar Ye. Oleh sebab tingkat keseimbangan pendapatan negara sebenar Ye lebih tinggi daripada keseimbangan pendapatan negara pada guna tenaga penuh Yf, maka wujud lebihan AE pada tingkat guna tenaga penuh sebesar AB. Lompang AB ialah lompang inflasi. Perbezaan antara Ye dan Yf pula ialah jurang KNK.
Berdasarkan rajah (ii), keseimbangan pendapatan negara dicapai apabila keluk suntikan (J) bersilang dengan keluk bocoran (W) pada titik E dan tingkat keseimbangan pendapatan negara sebenar Ye. Oleh sebab tingkat keseimbangan pendapatan negara sebenar Ye lebih tinggi daripada keseimbangan pendapatan negara pada guna tenaga penuh Yf, maka wujud lebihan J pada tingkat guna tenaga penuh sebesar CD. Lompang CD ialah lompang inflasi. Perbezaan antara Ye dan Yf pula ialah jurang KNK.

Cara mengatasi lompang inflasi :
1) Mengurangkan perbelanjaan agregat ( C ↓ , I ↓ , G ↓ sebesar lompang inflasi )
2) Menaikkan cukai ( T ↑ sebesar ▲ C ÷ - MPC )

Lompang Deflasi (Deflationary Gap / 通货紧缩缺口)
Lompang deflasi ialah satu keadaan ekonomi wujud kekurangan perbelanjaan agregat sebenar untuk mencapai tingkat guna tenaga penuh.


Berdasarkan rajah (i), keseimbangan pendapatan negara dicapai apabila keluk perbelanjaan agregat (AE) bersilang dengan keluk penawaran agregat (Y) pada titik E dan tingkat keseimbangan pendapatan negara sebenar Ye. Oleh sebab tingkat keseimbangan pendapatan negara sebenar Ye kurang daripada keseimbangan pendapatan negara pada guna tenaga penuh Yf, maka wujud kekurangan AE pada tingkat guna tenaga penuh sebesar AB. Lompang AB ialah lompang deflasi. Perbezaan antara Ye dan Yf pula ialah jurang KNK.
Berdasarkan rajah (ii), keseimbangan pendapatan negara dicapai apabila keluk suntikan (J) bersilang dengan keluk bocoran (W) pada titik E dan tingkat keseimbangan pendapatan negara sebenar Ye. Oleh sebab tingkat keseimbangan pendapatan negara sebenar Ye kurang daripada keseimbangan pendapatan negara pada guna tenaga penuh Yf, maka wujud kekurangan J pada tingkat guna tenaga penuh sebesar CD. Lompang CD ialah lompang deflasi. Perbezaan antara Ye dan Yf pula ialah jurang KNK.

Cara mengatasi lompang deflasi :
1) Meningkatkan perbelanjaan agregat ( C ↑ , I ↑ , G ↑ sebesar lompang deflasi )
2) Mengurangkan cukai ( T ↓ sebesar ▲ C ÷ - MPC )

Dasar Fiskal
Dasar fiskal ialah tindakan kerajaan mengubah perbelanjaan kerajaan dan cukai untuk menstabilkan keadaan ekonomi negara.

Jenis Alat Dasar Fiskal
1) Dasar fiskal menguncup 紧缩性财政政策
Maksud / Cara :
Satu langkah kerajaan untuk mengatasi masalah inflasi (inflasi tarikan permintaan) dengan mengurangkan perbelanjaan kerajaan dan menaikkan cukai.
Kesan :
a) G berkurang → AE berkurang → AD berkurang → berlaku lebihan AS pada harga asal → stok berlebihan → firma mengurangkan keluaran → Y berkurang → P turun → masalah inflasi dapat diatasi
b) T meningkat → Yd turun → C berkurang → AE berkurang → AD berkurang → berlaku lebihan AS pada harga asal → stok berlebihan → firma mengurangkan keluaran → Y berkurang → P turun → masalah inflasi dapat diatasi


2) Dasar fiskal mengembang 扩张性财政政策
Maksud / Cara :
Satu langkah kerajaan untuk mengatasi masalah pengangguran (pengangguran kitaran) dan kemelesetan ekonomi dengan meningkatkan perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan cukai.
Kesan :
a) G meningkat → AE meningkat → AD meningkat → berlaku lebihan AD pada harga asal → kekurangan stok → firma meningkatkan keluaran → firma meningkatkan permintaan tenaga buruh → guna tenaga meningkat → pengangguran berkurang → masalah kemelesetan ekonomi dapat diatasi
b) T berkurang → Yd meningkat → C meningkat → AE meningkat → AD meningkat → berlaku lebihan AD pada harga asal → kekurangan stok → firma meningkatkan keluaran → firma meningkatkan permintaan tenaga buruh → guna tenaga meningkat → pengangguran berkurang → masalah kemelesetan ekonomi dapat diatasi



分享时事环节
今年(2020年)发生全球性的经济萧条问题。原因是来自于新冠型肺炎(Covid-19)这疫情的影响。多个国家包过我国都已经封国封城,实行行动管制令(MCO)好几个星期了,很多行业都停工。在三月尾时,大马经济研究院预测如果MCO延长2个月的话,马来西亚将会有高达200万人失业。经济学家也估计指出今年我国的经济成长率将会是-3.5%。所以现在我国已面临经济萧条了(kemelesetan ekonomi)。以上的notes我有提到说政府会采用dasar fiskal mengembang来解决kemelesetan ekonomi,那就是政府得增加开销来复原我国经济和市场或是控制我国的经济继续萧条。在reality呢,我国的政府确实有增加开销,那就是推出pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat高达RM 250 billion给我国所有人民 (RM 128 billion disalurkan untuk melindungi kebajikan rakyat, RM 100 billion untuk menyokong perniagaan termasuk PKS, RM 2 billion untuk memperkukuh ekonomi negara dan RM 20 billion telah diumumkan dalam pakej rangsangan sebelum ini) 这个pakej rangsangan ekonomi prihatin rakyat能够帮助减少我国的经济继续恶化。

分享额外知识环节
Kemelesetan Ekonomi di Malaysia
Tahun 1973-1974 : Berpunca daripada kenaikan harga minyak iaitu kejutan minyak pertama akibat peperangan antara Mesir dan Isreal
Tahun 1985 : Berpunca daripada kejatuhan harga komoditi seperti petroleum, kelapa sawit dan timah serta rentetan daripada kelembapan ekonomi dunia
Tahun 1997-1998 : Berlaku krisis kewangan Asia yang bermula di Thailand dan merebak ke hampir semua negara ASEAN
Tahun 2001 : Berlaku kemelesetan ekonomi global akibat daripada peristiwa serangan berani mati di Amerika Syarikat menyebabkan bangunan World Trade Center telah dimusnahkan
Tahun 2008 : Berlaku krisis kewangan global akibat daripada kenaikan harga komoditi yang melampau dan krisis harga makanan sedunia
Tahun 2020 : Pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP / MCO) di seluruh negara oleh kerajaan yang berakibat daripada wabak Covid-19

Cara mengatasi inflasi tarikan permintaan dengan menggunakan alat dasar fiskal
1) Mengurangkan perbelanjaan kerajaan


