Saturday, June 20, 2020

Nota STPM ekonomi sem 2 bab 4 经济学第4课笔记


嗨,大家好,先跟你们讲下第四课你们将会学到有关货币和货币政策的知识,比如货币的特征与功能,现代货币的创造机制,货币的需求目的,货币的供给,利率的平衡点,中央银行的功能,中央银行的货币政策等等。这一课的笔记我没放华语解释了,除了名称和关键词,有什么马来字是不明白的可以去谷歌翻译或是留言问我也可以。在阅读这笔记之前,本人建议你们用电脑来阅读会比较方便和清楚。

BAB 4 : WANG, BANK & DASAR KEWANGAN


4.1 Wang
Maksud Wang (STPM 2013)
Wang ialah sesuatu benda yang diterima umum oleh masyarakat sebagai alat perantaraan pertukaran untuk memperoleh barang dan perkhidmatan.
货币,又称金钱,简称钱,是一种为了用来进行买卖/交易而用于交换的中介商品。

Ciri-ciri Wang
Diterima umum 大众都能接受
Mudah dikenali 容易辨别
Kestabilan nilai 拥有稳定价值
Mudah dibawa 容易拿
Penawaran terhad 供给有限
Mudah dibahagikan kepada unit-unit yang kecil 可以分成小单位
Tahan lama 持久

Fungsi Wang (STPM 2013 / 2017 (U) / 2019)
1) Alat perantaraan pertukaran (Medium of exchange / 交易媒介)
Sebab fungsi wang / Kaitkan dengan ciri wang :
  • Wang diterima umum oleh masyarakat

Cara fungsi wang mengatasi kelemahan sistem barter :
  • Wang dapat menyelesaikan masalah kemahuan secara serentak dalam sistem barter.
  • Sistem wang tidak memerlukan kehendak yang serentak dan seseorang individu hanya perlu membayar nilai barang itu dengan wang untuk memdapatkannya.

Contoh :
  • Membeli sebuah jam tangan yang berharga RM 100 dengan membayar sekeping wang kertas RM 10

2) Alat pengukur nilai (Standard of value / 计价标准)
Sebab fungsi wang / Kaitkan dengan ciri wang :
  • Wang mempunyai unit ukuran tertentu.
  • Wang mudah dibahagikan kepada unit-unit yang kecil.
  • Wang boleh digunakan untuk mengukur nilai barang dan perkhidmatan melalui sistem harga.

Cara fungsi wang mengatasi kelemahan sistem barter :
  • Wang dapat menyelesaikan masalah menentukan nilai dan membahagikan sesuatu barang kepada unit-unit kecil dalam sistem barter.

Contoh :
  • Semua nilai barang dan perkhidmatan di Malaysia diukur dengan Ringgit Malaysia (RM)
  • Unit nilai bagi Malaysia ialah ringgit dan sen

3) Alat penyimpan nilai (Store of value / 价值储藏)
Sebab fungsi wang / Kaitkan dengan ciri wang :
  • Wang bersifat tahan lama
  • Nilai wang adalah stabil
  • Wang boleh disimpan dalam bentuk harta kekayaan di dalam bank untuk kekayaan masa depan.

Cara fungsi wang mengatasi kelemahan sistem barter :
  • Wang dapat menyelesaikan masalah seperti susut nilai, barang yang cepat rosak dan memerlukan ruang yang besar untuk menyimpan barang dalam sistem barter.

Contoh :
  • Menyimpan wang tunai sebagai deposit tetap di dalam bank / institusi kewangan

4) Alat ukuran bayaran tertunda (Standard for deferred payment / 延期支付的标准)
Sebab fungsi wang / Kaitkan dengan ciri wang :
  • Wang bernilai stabil
  • Wang bersifat tahan lama
  • Wang membolehkan urus niaga dijalankan secara pembayaran ansuran atau tertangguh

Cara fungsi wang mengatasi kelemahan sistem barter :
  • Wang dalam menyelesaikan masalah pembayaran tertangguh dalam sistem barter kerana barang mudah rosak dan kualiti barang yang tidak sama.

Contoh :
  • Membeli sebuah kereta yang berharga RM 70000 dengan membayar wang pendahuluan sebanyak RM 20000 dan bakinya dibayar dengan RM 5000 sebulan secara ansuran

Nilai Wang (STPM 2015 (U))
Nilai wang bermaksud kuasa beli wang, iaitu keupayaan sesuatu mata wang untuk membeli barang dan perkhidmatan.
Hubungan antara nilai wang dengan tingkat harga adalah berhubungan songsang. Apabila tingkat harga umum naik, nilai wang akan jatuh. Ini kerana dengan sejumlah wang yang sama, jumlah barang dan perkhidmatan yang dapat dinikmati akan berkurangan.
Terdapat 2 langkah / formula yang boleh digunakan untuk menentukan perubahan nilai wang dalam sesebuah negara.

Langkah 1 : Menghitung indeks nilai wang (IW)
Indeks nilai wang = Indeks harga tahun asas (100)  ×  100
                                   Indeks harga tahun semasa
Langkah 2 : Menghitung kadar perubahan nilai wang
Kadar perubahan nilai wang = IW1 – IW0 (100)  ×  100
                                                       IW0 (100)

Jika kadar perubahan nilai wang adalah bernilai positif, maka kuasa beli masyarakat semakin meningkat. Sebaliknya, jika kadar perubahan nilai wang adalah bernilai negatif, ini bermakna kuasa beli masyarakat semakin merosot.

4.2 Penawaran Wang
Bekalan Wang
Bekalan wang / penawaran wang ialah semua jenis wang yang ada dalam sesebuah negara, termasuklah wang dalam edaran dan semua jenis simpanan di institusi kewangan.
Bekalan wang boleh dikelaskan kepada 3 kumpulan, iaitu wang secara sempit, wang secara luas dan wang secara sangat luas.
Bekalan wang M1 / sempit terdiri daripda mata wang dalam edaran (duit syiling dan wang kertas) dan deposit semasa (penggunaan cek) dalam bank perdagangan.
Bekalan wang M2 / luas / mudah tunai sektor swasta terdiri daripada M1 dan wang hampir (deposit tabungan dan deposit tetap dalam bank perdagangan, sijil deposit boleh niaga dan sijil Bank Negara Malaysia).
Bekalan wang M3 / sangat luas terdiri daripada M2, semua deposit swasta di syarikat kewangan, bank saudagar dan syarikat diskaun.
*** Bekalan M3 tiada wujud dalam sukatan STPM, ini untuk pengetahuan tambahan sahaja.

Penciptaan Kredit
Penciptaan kredit (Money supply mechanism / 货币的创造机制) ialah satu proses penambahan penawaran wang dalam ekonomi melalui pemberian pinjaman oleh bank perdagangan dengan menggunakan sejumlah deposit semasa daripada orang ramai.

Proses penciptaan kredit dan wang (STPM 2016)
Contoh di bawah menunjukkan proses penciptaan kredit untuk sistem banyak bank.
Sebelum bermula proses penciptaan kredit, andaian-andaian bagi penciptaan kredit perlu dibuat seperti yang berikut :
  • Nisbah rizab tunai ialah 20 % daripada jumlah deposit semasa
  • Lebihan rizab 80 % daripada jumlah deposit semasa yang diterima akan dipinjamkan
  • Semua urus niaga dilakukan dengan kemudahan cek
  • Semua deposit di bank perdagangan merupakan deposit semasa
  • Tidak kebocoran wang tunai dalam ekonomi

Bank
Aset (RM)
Liabiliti (RM)
Rizab (20%)
Pinjaman (80%)
Deposit Semasa (100%)
AmBank
4000
16000
20000
MayBank
3200
12800
16000
Public Bank
2560
10240
12800
Lain-lain
10240
40960
51200
Jumlah (RM)
20000
80000
100000