Berdasarkan rajah (i), keseimbangan asal berlaku apabila keluk Y = AE0, iaitu C+I+G0 di titik keseimbangan E0 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Ye. Masalah inflasi tarikan permintaan ditunjukkan oleh lompang inflasi E1a yang wujud apabila keseimbangan pendapatan negara Ye dicapai selepas keseimbangan pendapatan negara pada guna tenaga penuh Yf. Oleh itu, pelaksanaan dasar fiskal menguncup iaitu pengurangan perbelanjaan kerajaan menyebabkan perbelanjaan agregat berkurang. Keluk perbelanjaan agregat akan beralih ke bawah dari AE0 = C+I+G0 ke AE1 = C+I+G1 sebanyak perubahan G. Pada tingkat pendapatan negara Ye, berlaku lebihan penawaran agregat. Stok dalam ekonomi berlebihan dan firma terdorong mengurangkan keluaran sehingga keseimbangan baru tercapai apabila keluk Y = AE1, iaitu  C+I+G1 di titik keseimbangan E1 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Yf. Kesannya, keseimbangan pendapatan negara turun dari Ye kepada Yf. Pengurangan pendapatan negara tersebut menunjukkan lompang inflasi ataupun jurang KNK. Maka, masalah inflasi tarikan permintaan dapat diatasi.
Berdasarkan rajah (ii), keseimbangan asal berlaku apabila keluk S + T bersilang dengan keluk I + G0 di titik keseimbangan E0 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Ye. Masalah inflasi tarikan permintaan ditunjukkan oleh lompang inflasi E1b yang wujud apabila keseimbangan pendapatan negara Ye dicapai selepas keseimbangan pendapatan negara pada guna tenaga penuh Yf. Oleh itu, pelaksanaan dasar fiskal menguncup iaitu pengurangan perbelanjaan kerajaan menyebabkan suntikan dalam ekonomi berkurang. Keluk suntikan akan beralih ke bawah dari I+G0 kepada I+G1 sebanyak perubahan G. Pada tingkat pendapatan negara Ye, berlaku lebihan bocoran. Stok dalam ekonomi berlebihan dan firma terdorong mengurangkan keluaran sehingga keseimbangan baru tercapai apabila keluk S + T bersilang dengan keluk I+G1 di titik keseimbangan E1 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Yf. Kesannya, keseimbangan pendapatan negara turun dari Ye kepada Yf. Pengurangan pendapatan negara tersebut menunjukkan lompang inflasi ataupun jurang KNK. Maka, masalah inflasi tarikan permintaan dapat diatasi.

2) Menaikkan cukai


Berdasarkan rajah (i), keseimbangan asal berlaku apabila keluk Y = AE0, iaitu C0+I+G di titik keseimbangan E0 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Ye. Masalah inflasi tarikan permintaan ditunjukkan oleh lompang inflasi E1a yang wujud apabila keseimbangan pendapatan negara Ye dicapai selepas keseimbangan pendapatan negara pada guna tenaga penuh Yf. Oleh itu, pelaksanaan dasar fiskal menguncup iaitu pertambahan cukai menyebabkan pendapatan boleh guna isi rumah berkurang. Perbelanjaan penggunaan isi rumah berkurang lalu menyebabkan perbelanjaan agregat juga berkurang. Keluk perbelanjaan agregat akan beralih ke bawah dari AE0 = C0+I+G ke AE1 = C1+I+G sebanyak perubahan C. Pada tingkat pendapatan negara Ye, berlaku lebihan penawaran agregat. Stok dalam ekonomi berlebihan dan firma terdorong mengurangkan keluaran sehingga keseimbangan baru tercapai apabila keluk Y = AE1, iaitu  C1+I+G di titik keseimbangan E1 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Yf. Kesannya, keseimbangan pendapatan negara turun dari Ye kepada Yf. Pengurangan pendapatan negara tersebut menunjukkan lompang inflasi ataupun jurang KNK. Maka, masalah inflasi tarikan permintaan dapat diatasi.
Berdasarkan rajah (ii), keseimbangan asal berlaku apabila keluk (S + T)0 bersilang dengan keluk I + G di titik keseimbangan E0 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Ye. Masalah inflasi tarikan permintaan ditunjukkan oleh lompang inflasi E1b yang wujud apabila keseimbangan pendapatan negara Ye dicapai selepas keseimbangan pendapatan negara pada guna tenaga penuh Yf. Oleh itu, pelaksanaan dasar fiskal menguncup iaitu pertambahan cukai menyebabkan bocoran dalam ekonomi meningkat. Keluk bocoran akan beralih ke atas dari (S+T)0 kepada (S+T)1 sebanyak perubahan (S+T). Pada tingkat pendapatan negara Ye, berlaku lebihan bocoran. Stok dalam ekonomi berlebihan dan firma terdorong mengurangkan keluaran sehingga keseimbangan baru tercapai apabila keluk (S + T)1 bersilang dengan keluk I+G di titik keseimbangan E1 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Yf. Kesannya, keseimbangan pendapatan negara turun dari Ye kepada Yf. Pengurangan pendapatan negara tersebut menunjukkan lompang inflasi ataupun jurang KNK. Maka, masalah inflasi tarikan permintaan dapat diatasi.

Cara mengatasi pengangguran kitaran dengan menggunakan alat dasar fiskal
1) Meningkatkan perbelanjaan kerajaan


Berdasarkan rajah (i), keseimbangan asal berlaku apabila keluk Y = AE0, iaitu C+I+G0 di titik keseimbangan E0 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Ye. Masalah pengangguran kitaran ditunjukkan oleh lompang deflasi E1a yang wujud apabila keseimbangan pendapatan negara Ye dicapai sebelum keseimbangan pendapatan negara pada guna tenaga penuh Yf. Oleh itu, pelaksanaan dasar fiskal mengembang iaitu pertambahan perbelanjaan kerajaan menyebabkan perbelanjaan agregat meningkat. Keluk perbelanjaan agregat akan beralih ke atas dari AE0 = C+I+G0 ke AE1 = C+I+G1 sebanyak perubahan G. Pada tingkat pendapatan negara Ye, berlaku lebihan perbelanjaan agregat. Stok dalam ekonomi berkurangan dan firma terdorong meningkatkan keluaran sehingga keseimbangan baru tercapai apabila keluk Y = AE1, iaitu  C+I+G1 di titik keseimbangan E1 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Yf. Kesannya, keseimbangan pendapatan negara naik dari Ye kepada Yf. Pertambahan pendapatan negara tersebut menunjukkan lompang deflasi ataupun jurang KNK. Maka, masalah pengangguran dapat diatasi.
Berdasarkan rajah (ii), keseimbangan asal berlaku apabila keluk S + T bersilang dengan keluk I + G0 di titik keseimbangan E0 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Ye. Masalah pengangguran kitaran ditunjukkan oleh lompang deflasi E1b yang wujud apabila keseimbangan pendapatan negara Ye dicapai sebelum keseimbangan pendapatan negara pada guna tenaga penuh Yf. Oleh itu, pelaksanaan dasar fiskal mengembang iaitu pertambahan perbelanjaan kerajaan menyebabkan suntikan dalam ekonomi meningkat. Keluk suntikan akan beralih ke atas dari I+G0 kepada I+G1 sebanyak perubahan G. Pada tingkat pendapatan negara Ye, berlaku lebihan suntikan. Stok dalam ekonomi berkurangan dan firma terdorong meningkatkan keluaran sehingga keseimbangan baru tercapai apabila keluk S + T bersilang dengan keluk I+G1 di titik keseimbangan E1 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Yf. Kesannya, keseimbangan pendapatan negara naik dari Ye kepada Yf. Pertambahan pendapatan negara tersebut menunjukkan lompang deflasi ataupun jurang KNK. Maka, masalah pengangguran kitaran dapat diatasi.

2) Mengurangkan cukai (STPM 2014(U))


Berdasarkan rajah (i), keseimbangan asal berlaku apabila keluk Y = AE0, iaitu C0+I+G di titik keseimbangan E0 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Ye. Masalah pengangguran kitaran ditunjukkan oleh lompang deflasi E1a yang wujud apabila keseimbangan pendapatan negara Ye dicapai sebelum keseimbangan pendapatan negara pada guna tenaga penuh Yf. Oleh itu, pelaksanaan dasar fiskal mengembang iaitu pengurangan cukai menyebabkan pendapatan boleh guna isi rumah meningkat. Perbelanjaan penggunaan isi rumah meningkat lalu menyebabkan perbelanjaan agregat juga meningkat. Keluk perbelanjaan agregat akan beralih ke atas dari AE0 = C0+I+G ke AE1 = C1+I+G sebanyak perubahan C. Pada tingkat pendapatan negara Ye, berlaku lebihan perbelanjaan agregat. Stok dalam ekonomi berkurangan dan firma terdorong meningkatkan keluaran sehingga keseimbangan baru tercapai apabila keluk Y = AE1, iaitu  C1+I+G di titik keseimbangan E1 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Yf. Kesannya, keseimbangan pendapatan negara naik dari Ye kepada Yf. Pertambahan pendapatan negara tersebut menunjukkan lompang deflasi ataupun jurang KNK. Maka, masalah pengangguran kitaran dapat diatasi.
Berdasarkan rajah (ii), keseimbangan asal berlaku apabila keluk (S + T)0 bersilang dengan keluk I + G di titik keseimbangan E0 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Ye. Masalah pengangguran kitaran ditunjukkan oleh lompang deflasi E1b yang wujud apabila keseimbangan pendapatan negara Ye dicapai sebelum keseimbangan pendapatan negara pada guna tenaga penuh Yf. Oleh itu, pelaksanaan dasar fiskal mengembang iaitu pengurangan cukai menyebabkan bocoran dalam ekonomi berkurang. Keluk bocoran akan beralih ke bawah dari (S+T)0 kepada (S+T)1 sebanyak perubahan (S+T). Pada tingkat pendapatan negara Ye, berlaku lebihan suntikan. Stok dalam ekonomi berkurangan dan firma terdorong meningkatkan keluaran sehingga keseimbangan baru tercapai apabila keluk (S + T)1 bersilang dengan keluk I+G di titik keseimbangan E1 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Yf. Kesannya, keseimbangan pendapatan negara naik dari Ye kepada Yf. Pertambahan pendapatan negara tersebut menunjukkan lompang deflasi ataupun jurang KNK. Maka, masalah pengangguran kitaran dapat diatasi.

Belanjawan Negara Malaysia
**有关belanjawan negara concept, 请参见我朋友的sem 32课的笔记,谢谢。请点击以下的link

EKONOMI 4 SEKTOR
Ekonomi 4 sektor = ekonomi terbuka dengan melibatkan perdagangan antarabangsa 有进行国际贸易的开放经济体系

Aliran Pusingan Pendapatan Ekonomi 4 Sektor




** 请参见我的bab 1笔记里头的Aliran Pusingan Pendapatan Negara这一parthuraian, 谢谢。请点击以下的link :

Eksport (Export / 出口)
Maksud eksport :
Eksport ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh luar negara ke atas keluaran negara sendiri. Oleh itu, eksport merupakan suntikan ke dalam aliran pusingan pendapatan kerana ia akan membawa perbelanjaan agregat dalam ekonomi meningkat lalu menyebabkan pendapatan negara dan guna tenaga turut meningkat.

Faktor-faktor yang mempengaruhi eksport :
1) Perubahan tingkat pendapatan negara asing (外国的国家收入的变动)
  • Y negara asing ↑ → kemampuan negara asing membeli barang buatan Malaysia ↑ → nilai X Malaysia ↑

2) Perubahan cita rasa pengguna dari negara asing (外国的消费者的品味的变动)
  • Pengguna negara asing lebih menggemari barang buatan Malaysia → DD terhadap barang eksport Malaysia ↑ → nilai X Malaysia ↑

3) Inflasi dalam negara (自己的国家发生通货膨胀)
  • Malaysia mengalami masalah inflasi → P barang eksport Malaysia secara relatif lebih mahal → DD terhadap barang eksport Malaysia ↓ → nilai X Malaysia ↓

4) Perubahan kadar pertukaran asing (外汇汇率的变动)
  • Kadar pertukaran asing Malaysia ↓ → P barang eksport Malaysia secara relatif lebih murah → DD terhadap barang eksport Malaysia ↑ → nilai X Malaysia ↑

5) Dasar perdagangan negara asing (外国的贸易政策)
  • Negara asing mengenakan sekatan perdagangan ke atas eksport Malaysia → nilai X Malaysia ↓

Import (Import / 进口)
Maksud import :
Import ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh isi rumah, firma, kerajaan negara sendiri ke atas keluaran luar negara. Oleh itu, import merupakan bocoran dari aliran pusingan pendapatan kerana ia akan membawa perbelanjaan agregat dalam ekonomi berkurang lalu menyebabkan pendapatan negara dan guna tenaga turut jatuh.

Faktor-faktor yang mempengaruhi import :
1) Perubahan tingkat pendapatan negara sendiri (自己国家的国家收入的变动)
  • Y negara Malaysia ↑ → kemampuan Malaysia membeli barang keluaran negara asing ↑ → nilai M Malaysia ↑

2) Perubahan cita rasa pengguna dalam negara sendiri (本国的消费者的品味的变动)
  • Pengguna tempatan lebih menggemari barang keluaran negara asing → DD terhadap barang import ↑ → nilai M Malaysia ↑

3) Inflasi dalam negara (自己的国家发生通货膨胀)
  • Negara asing mengalami masalah inflasi → P barang import secara relatif lebih mahal → DD terhadap barang import ↓ → nilai M Malaysia ↓

4) Perubahan kadar pertukaran asing (外汇汇率的变动)
  • Kadar pertukaran asing Malaysia ↓ → P barang import Malaysia secara relatif lebih mahal → DD terhadap barang import Malaysia ↓ → nilai M Malaysia ↓

5) Dasar perdagangan negara sendiri (本国的贸易政策)
  • Malaysia mengenakan sekatan perdagangan ke atas barang import → nilai M Malaysia ↓