Andaikan AmBank menerima deposit semasa sebanyak RM 20000 daripada pelanggannya Amin. AmBank akan menyimpan 20% daripada deposit semasa Amin sebagai rizab tunai iaitu sebanyak RM 4000 dan lebihan rizab 80% iaitu RM 16000 akan dipinjamkan kepada pelanggannya yang lain bernama Abu.
Seterusnya, Abu mendepositkan cek tersebut yang bernilai RM 16000 dalam akaun deposit semasa di MayBank. MayBank akan menyimpan 20% daripada deposit semasa sebagai rizab tunai, iaitu sebanyak RM 3200 dan lebihan rizab 80%, iaitu sebanyak RM 12800 akan dipinjamkan kepada pelanggan yang seterusnya bernama Aizat.
Andaikan Aizat juga mendepositkan ceknya yang bernilai RM 12800 ke dalam akaun deposit semasa di Public Bank. Public Bank juga akan menyimpan 20% daripada deposit semasa sebagai rizab tunai, iaitu sebanyak RM 2560 dan lebihan rizab 80%, iaitu sebanyak RM 10240 akan dipinjamkan kepada pelanggan lain.
Proses penciptaan kredit ini akan berterusan sehingga tiada lebihan rizab yang boleh digunakan untuk mencipta kredit.
Oleh itu, proses penciptaan kredit akan tamat apabila deposit semasa asal RM 20000 daripada Amin digunakan sepenuhnya sebagai rizab tunai.
Berapa banyak wang yang boleh dicipta oleh bank perdagangan adalah bergantung pada nilai pengganda wang ataupun nisbah rizab.
Kesimpulannya, dengan deposit semasa RM 20000 yang disimpan di AmBank, bank-bank perdagangan berkeupayaan untuk mencipta kredit sebanyak RM 100000.

Kerja Pengiraan untuk Penciptaan Kredit :
Pengganda wang
= 1 ÷ Nisbah Rizab
= 1 ÷ 0.2
= 5
Setelah selesai proses penciptaan kredit,
Jumlah deposit semasa
= Deposit semasa asal × Pengganda wang
= RM 20000 × 5
= RM 100000
Jumlah rizab
= Rizab asal × Pengganda wang
= RM 4000 × 5
= RM 20000
Jumlah pinjaman
= Pinjaman kali pertama × Pengganda wang
= RM 16000 × 5
= RM 80000
Tambahan bekalan wang
= Jumlah deposit semasa – Deposit semasa asal
= RM 100000 – RM 20000
RM 80000

Faktor-faktor yang mempengaruhi penciptaan kredit (STPM 2013 (U) / 2018 (U))
1) Nisbah Rizab 存款准备金
a) Nisbah rizab berkanun 法定存款准备金
  • Bank pusat menaikkan nisbah rizab berkanun → jumlah wang tunai wajib disimpan oleh bank perdagangan di bank pusat ↑ → deposit semasa & lebihan rizab bank perdagangan ↓ → keupayaan penciptaan kredit bank perdagangan ↓
  • Bank pusat menurunkan nisbah rizab berkanun → jumlah wang tunai wajib disimpan oleh bank perdagangan di bank pusat ↓ → deposit semasa & lebihan rizab bank perdagangan ↑ → keupayaan penciptaan kredit bank perdagangan ↑

b) Nisbah rizab tunai 超额存款准备金
  • Bank pusat menaikkan nisbah rizab tunai → jumlah wang tunai wajib disimpan oleh bank perdagangan dalam bentuk cair ↑ → deposit semasa & lebihan rizab bank perdagangan ↓ → keupayaan penciptaan kredit bank perdagangan ↓
  • Bank pusat menurunkan nisbah rizab berkanun → jumlah wang tunai wajib disimpan oleh bank perdagangan dalam bentuk cair ↓ → deposit semasa & lebihan rizab bank perdagangan ↑ → keupayaan penciptaan kredit bank perdagangan ↑

2) Kadar Bank / Kadar Diskaun 商业银行贷款利率
  • Bank pusat menaikkan kadar diskaun → kos pinjaman bank perdagangan ↑ → bank perdagangan ↑ kadar bunga terhadap pinjaman kepada orang ramai → masyarakat ↓ pinjaman → keupayaan penciptaan kredit bank perdagangan ↓
  • Bank pusat menurunkan kadar diskaun → kos pinjaman bank perdagangan ↓ → bank perdagangan ↓ kadar bunga terhadap pinjaman kepada orang ramai → masyarakat ↑ pinjaman → keupayaan penciptaan kredit bank perdagangan ↑

3) Kebocoran wang tunai 现金漏出
  • Orang ramai lebih suka menjalankan urus niaga dengan guna tunai / tidak suka guna cek → tabungan orang ramai di bank perdagangan ↓ → deposit semasa & lebihan rizab bank perdagangan ↓ → keupayaan penciptaan kredit bank perdagangan ↓

4) Keperluan cagaran bank 银行抵押品的需求
  • Orang ramai menghadapi masalah kekurangan cagaran harta tetap untuk meminjam / bank perdagangan meningkatkan keperluan cagaran kepada orang ramai untuk meminjam → keupayaan orang ramai untuk membuat pinjaman ↓ → jumlah pinjaman bank perdagangan ↓ → keupayaan penciptaan kredit bank perdagangan ↓