Keseimbangan Pendapatan Negara Ekonomi 4 Sektor



Rajah (a)
Rajah (b)
Keseimbangan pendapatan negara ekonomi 4 sektor tercapai apabila keluk Y = AE, iaitu C + I + G + X – M di titik keseimbangan E0 pada keseimbangan pendapatan negara Y0.
Keseimbangan pendapatan negara ekonomi 4 sektor tercapai apabila keluk suntikan bersilang dengan keluk bocoran, iaitu I + G + X = S + T + M di titik keseimbangan E0 pada keseimbangan pendapatan negara Y0.
Pada pendapatan negara lebih rendah daripada Y0, iaitu Y1, ekonomi tidak mencapai keseimbangan kerana berlaku lebihan AE sebanyak ab. Apabila ini berlaku, stok dalam ekonomi berkurangan dan ini akan menggalakkan firma untuk meningkatkan keluaran sehingga mencapai keseimbangan di titik E0 apabila keluk Y = AE, iaitu C + I + G + X – M pada pendapatan negara Y0.
Pada pendapatan negara lebih rendah daripada Y0, iaitu Y1, ekonomi tidak mencapai keseimbangan kerana berlaku lebihan suntikan sebanyak ab. Apabila ini berlaku, stok dalam ekonomi berkurangan dan ini akan menggalakkan firma untuk meningkatkan keluaran sehingga mencapai keseimbangan di titik E0 apabila keluk I + G + X = S + T + M pada pendapatan negara Y0.
Pada pendapatan negara lebih tinggi daripada Y0, iaitu Y2, ekonomi tidak mencapai keseimbangan kerana berlaku lebihan AS sebanyak cd. Apabila ini berlaku, stok dalam ekonomi berlebihan dan ini akan menggalakkan firma untuk mengurangkan keluaran sehingga mencapai keseimbangan di titik E0 apabila keluk Y = AE, iaitu C + I + G + X – M pada pendapatan negara Y0.
Pada pendapatan negara lebih tinggi daripada Y0, iaitu Y2, ekonomi tidak mencapai keseimbangan kerana berlaku lebihan bocoran sebanyak cd. Apabila ini berlaku, stok dalam ekonomi berlebihan dan ini akan menggalakkan firma untuk mengurangkan keluaran sehingga mencapai keseimbangan di titik E0 apabila keluk I + G + X = S + T + M pada pendapatan negara Y0.

Kesan Perubahan X atau M ke atas Keseimbangan Pendapatan Negara
Pendekatan suntikan – bocoran
1) Pertambahan eksport


2) Pengurangan eksport (STPM 2018 (U))


3) Pertambahan import


4) Pengurangan import


5) Pertambahan eksport melebihi pertambahan import (STPM 2016)



6) Pertambahan eksport kurang daripada pertambahan import


7) Peningkatan kecenderungan mengimport sut


8) Kejatuhan kecenderungan mengimport sut


Teknik Menulis Huraian :
Version 1 (只有一个变动而已的时候才有) :
Perenggan 1 : Keseimbangan Asal
Keseimbangan asal tercapai apabila keluk suntikan asal I+G+X0 bersilang dengan keluk bocoran asal S+T+M0 di titik keseimbangan E0 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Y0.
Perenggan 2 : Kaitan dengan Situasi
Apabila (eksport / import / kecenderungan mengimport sut) (meningkat / berkurang), (bocoran / suntikan) dalam ekonomi juga (meningkat / berkurang). Keluk (bocoran / suntikan) akan beralih ke (atas / bawah) dari (I+G+X0 / S+T+M0) ke (I+G+X1 / S+T+M1) sebanyak perubahan (X / M / MPM).
Perenggan 3 : Bandingkan dengan Y asal & Keseimbangan Baru
Pada tingkat pendapatan negara asal Y0, berlaku lebihan (bocoran / suntikan) sebanyak (aE0 / E0a). Stok dalam ekonomi (berlebihan / berkurangan). Firma akan (meningkatkan / mengurangkan) keluaran sehingga keseimbangan baru tercapai apabila keluk suntikan (asal / baru) (I+G+X0 / I+G+X1) bersilang dengan keluk bocoran (asal / baru) (S+T+M0 / S+T+M1) di titik keseimbangan E1 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara baru Y1.
Perenggan 4 : Kesan terhadap Y
Kesannya, keseimbangan pendapatan negara (meningkat / berkurang) dari Y0 ke Y1. Pendapatan negara telah (meningkat / berkurang) sebanyak beberapa kali ganda melalui proses pengganda.

Version 2 (出现两个变动时才用的) :
Perenggan 1 : Keseimbangan Asal
Keseimbangan asal tercapai apabila keluk suntikan asal I+G+X0 bersilang dengan keluk bocoran asal S+T+M0 di titik keseimbangan E0 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Y0.
Perenggan 2 : Kaitan dengan Situasi
Apabila eksport (meningkat / berkurang), suntikan dalam ekonomi juga (meningkat / berkurang). Keluk suntikan akan beralih ke (atas / bawah) dari I+G+X0 ke I+G+X1 sebanyak perubahan X. Apabila import (meningkat / berkurang), bocoran dalam ekonomi juga (meningkat / berkurang). Keluk bocoran akan beralih ke (atas / bawah) dari S+T+M0 ke S+T+M1 sebanyak perubahan M. Peralihan keluk suntikan ke (atas / bawah) lebih (kecil / besar) daripada peralihan keluk bocoran ke (atas / bawah).
Perenggan 3 : Bandingkan dengan Y asal & Keseimbangan Baru
Pada tingkat pendapatan negara asal Y0, berlaku lebihan (bocoran / suntikan) sebanyak (aE0 / E0a). Stok dalam ekonomi (berlebihan / berkurangan). Firma akan (meningkatkan / mengurangkan) keluaran sehingga keseimbangan baru tercapai apabila keluk suntikan baru I+G+X1 bersilang dengan keluk bocoran baru S+T+M1 di titik keseimbangan E1 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara baru Y1.
Perenggan 4 : Kesan terhadap Y
Kesannya, keseimbangan pendapatan negara (meningkat / berkurang) dari Y0 ke Y1. Pendapatan negara telah (meningkat / berkurang) sebanyak beberapa kali ganda melalui proses pengganda.

3.2 Analisis Permintaan Agregat – Penawaran Agregat (AD-AS) : Harga Berubah
Permintaan Agregat (Aggregate Demand (AD) / 总合需求)
Keluk AD VS Keluk AE
Keluk permintaan agregat (AD) menggambarkan hubungan jumlah keluaran negara benar yang diminta oleh masyarakat pada pelbagai tingkat harga manakala keluk perbelanjaan agregat (AE) menunjukkan hubungan antara jumlah perbelanjaan yang dilakukan oleh sektor-sektor ekonomi pada pelbagai tingkat pendapatan negara. Keluk AD berlaku dalam keadaan harga berubah manakala keluk AE berlaku dalam keadaan harga tetap.