5) Pemegangan lebihan rizab 银行存过多的存款准备金
  • Bank perdagangan memegang lebihan rizab tunai yang banyak → pinjaman yang maksimum tidak dapat dilakukan → deposit semasa baru ↓ → jumlah pinjaman baru ↓ → keupayaan penciptaan kredit bank perdagangan ↓

6) Kekurangan minat untuk meminjam 少兴趣贷款
  • Berlaku keadaan kadar bunga yang tinggi / berlaku kemelesetan ekonomi → orang ramai kurang minat untuk membuat pinjaman → deposit semasa baru ↓ → jumlah pinjaman baru ↓ → keupayaan penciptaan kredit bank perdagangan ↓

Teori Kewangan
1) Teori Kuantiti Wang Fisher (Teori Kewangan Klastik) / Fisher’s Quantity Theory of Money
Teori kuantiti wang fisher menyatakan bahawa perubahan penawaran wang akan mempengaruhi perubahan tingkat harga umum pada kadar dan arah yang sama
Contoh : Penawaran wang dalam ekonomi telah meningkat sebanyak 10% akan menyebabkan tingkat harga umum barang dan perkhidmatan juga meningkat sebanyak 10%
Analisis Fisher boleh diterangkan melalui Persamaan Pertukaran, iaitu

MV = PT
Perbelanjaan Agregat = Keluaran Negara / Pendapatan Negara

M = penawaran wang / money supply / 货币的供给 (RM) – jumlah bekalan wang M1
V = halaju pusingan wang / velocity of money / 货币流通速度– kekerapan wang bertukar tangan dalam ekonomi
P = tingkat harga umum / price / 商品的平均价格 (RM) – harga purata semua barang dan perkhidmatan yang dijual beli dalam ekonomi
T = jumlah urus niaga / total amount of transaction / 各类商品的交易总量 (unit) – jumlah barang dan perkhidmatan yang dijual beli dalam ekonomi

2) Teori Kewangan Keynes / Teori Keutamaan Kecairan Keynes (Teori Kewangan Moden) / Keynesian Theory of Money
Teori Keutamaan Kecairan Keynes menyatakan masyarakat meminta wang bukan hanya untuk tujuan urus niaga sahaja tetapi meminta wang untuk 3 tujuan, iaitu tujuan urus niaga, awasan dan spekulasi.
Kritikan Teori Kuantiti Wang Fisher mengikut pandangan Keynes :

Aspek
Andaian Teori Kuantiti Wang Fiseher
Kritikan oleh pandangan Keynes
MD
Fisher menganggap masyarakat meminta wang hanya untuk tujuan urus niaga sahaja.

Keynes berpendapat bahawa andaian ini tidak benar. Dalam keadaan sebenar, masyarakat meminta wang bukan hanya untuk tujuan urus niaga sahaja tetapi juga untuk tujuan lain seperti untuk tujuan awasan dan spekulasi.
V
Fisher menganggap halaju pusing wang adalah tetap kerana corak perbelanjaan masyarakat adalah tidak berubah dalam jangka masa pendek.
Keynes berpendapat bahawa andaian ini tidak benar. Dalam keadaan sebenar, nilai halaju pusingan wang akan berubah-ubah mengikut keadaan ekonomi. Sebagai contoh, semasa ekonomi melambung, perbelanjaan agregat yang tinggi akan menyebabkan nilai halaju pusingan wang meningkat manakala semasa ekonomi meleset, perbelanjaan agregat yang rendah akan menyebabkan nilai halaju pusingan wang berkurang.
P
Teori Kuantiti Wang Fisher tidak mengambil kira kesan perubahan kadar bunga ke atas tingkat harga umum.
Dalam keadaan sebenar, kenaikan kadar bunga akan menyebabkan kos pinjaman meningkat lalu menyebabkan isi rumah dan firma akan mengurangkan pinjaman. Oleh itu, C & I akan berkurang lalu menyebabkan AE & AD berkurang. Kesannya, tingkat harga umum akan turun.
T
Fisher menganggap bahawa jumlah urus niaga dalam ekonomi adalah tetap kerana Fisher juga mengandaikan bahawa ekonomi sentiasa berada dalam tingkat guna tenaga penuh.
Keynes berpendapat bahawa andaian ini tidak benar. Dalam keadaan sebenar, ekonomi selalunya tidak mencapai guna tenaga penuh dan wujudnya masalah pengangguran. Oleh itu, jumlah urus niaga dalam ekonomi adalah tidak tetap.
M, V, P, T
Teori kuantiti wang fisher mengandaikan bahawa perubahan penawaran wang akan mempengaruhi perubahan tingkat harga umum pada kadar yang sama
Keynes berpendapat bahawa andaian ini tidak benar. Dalam keadaan sebenar, nilai halaju pusingan wang dan jumlah urus niaga dalam ekonomi adalah tidak tetap. Pemboleh ubah M, V, P, T akan saling mempengaruhi antara satu sama lain.