Penerbitan keluk permintaan agregat (AD) (STPM 2018)


Keseimbangan asal tercapai pada titik E0 dengan keseimbangan pendapatan negara Y0 apabila keluk Y bersilang dengan keluk AE0. Pada masa yang sama, tingkat haga umum ialah P0 dan perbelanjaan agregat yang dihadapi oleh ekonomi ialah pada tingkat AE0.
Jika tingkat harga umum meningkat dari P0 ke P1, dengan mengandaikan pendapatan boleh guna masyarakat adalah tetap, kenaikan tingkat harga umum akan menyebabkan pendapatan benar masyarakat menurun. Apabila kuasa beli masyarakat menurun, mereka akan mengurangkan perbelanjaan penggunaan barang dan perkhidmatan. Kejatuhan perbelanjaan masyarakat akan membawa perbelanjaan agregat dalam ekonomi jatuh. Oleh itu, keluk perbelanjaan agregat akan beralih ke bawah dari AE0 ke AE1. Keseimbangan baru tercapai pada titik E1 dengan keseimbangan pendapatan negara baru Y1 apabila keluk Y bersilang dengan keluk AE1. Maka, pendapatan negara benar berkurang dari Y0 ke Y1 akibat kenaikan tingkat harga umum dari P0 ke P1.
Jika tingkat harga umum menurun dari P0 ke P2, dengan mengandaikan pendapatan boleh guna masyarakat adalah tetap, kejatuhan tingkat harga umum akan menyebabkan pendapatan benar masyarakat meningkat. Apabila kuasa beli masyarakat meningkat, mereka akan meningkatkan perbelanjaan penggunaan barang dan perkhidmatan. Kenaikan perbelanjaan masyarakat akan membawa perbelanjaan agregat dalam ekonomi meningkat. Oleh itu, keluk perbelanjaan agregat akan beralih ke atas dari AE0 ke AE2. Keseimbangan baru tercapai pada titik E2 dengan keseimbangan pendapatan negara Y2 apabila keluk Y bersilang dengan keluk AE2. Maka, pendapatan negara benar meningkat dari Y0 ke Y2 akibat kejatuhan tingkat harga umum dari P0 ke P2.
Apabila titik E1, E0 dan E2 disambungkan, keluk permintaan agregat (AD) yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan akan terbentuk. Keluk AD yang bercerun negatif menunjukkan hubungan antara tingkat harga umum dengan pendapatan negara benar adalah berhubungan songsang. Ini bermaksud semakin tinggi tingkat harga umum, semakin rendah permintaan agregat dan pendapatan negara benar ataupun semakin rendah tingkat harga umum, semakin tinggi permintaan agregat dan pendapatan negara benar.

Faktor-faktor yang mempengaruhi peralihan keluk AD


Faktor
Keluk AD beralih ke kiri
Keluk AD beralih ke kanan
Komponen AE
C ↓ / I ↓ / G ↓ / X ↓ / M ↑
C ↑ / I ↑ / G ↑ / X ↑ / M ↓
Dasar Fiskal
Fiskal menguncup (G ↓ / T ↑)
Fiskal mengembang (G ↑ / T ↓)
Dasar Kewangan
Kewangan menguncup
(M/S ↓ → r ↑)
Kewangan mengembang
(M/S ↑ → r ↓)
Imbangan perdagangan
X < M
X > M
Kadar pertukaran asing
Kadar pertukaran asing Malaysia naik
Kadar pertukaran asing Malaysia turun

Penawaran Agregat (Aggregate Supply (AS) / 总合供给)
Keluk AS
Keluk penawaran agregat (AS) merujuk kepada keluaran negara benar yang dikeluarkan oleh ekonomi pada pelbagai tingkat harga.
Keluk AS adalah bercerun positif dari kiri ke kanan menunjukkan hubungan antara tingkat harga umum dengan pendapatan negara benar adalah berhubungan langsung / positif. Ini bermaksud semakin tinggi tingkat harga umum, semakin tinggi penawaran agregat dan pendapatan negara benar ataupun semakin rendah tingkat harga umum, semakin rendah penawaran agregat dan pendapatan negara benar.


Faktor-faktor yang mempengaruhi peralihan keluk AS


Faktor
Keluk AS beralih ke kiri
Keluk AS beralih ke kanan
Kos pengeluaran
Harga bahan mentah ↑
Upah buruh ↑
Kos pengangkutan ↑
Kos sewa kilang ↑
Harga bahan mentah ↓
Upah buruh ↓
Kos pengangkutan ↓
Kos sewa kilang ↓
Tingkat teknologi
Penggunaan teknologi / mesin yang kuno dan tradisional
Penggunaan teknologi / mesin yang maju dan canggih
Dasar kerajaan
Pemberian subsidi ↓
Pemberian insentif fiskal & insentif kewangan ↓
Pengenaan cukai jualan ↑
Pengenaan cukai keuntungan syarikat ↑
Pemberian subsidi ↑
Pemberian insentif fiskal & insentif kewangan ↑
Pengenaan cukai jualan ↓
Pengenaan cukai keuntungan syarikat ↓
Sumber ekonomi
Pengurangan modal dan peralatan
Pengurangan bilangan buruh
Pembukaan tanah yang baru
Pembinaan kilang yang baru
Peningkatan modal dan peralatan
Pertambahan bilangan buruh
Produktiviti buruh
Pengurangan latihan kemahiran kepada buruh
Peningkatan latihan kemahiran kepada buruh

Keseimbangan AD – AS (STPM 2019)


Keseimbangan pendapatan negara asal tercapai apabila keluk permintaan agregat AD bersilang dengan keluk penawaran agregat AS di titik keseimbangan E0 pada tingkat harga P0 dan pendapatan negara benar Y0.
Pada tingkat harga yang lebih tinggi daripada P0, katakan P1, ekonomi tidak mencapai keseimbangan kerana penawaran agregat (Y2) melebihi permintaan agregat (Y1). Justeru, ini berlaku lebihan penawaran agregat sebanyak Y1Y2 di pasaran. Ekonomi mengalami lebihan stok. Ini akan menyebabkan tingkat harga umum jatuh dari P1 kepada P0 dan firma terdorong mengurangkan keluaran. Proses ini berterusan sehingga keseimbangan dicapai semula di titik E0 apabila keluk AD bersilang dengan keluk AS pada tingkat harga P0 dan pendapatan negara benar Y0.
Pada tingkat harga yang lebih rendah daripada P0, katakan P2, ekonomi tidak mencapai keseimbangan kerana penawaran agregat (Y1) kurang daripada permintaan agregat (Y2). Justeru, ini berlaku lebihan permintaan agregat sebanyak Y1Y2 di pasaran. Ekonomi mengalami kekurangan stok. Ini akan menyebabkan tingkat harga umum naik dari P2 kepada P0 dan firma terdorong meningkatkan keluaran. Proses ini berterusan sehingga keseimbangan dicapai semula di titik E0 apabila keluk AD bersilang dengan keluk AS pada tingkat harga P0 dan pendapatan negara benar Y0.

Perubahan Keseimbangan AD – AS
1) Pertambahan permintaan agregat


2) Pengurangan permintaan agregat


3) Pertambahan penawaran agregat (STPM 2013)


4) Pengurangan penawaran agregat (STPM 2015 / 2016 (U))


5) Pertambahan permintaan agregat melebihi pertambahan penawaran agregat


6) Pertambahan permintaan agregat kurang daripada pertambahan penawaran agregat


7) Pertambahan permintaan agregat melebihi pengurangan penawaran agregat


8) Pertambahan permintaan agregat kurang daripada pengurangan penawaran agregat


9) Pengurangan permintaan agregat melebihi pengurangan penawaran agregat



10) Pengurangan permintaan agregat kurang daripada pengurangan penawaran agregat


11) Pengurangan permintaan agregat melebihi pertambahan penawaran agregat


12) Pengurangan permintaan agregat kurang daripada pertambahan penawaran agregat


Teknik Menulis Huraian :
Version 1 (只有一个变动而已的时候才有)
Perenggan 1 : Keseimbangan Asal
Keseimbangan asal tercapai apabila keluk AD0 bersilang dengan keluk AS0 di titik keseimbangan E0 pada tingkat harga P0 dan pendapatan negara benar Y0.
Perenggan 2 : Kaitkan dengan Situasi
Apabila berlaku (inflasi tarikan permintaan / kemelesetan ekonomi / pertumbuhan ekonomi dengan pesat / stagflasi / ... ...), (permintaan agregat / penawaran agregat) akan (meningkat / berkurang) menyebabkan keluk (permintaan agregat / penawaran agregat) akan beralih ke (kiri / kanan) dari (AD0 / AS0) ke (AD1 / AS1).
Perenggan 3 : Bandingkan dengan P asal
Pada tingkat harga asal P0, berlaku lebihan (permintaan agregat / penawaran agregat) sebanyak (aE0 / E0a). Hal ini menggalakkan harga (naik / turun) kerana terdapat (lebihan / kurangan) stok dan firma akan (meningkatkan / mengurangkan) keluaran.
Perenggan 4 : Keseimbangan Baru
Proses ini berterusan sehingga keseimbangan baru tercapai apabila keluk (AD0 / AD1) bersilang dengan keluk (AS0 / AS1) di titik keseimbangan E1 pada tingkat harga P1 dan pendapatan negara benar Y1.
Perenggan 5 : Kesan terhadap P & Y
Kesannya, (inflasi tarikan permintaan / kemelesetan ekonomi / pertumbuhan ekonomi dengan pesat / stagflasi / ... ...) menyebabkan tingkat harga (naik / turun) dari P0 ke P1 dan pendapatan negara benar (meningkat / berkurang) dari Y0 ke Y1.

Version 2 (出现两个变动时才用的)
Perenggan 1 : Keseimbangan Asal
Keseimbangan asal tercapai apabila keluk AD0 bersilang dengan keluk AS0 di titik keseimbangan E0 pada tingkat harga P0 dan pendapatan negara benar Y0.
Perenggan 2 : Kaitkan dengan Situasi
Apabila berlaku (inflasi tarikan permintaan / kemelesetan ekonomi / perubahan AE / perubahan kadar bunga / ... ...), permintaan agregat akan (meningkat / berkurang) menyebabkan keluk permintaan agregat akan beralih ke (kiri / kanan) dari AD0 ke AD1. Apabila berlaku (perubahan kos pengeluaran / perkembangan teknologi / pertumbuhan ekonomi dengan pesat / deflasi / perubahan dasar kerajaan / ... ...), penawaran agregat akan (meningkat / berkurang) menyebabkan keluk penawaran agregat akan beralih ke (kiri / kanan) dari AS0 ke AS1. Peralihan keluk AD ke (kiri / kanan) lebih (besar / kecil) daripada peralihan keluk AS ke (kiri / kanan).
Perenggan 3 : Bandingkan dengan P asal
Pada tingkat harga asal P0, berlaku lebihan (permintaan agregat / penawaran agregat) sebanyak (aE0 / E0a). Hal ini menggalakkan harga (naik / turun) kerana terdapat (lebihan / kekurangan) stok.
Perenggan 4 : Keseimbangan Baru
Proses ini berterusan sehingga keseimbangan baru tercapai apabila keluk AD1 bersilang dengan keluk AS1 di titik keseimbangan E1 pada tingkat harga P1 dan pendapatan negara benar Y1.
Perenggan 5 : Kesan terhadap P & Y
Kesannya,                               &                               menyebabkan tingkat harga (naik / turun) dari P0 ke P1 dan pendapatan negara benar (meningkat / berkurang) dari Y0 ke Y1.

Teknik Menjawab Soalan Esei Berjenis Keluk :
1) 先确认得画什么keluk的类型(keluk AE-Y / suntikan-bocoran / AD-AS)
2) 辨别题目的要求是要解释哪一个sektor ekonomi (ekonomi 2 sektor / 3 sektor / 4 sektor)
3) 分辨出是哪一条keluk或是哪个komponen AE (C / I / G / X / M) 还是AS受影响
4) 了解题目的situasi是如何影响到AE / AD / AS / suntikan / bocoran
5) 画出正确的keluk
6) 写出四或五段的完整的huraian :
a) Perenggan 1 : Keseimbangan asal
b) Perenggan 2 : Kaitkan dengan situasi
c) Perenggan 3 : Bandingkan dengan Y asal / P asal
d) Perenggan 4 : Keseimbangan baru
e) Perenggan 5 : Kesan terhadap P & Y
*请参见以上所提到的teknik menulis huraian

Contoh 1 : Soalan Esei STPM 2004
Dengan memberikan gambar rajah yang sesuai, huraikan kesan kenaikan upah buruh terhadap keseimbangan permintaan agregat-penawaran agregat (AD-AS).

1) keluk的类型:keluk AD-AS(因为题目有提到说keseimbangan AD-AS
2) 由于这个题目跟keseimbangan AE-Y是没关系的,所以我们不必分辨这是哪一个sektor ekonomi
3) 受影响的komponen : komponen AS @ keluk AS beralih ke kiri
4) 这个situasi造成AS的影响 : Upah buruh ↑ → kos pengeluaran firma ↑ → firma ↓ keluaran → AS ↓
5) 画出正确的keluk AD-AS (keluk的类型是跟你们sem 1所画的keluk permintaan & keluk penawaran是一样的)
答案 :请参见pengurangan penawaran agregatkeluk
6) 写出完整的huraian
答案
Perenggan 1 : Keseimbangan Asal
Keseimbangan asal tercapai apabila keluk AD0 bersilang dengan keluk AS0 di titik keseimbangan E0 pada tingkat harga P0 dan pendapatan negara benar Y0.
Perenggan 2 : Kaitkan dengan Situasi
Apabila berlaku kenaikan upah buruh, kos pengeluran firma akan meningkat. Firma akan mengurangkan keluaran menyebabkan penawaran agregat akan berkurang dan keluk penawaran agregat akan beralih ke kiri dari AS0 ke AS1.
Perenggan 3 : Bandingkan dengan P asal
Pada tingkat harga asal P0, berlaku lebihan permintaan agregat sebanyak aE0. Hal ini menggalakkan harga naik kerana terdapat kekurangan stok.
Perenggan 4 : Keseimbangan Baru
Proses ini berterusan sehingga keseimbangan baru tercapai apabila keluk AD0 bersilang dengan keluk AS1 di titik keseimbangan E1 pada tingkat harga P1 dan pendapatan negara benar Y1.
Perenggan 5 : Kesan terhadap P & Y
Kesannya, kenaikan upah buruh menyebabkan tingkat harga naik dari P0 ke P1 dan pendapatan negara benar berkurang dari Y0 ke Y1.