4.3 Permintaan Wang
Tujuan Permintaan Wang
1) Permintaan wang untuk tujuan urus niaga (Transaction demand for money / 交易性货币需求) (STPM 2018)
  • Isi rumah meminta wang untuk membeli barang & perkhidmatan
  • Firma meminta wang untuk membeli faktor pengeluaran
  • Permintaan wang untuk tujuan urus niaga adalah bergantung pada tingkat pendapatan
  • Semakin tinggi pendapatan, semakin tinggi permintaan wang untuk tujuan urus niaga
  • Permintaan wang untuk urus niaga adalah tidak anjal sempurna terhadap kadar bunga 




2) Permintaan wang untuk tujuan awasan (Precautionary demand for money / 预防性货币需求)
  • Orang ramai akan memegang wang untuk menghadapi sebarang perbelanjaan kecemasan atau di luar jangkaan
  • Contoh : sakit, kemalangan, menampung perbelanjaan semasa menggangur
  • Permintaan wang untuk tujuan awasan adalah bergantung pada tingkat pendapatan
  • Semakin tinggi pendapatan, semakin tinggi permintaan wang untuk tujuan awasan
  • Permintaan wang untuk awasan adalah tidak anjal sempurna terhadap kadar bunga



3) Permintaan wang untuk tujuan spekulasi (Speculative demand for money / 投机性货币需求) (STPM 2018)
  • Orang ramai akan meminta wang untuk menjalankan kegiatan jual beli saham atau bon bagi mendapatkan keuntungan
  • Ahli spekulasi akan meminta wang untuk membeli bon semasa harga bon masih rendah dan mendapatkan keuntungan dengan menjual bon tersebut apabila harga bon tinggi
  • Permintaan wang untuk tujuan spekulasi adalah bergantung pada kadar bunga
  • Apabila kadar bunga paling tinggi, harga bon paling rendah, maka masyarakat akan memegang bon dan permintaan wang untuk tujuan spekulasi adalah sifar
  • Apabila kadar bunga paling rendah, harga bon paling tinggi, maka masyarakat akan menjual bon dan memegang wang tunai
  • Hubungan antara kadar bunga dengan permintaan wang untuk tujuan spekulasi adalah berhubungan songsang 



Pada kadar bunga r0, kuantiti wang diminta ialah M0. Apabila kadar bunga naik dari r0 ke r1, pada tingkat kadar bunga r1, harga bon paling rendah, orang ramai akan memegang bon dan permintaan wang untuk tujuan spekulasi adalah sifar. Apabila kadar bunga turun dari r0 ke r2, pada tingkat kadar bunga r2, harga bon paling tinggi, orang ramai akan menjual bon dan memegang wang tunai. Pada kadar bunga r2, orang ramai hanya akan memegang wang tunai dan tidak akan membeli bon lagi kerana kadar bunga telah berada pada tingkat yang terendah dan harga bon telah berada pada tingkat yang tertinggi. Pada kadar bunga r2, keluk permintaan wang adalah anjal sempurna. Keadaan ini dinamakan sebagai perangkap kecairan.

Perangkap kecairan ialah satu keadaan keluk permintaan wang bagi tujuan spekulasi adalah anjal sempurna apabila kadar bunga adalah paling rendah.

Keluk Permintaan Wang (STPM 2014)



Keluk permintaan wang untuk tujuan urus niaga dan awasan MDT adalah berbentuk menegak kerana permintaan wang untuk tujuan urus niaga dan awasan adalah dipengaruhi oleh tingkat pendapatan negara dan tidak dipengaruhi oleh kadar bunga. Oleh itu, pada kadar bunga r0 atau r1, kuantiti wang diminta untuk urus niaga dan awasan adalah tetap pada RM 200.