***请注意,别误以为kenaikan upah buruh是影响AD。有些学生可能会认为upah buruh meningkat代表说员工薪水增加了能提升购买能力,C增加,AE & AD也会增加,如果是那么认为的话就大错特错了。Kenaikan upah buruh只是会影响商家kos pengeluaran提高和AS下降。Then, 除非题目是问说peningkatan pendapatan boleh guna的话,你的答案才是可以写影响AD。所以在这里大家都得多注意,因为很多terms不同,但是意思都是很接近。总结是kenaikan upah buruh = AS berkurang, peningkatan pendapatan boleh guna = AD meningkat

Contoh 2 : Soalan Esei STPM 2017 (U)
Berbantukan gambar rajah pendekatan perbelanjaan agregat – pendapatan (AE-Y), jelaskan kesan peningkatan cukai pendapatan persendirian terhadap keseimbangan pendapatan negara.

1) keluk的类型:keluk AE-Y
2) sektor ekonomiekonomi 3 sektor (题目有提到cukai这个字眼,所以代表说这是ekonomi tertutup dengan campur tangan kerajaan)
3) 受影响的komponen : komponen AE (C 受影响)
4) 这个situasi造成AE的影响 : Cukai pendapatan persendirian ↑ → pendapatan boleh guna isi rumah ↓ → kuasa beli masyarakat ↓ → C ↓ → AE ↓
5) 画出正确的keluk AE-Y (keluk Y是属于一条45° 度和向上仰的keluk, keluk AE则是比较anjal but也是向上仰的keluk),还有记得画keluk AE时,你的AEAE = C + I + GG一定要有在,因为这是ekonomi 3 sektor
答案 :请参见pertambahan cukai sekaliguskeluk
6) 写出完整的huraian
答案 :
Perenggan 1 : Keseimbangan Asal
Keseimbangan asal tercapai apabila keluk Y = AE0, iaitu C0+I+G di titik keseimbangan E0 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Y0.
Perenggan 2 : Kaitan dengan Situasi
Apabila berlaku peningkatan cukai pendapatan persendirian, pendapatan boleh guna isi rumah akan jatuh. Kuasa beli isi rumah juga akan jatuh menyebabkan perbelanjaan penggunaan isi rumah berkurang. Oleh itu, perbelanjaan agregat dalam ekonomi juga berkurang dan keluk perbelanjaan agregat akan beralih ke bawah dari AE0 = C0+I+G ke AE1 = C1+I+G sebanyak perubahan C.
Perenggan 3 : Bandingkan dengan Y asal & Keseimbangan Baru
Pada tingkat pendapatan negara asal Y0, berlaku lebihan pendapatan negara sebanyak E0a. Stok dalam ekonomi berlebihan. Firma akan mengurangkan keluaran sehingga keseimbangan baru tercapai apabila keluk Y = AE1, iaitu  C1+I+G di titik keseimbangan E1 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara baru Y1.
Perenggan 4 : Kesan terhadap Y
Kesannya, keseimbangan pendapatan negara berkurang dari Y0 ke Y1. Pendapatan negara telah berkurang sebanyak beberapa kali ganda melalui proses pengganda.

只要你们大家都跟着这些teknik去作答画kelukesei题目的话,10分肯定会在你手中。加油!

BAHAGIAN PENGIRAAN & KUANTITATIF (PART 2)
Ekonomi 2 Sektor
Konsep APC & MPC VS APS & MPS
Kecenderungan mengguna purata (Average Propensity to Consume (APC) / 平均消费倾向) ialah ukuran tentang perbelanjaan penggunaan purata bagi setiap tingkat pendapatan negara.

Kecenderungan mengguna sut (Marginal Propensity to Consume (MPC) / 边际消费倾向) ialah ukuran tentang perubahan dalam tingkat perbelanjaan penggunaan akibat daripada perubahan dalam tingkat pendapatan negara.

Kecenderungan menabung purata (Average Propensity to Saving (APS) / 平均储蓄倾向) ialah ukuran tentang tabungan purata bagi setiap tingkat pendapatan negara.

Kecenderungan menabung sut (Marginal Propensity to Saving (MPS) / 边际储蓄倾向) ialah ukuran tentang perubahan dalam tingkat tabungan akibat daripada perubahan dalam tingkat pendapatan negara.

APC = C ÷ Y
MPC = ▲C ÷ ▲Y
APS = S ÷ Y
MPS = ▲S ÷ ▲Y
APC + APS = 1
MPC + MPS = 1

Jadual :
Pendapatan negara
(RM juta)
Penggunaan
(RM juta)
Tabungan
(RM juta)

APC

MPC

APS

MPS
0
80
-80
-
-
-
-
100
160
-60
1.60
0.80
-0.60
0.20
200
240
-40
1.20
0.80
-0.20
0.20
300
320
-20
1.07
0.80
-0.07
0.20
400
400
0
1.00
0.80
0
0.20
500
480
20
0.96
0.80
0.04
0.20
600
560
40
0.93
0.80
0.07
0.20
700
640
60
0.91
0.80
0.09
0.20

Tafsiran :
MPC = 160 – 80  = 0.8
              100 – 0
Apabila pendapatan negara meningkat sebanyak RM 100 juta, perbelanjaan penggunaan isi rumah juga meningkat sebanyak RM 80 juta.
MPS = -60 – (-80)  = 0.2
              100 – 0
Apabila pendapatan negara meningkat sebanyak RM 100 juta, tabungan isi rumah juga meningkat sebanyak RM 20 juta.

Rajah :


Tafsiran :
1) Pada tingkat pendapatan negara kurang daripada RM 400 juta, nilai APC adalah melebihi daripada satu. Pada tingkat keseimbangan pendapatan negara RM 400 juta, nilai APC ialah satu. Pada tingkat pendapatan negara melebihi RM 400 juta, nilai APC adalah kurang daripada satu.
2) Nilai MPC ialah 0.8 dan nilainya adalah bernilai positif dan kurang daripada satu.
3) Pada tingkat pendapatan negara kurang daripada RM 400 juta, nilai APS adalah bernilai negatif. Pada tingkat keseimbangan pendapatan negara RM 400 juta, nilai APS ialah sifar. Pada tingkat pendapatan negara melebihi RM 400 juta, nilai APS adalah bernilai positif.
4) Nilai MPS ialah 0.2 dan nilainya adalah bernilai positif dan kurang daripada satu.