Keluk permintaan wang untuk tujuan spekulasi MDS adalah berbentuk mencerun ke bawah dari kiri ke kanan kerana permintaan wang untuk tujuan spekulasi adalah dipengaruhi oleh kadar bunga dan hubungan antara permintaan wang untuk tujuan spekulasi dengan kadar bunga adalah berhubungan songsang. Oleh itu, semakin tinggi kadar bunga, semakin kurang kuantiti wang diminta untuk tujuan spekulasi. Pada kadar bunga r0, kuantiti wang diminta untuk spekulasi adalah sebanyak RM 650. Apabila kadar bunga naik dari r0 ke r1, pada tingkat kadar bunga r1, harga bon adalah paling rendah, kuantiti wang diminta untuk tujuan spekulasi akan berkurang kepada nilai sifar.

Keluk permintaan wang diperoleh dengan menjumlahkan kuantiti wang diminta untuk tujuan urus niaga, awasan dan spekulasi secara mendatar pada pelbagai tingkat kadar bunga yang sama, iaitu menjumlahkan nilai MDT dan MDS. Pada kadar bunga r0, kuantiti wang diminta untuk urus niaga dan awasan adalah sebanyak RM 200 dan kuantiti wang diminta untuk spekulasi adalah sebanyak RM 650. Jumlah kuantiti wang diminta adalah sebanyak RM 850 (RM 200 + RM 650) seperti ditunjukkan pada titik B. Pada kadar bunga r1, kuantiti wang diminta untuk urus niaga dan awasan adalah sebanyak RM 200 dan kuantiti wang diminta untuk spekulasi adalah sifar. Jumlah kuantiti wang diminta adalah sebanyak RM 200 (RM 200 + RM 0) seperti ditunjukkan pada titik A. Apabila titik A dan titk B disambungkan, keluk permintaan wang yang mencerun ke bawah dari kiri ke kanan akan terbentuk.

4.4 Keseimbangan Pasaran Wang & Aktiviti Ekonomi
Penawaran Wang
Keluk Penawaran Wang
Penawaran wang adalah dikawal dan ditentukan oleh bank pusat melalui pelaksanaan dasar kewangan dan tidak dipengaruhi oleh kadar bunga. Oleh itu, keluk penawaran wang adalah tidak anjal sempurna.



Proses Penentuan Keseimbangan Kadar Bunga (STPM 2013 (U))


Keseimbangan kadar bunga asal tercapai pada titik E0 apabila keluk permintaan wang (MD) bersilang dengan keluk penawaran wang (MS) pada kadar bunga r0 dan kuantiti wang M0.
Jika kadar bunga lebih tinggi daripada r0, katakan pada r1, permintaan wang (M1) adalah kurang daripada penawaran wang (M0). Oleh itu, keadaan ini akan wujud lebihan penawaran wang sebanyak ab / M0M1. Lebihan penawaran wang menggalakkan orang ramai membeli bon. Pembelian bon oleh orang ramai menyebabkan harga bon naik dan kadar bunga turun. Proses ini berterusan sehingga keseimbangan kadar bunga asal dicapai pada titik E0 apabila keluk permintaan wang (MD) bersilang dengan keluk penawaran wang (MS) pada kadar bunga r0 dan kuantiti wang M0.
Jika kadar bunga lebih rendah daripada r0, katakan pada r2, permintaan wang (M2) adalah melebihi penawaran wang (M0). Oleh itu, keadaan ini akan wujud lebihan permintaan wang sebanyak cd / M0M2. Lebihan permintaan wang menggalakkan orang ramai menjual bon. Penjualan bon oleh orang ramai menyebabkan harga bon turun dan kadar bunga naik. Proses ini berterusan sehingga keseimbangan kadar bunga asal dicapai pada titik E0 apabila keluk permintaan wang (MD) bersilang dengan keluk penawaran wang (MS) pada kadar bunga r0 dan kuantiti wang M0.

Kesan Perubahan Permintaan Wang terhadap Kadar Bunga
Pertambahan Permintaan Wang (STPM 2013(U) / 2015 / 2019(U))


Keseimbangan asal tercapai pada titik E0 apabila keluk permintaan wang (MD0) bersilang dengan keluk penawaran wang (MS0) pada kadar bunga r0 dan kuantiti wang M0. Pertambahan permintaan wang menyebabkan keluk permintaan wang beralih ke kanan dari MD0 ke MD1. Pada kadar bunga r0, berlaku lebihan permintaan wang sebanyak E0a. Lebihan permintaan wang menggalakkan orang ramai menjual bon. Penjualan bon oleh orang ramai menyebabkan harga bon turun dan kadar bunga naik. Proses ini berterusan sehingga keseimbangan baru dicapai pada titik E1 apabila keluk permintaan wang (MD1) bersilang dengan keluk penawaran wang (MS0) pada kadar bunga r1 dan kuantiti wang M1. Oleh itu, pertambahan permintaan wang menyebabkan kadar bunga naik dari r0 ke r1.

Pengurangan Permintaan Wang


Keseimbangan asal tercapai pada titik E0 apabila keluk permintaan wang (MD0) bersilang dengan keluk penawaran wang (MS0) pada kadar bunga r0 dan kuantiti wang M0. Pengurangan permintaan wang menyebabkan keluk permintaan wang beralih ke kiri dari MD0 ke MD1. Pada kadar bunga r0, berlaku lebihan penawaran wang sebanyak aE0. Lebihan penawaran wang menggalakkan orang ramai membeli bon. Pembelian bon oleh orang ramai menyebabkan harga bon naik dan kadar bunga turun. Proses ini berterusan sehingga keseimbangan baru dicapai pada titik E1 apabila keluk permintaan wang (MD1) bersilang dengan keluk penawaran wang (MS0) pada kadar bunga r1 dan kuantiti wang M1. Oleh itu, pengurangan permintaan wang menyebabkan kadar bunga turun dari r0 ke r1.

Kesan Perubahan Penawaran Wang terhadap Kadar Bunga
Pertambahan Penawaran Wang (STPM 2013)


Keseimbangan asal tercapai pada titik E0 apabila keluk permintaan wang (MD0) bersilang dengan keluk penawaran wang (MS0) pada kadar bunga r0 dan kuantiti wang M0. Pertambahan penawaran wang menyebabkan keluk penawaran wang beralih ke kanan dari MS0 ke MS1. Pada kadar bunga r0, berlaku lebihan penawaran wang sebanyak M0M1. Lebihan penawaran wang menggalakkan orang ramai membeli bon. Pembelian bon oleh orang ramai menyebabkan harga bon naik dan kadar bunga turun. Keseimbangan baru dicapai pada titik E1 apabila keluk permintaan wang (MD0) bersilang dengan keluk penawaran wang (MS1) pada kadar bunga r1 dan kuantiti wang M1. Oleh itu, pertambahan penawaran wang menyebabkan kadar bunga turun dari r0 ke r1. Apabila penawaran wang terus bertambah, keluk penawaran wang terus beralih ke kanan dari MS1 ke MS2. Keseimbangan baru dicapai pada titik E2 apabila keluk permintaan wang (MD0) bersilang dengan keluk penawaran wang (MS2) pada kadar bunga r1 dan kuantiti wang M2. Pada tingkat ini, pertambahan penawaran wang tidak mengubahkan kadar bunga, iaitu kadar bunga tetap pada r1 disebabkan oleh perangkap kecairan.

Pengurangan Penawaran Wang (STPM 2016)


Keseimbangan asal tercapai pada titik E0 apabila keluk permintaan wang (MD0) bersilang dengan keluk penawaran wang (MS0) pada kadar bunga r0 dan kuantiti wang M0. Pengurangan penawaran wang menyebabkan keluk penawaran wang beralih ke kiri dari MS0 ke MS1. Pada kadar bunga r0, berlaku lebihan permintaan wang sebanyak M0M1. Lebihan permintaan wang menggalakkan orang ramai menjual bon. Penjualan bon oleh orang ramai menyebabkan harga bon turun dan kadar bunga naik. Keseimbangan baru dicapai pada titik E1 apabila keluk permintaan wang (MD0) bersilang dengan keluk penawaran wang (MS1) pada kadar bunga r1 dan kuantiti wang M1. Oleh itu, pengurangan penawaran wang menyebabkan kadar bunga naik dari r0 ke r1.