Fungsi C & Fungsi S
Fungsi penggunaan (C) ialah satu keluk atau persamaan yang menunjukkan hubungan antara pendapatan negara dengan penggunaan isi rumah.
C = a + bYd / Y     dengan a = penggunaan autonomi     b = MPC     bY = penggunaan teraruh
Fungsi tabungan (S) ialah satu keluk atau persamaan yang menunjukkan hubungan antara pendapatan negara dengan tabungan isi rumah.
S = -a + (1-b)Yd / Y     dengan a = tabungan autonomi     -a = makan tabung       1-b = MPS     Y = pendapatan negara     Yd = pendapatan boleh guna     (1-b)Y = tabungan teraruh
*** Yd = Y hanya berlaku dalam ekonomi 2 sektor sahaja

Ekonomi 3 Sektor
Kesan Tx terhadap fungsi C & fungsi S
Cukai sekaligus (Lump-sum tax / 比例税) ialah sejenis cukai yang nilainya tetap tanpa dipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara.
Contoh :
Sebelum campur tangan kerajaan :
C = 250 + 0.75 Yd     S = -250 + 0.25 Yd    
Selepas campur tangan kerajaan :
Wujud cukai sekaligus yang perlu dibayar sebanyak RM 60

Fungsi penggunaan baru ialah
C = 250 + 0.75 (Y-T)
= 250 + 0.75 (Y-60)
= 250 + 0.75Y – 45
= 205 + 0.75Y
Fungsi tabungan baru ialah
S = -250 + 0.25 (Y-T)
   = -250 + 0.25 (Y-60)
   = -250 + 0.25Y – 15
   = -265 + 0.25Y

*** Yd = Y – T berlaku dalam ekonomi 3 sektor

Kesan Tx terhadap pelbagai aspek
a) penggunaan autonomi : jatuh
b) tabungan autonomi : jatuh
c) keluk fungsi penggunaan : beralih ke bawah secara selari
d) keluk fungsi tabungan : beralih ke bawah secara selari
e) nilai MPC : tidak berubah
f) nilai MPS : tidak berubah
g) jumlah penggunaan individu : jatuh sebanyak -MPC × ▲T
h) jumlah tabungan individu : jatuh sebanyak -MPS × ▲T
i) pendapatan boleh guna : jatuh sebanyak cukai sekaligus
j) keseimbangan pendapatan negara : berkurang

Ekonomi 4 Sektor
Fungsi X & Fungsi M
Fungsi eksport (X) ialah satu garis mendatar yang menunjukkan nilai eksport adalah tetap pada setiap tingkat pendapatan negara.


Fungsi import (M) ialah satu garis yang mencerun ke atas dari kiri ke kanan dan menunjukkan hubungan positif dengan pendapatan negara.



M = a + bY     dengan a = import autonomi     b = kecenderungan mengimport sut (MPM)     bY = import teraruh

Penghitungan Eksport Bersih
Xn = X – M

Contoh : Y = RM 500 juta , fungsi X = 100 , fungsi M = 20 + 0.1Y
Xn = 100 – (20 + 0.1Y)
     = 100 – (20 + 0.1(500))
     = 100 – (20+50)
     = 100 – 70
     = RM 30 juta

Penghitungan nilai pendapatan negara pada tingkat keseimbangan
Contoh Soalan Kuantitatif STPM 2016
Maklumat di bawah menunjukkan data perbelanjaan agregat sebuah negara (RM juta).

Penggunaan, C = 200 + 0.8 Yd, dengan Yd ialah pendapatan boleh guna
Pelaburan, I = 250
Perbelanjaan kerajaan, G = 200
Cukai, T = 100
Eksport, X = 80
Import, M = 10 + 0.2Y

Hitungkan pendapatan negara pada tingkat keseimbangan. (3 m)
Jawapan :
C = 200 + 0.8 Yd
= 200 + 0.8 (Y-T)
= 200 + 0.8 (Y-100)
= 200 + 0.8Y – 80
= 120 + 0.8Y

            Y = AE
            = C + I + G + X – M
            = (120 + 0.8Y) + 250 + 200 + 80 – (10 + 0.2Y)
            = 120 + 250 + 200 + 80 – 10 + 0.8Y – 0.2Y
        Y = 640 + 0.6Y
Y – 0.6Y = 640
   0.4Y = 640
        Y = 640 ÷ 0.4
        Y = RM 1600 juta

Formula / Rumus Bab 3
Keseimbangan pendapatan negara :
1) Y = C + I (ekonomi 2 sektor)
2) Y = C + I + G (ekonomi 3 sektor)
3) Y = C + I + G + X – M (ekonomi 4 sektor)
4) S = I (ekonomi 2 sektor)
5) S + T = I +G (ekonomi 3 sektor)
6) S + T + M = I + G + X (ekonomi 4 sektor)
Konsep APC & MPC & APS & MPS :
1) APC = C ÷ Y
2) MPC = ▲C ÷ ▲Y
3) APS = S ÷ Y
4) MPS = ▲S ÷ ▲Y
5) APC + APS = 1
6) MPC + MPS = 1
Fungsi C & Fungsi S :
1) C = a + bYd / Y
2) S = -a + (1-b)Yd / Y    
3) Yd = C + S
Cukai sekaligus :
1) Yd = Y – T
2) ▲C = -MPC × ▲T
3) ▲S = -MPS × ▲T
Pengganda :
1) k = 1 ÷ (1 – MPC) @ k = 1 ÷ MPS
2) ▲Y = k × (▲C / I / G / X / M)
Jurang KNK :
1) Jurang KNK = KNK potensi – KNK sebenar @ Jurang KNK = Yf – Ye
Lompang Inflasi & Lompang Deflasi :
1) Lompang Inflasi = Jurang KNK ÷ Pengganda
2) Lompang Deflasi = Jurang KNK ÷ Pengganda
Belanjawan Negara Malaysia :
1) Jumlah hasil kerajaan = Cukai langsung + Cukai tak langsung + Hasil bukan cukai
2) Jumlah perbelanjaan kerajaan = Perbelanjaan mengurus + Perbelanjaan pembangunan
3) Belanjawan negara = Jumlah hasil – Jumlah perbelanjaan
4) Akaun semasa = Jumlah hasil – Jumlah perbelanjaan mengurus
Fungsi M :
1) M = a + bY


感谢你们阅读完我的笔记。如果我的笔记有任何失误的话或者是觉得我的keluk画得丑的话,在这里顺便跟你们说声paiseh啦。如果有任何问题的话可以留言我哟,谢谢

14 comments:

  1. 您好 你=想请问有bab 4 的notes吗?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 还在做着,没意外的话下个月会upload上去

      Delete
    2. Thank you so much.Your notes v complete and easy to memorize

      Delete
    3. Thanks for ur support, haha

      Delete
  2. 你好,请问有sem1 notes and sem2 bab2 notes吗?

    ReplyDelete
    Replies
    1. 抱歉,我没做sem 1的notes, sem 2 bab 2有

      Delete
  3. May I contact you? About the counting I can't understand.

    ReplyDelete
  4. 谢谢你的sem2 notes,决定了retake却无从下手,很清晰

    ReplyDelete
  5. 请问bab 4的笔记有么?,在哪?

    ReplyDelete
  6. 真的很有帮助 谢谢你的分享✔

    ReplyDelete
  7. 你的笔记非常有用,简易又易懂,谢谢分享,祝我2021 SEM 2考试加油!

    ReplyDelete
  8. saya nak tanya kalau di minta keseimbangan baharu, tetapi soalan hanya bagi C dan I. G kena cari sendiri atau amik yang lama ye?

    ReplyDelete

BEEB 1013 Introduction to Macroeconomic 宏观经济学的简介

UUM BEEB 1013 Principles of Economics Chapter 20: Introduction to Macroeconomics 20.1 Macroeconomic Concerns Output Growth 1) Busine...