Kesan Perubahan Penawaran Wang ke atas Keseimbangan Ekonomi mengikut Pendekatan AE-Y
Pertambahan Penawaran Wang (STPM 2014 (U))


Pengurangan Penawaran Wang (STPM 2019)


Teknik menulis huraian :
Perenggan 1 : Tulis huraian tentang rajah (a) – Proses kesan perubahan penawaran wang terhadap kadar bunga
Berdasarkan rajah (a), keseimbangan asal tercapai pada titik E0 apabila keluk permintaan wang (MD) bersilang dengan keluk penawaran wang (MS0) pada kadar bunga r0 dan kuantiti wang M0. (Pertambahan / Pengurangan) penawaran wang menyebabkan keluk penawaran wang beralih ke (kiri / kanan) dari MS0 ke MS1. Pada kadar bunga r0, berlaku lebihan (permintaan wang / penawaran wang) sebanyak M0M1. Lebihan (permintaan wang / penawaran wang) menggalakkan orang ramai (membeli / menjual) bon. (Pembelian / Penjualan) bon oleh orang ramai menyebabkan harga bon (naik / turun) dan kadar bunga (naik / turun). Keseimbangan baru dicapai pada titik E1 apabila keluk permintaan wang (MD) bersilang dengan keluk penawaran wang (MS1) pada kadar bunga r1 dan kuantiti wang M1. Oleh itu, (pertambahan / pengurangan) penawaran wang menyebabkan kadar bunga (naik / turun) dari r0 ke r1.
Perenggan 2 : Tulis huraian tentang rajah (b) – Proses kesan perubahan kadar bunga terhadap pelaburan
Berdasarkan rajah (b), pada kadar bunga r0, tingkat pelaburan adalah sebanyak I0. Apabila kadar bunga (naik / turun) dari r0 ke r1, kos pinjaman firma (meningkat / berkurang) dan tingkat pelaburan akan (meningkat / berkurang) dari I0 ke I1 sebanyak ▲I.
Perenggan 3 : Tulis huraian tentang rajah (c) – Proses kesan perubahan pelaburan terhadap pendapatan negara
Berdasarkan rajah (c), keseimbangan asal ekonomi 2 sektor tercapai apabila keluk Y = AE0, iaitu C+I0 di titik keseimbangan E0 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara Y0. (Kenaikan / Pengurangan) pelaburan sebanyak ▲I akan menyebabkan perbelanjaan agregat dalam ekonomi (meningkat / berkurang). Keluk perbelanjaan agregat akan beralih ke (atas / bawah) dari AE0 = C+I0 ke AE1 = C+I1. Pada tingkat pendapatan negara asal Y0, berlaku lebihan (perbelanjaan agregat / penawaran agregat) sebanyak (aE0 / E0a). Stok dalam ekonomi (berlebihan / berkurangan). Firma akan (meningkatkan / mengurangkan) keluaran sehingga keseimbangan baru tercapai apabila keluk Y = AE1, iaitu  C+I1 di titik keseimbangan E1 pada tingkat keseimbangan pendapatan negara baru Y1. Kesannya, keseimbangan pendapatan negara (meningkat / berkurang) dari Y0 ke Y1 sebanyak beberapa kali ganda melalui proses pengganda.

Kesan Perubahan Penawaran Wang ke atas Keseimbangan Ekonomi mengikut Pendekatan AD-AS
Pertambahan Penawaran Wang (Penurunan nisbah rizab berkanun / nisbah rizab tunai / kadar diskaun / kadar bunga semalaman)


Pengurangan Penawaran Wang (Kenaikan nisbah rizab berkanun / nisbah rizab tunai / kadar diskaun / kadar bunga semalaman)


Teknik menulis huraian :
Perenggan 1 : Keseimbangan Asal
Keseimbangan asal tercapai apabila keluk AD0 bersilang dengan keluk AS0 di titik keseimbangan E0 pada tingkat harga P0 dan pendapatan negara benar Y0.
Perenggan 2 : Kaitkan dengan Situasi
Apabila berlaku (kenaikan / penurunan) (nisbah rizab tunai / nisbah rizab berkanun / kadar diskaun / kadar bunga semalaman / ... ...), pernawaran wang dalam ekonomi akan (meningkat / berkurang). Ini akan menyebabkan kadar bunga (naik / turun) dan kos pinjaman (meningkat / berkurang). Apabila ini berlaku, perbelanjaan agregat dan permintaan agregat akan (meningkat / berkurang) menyebabkan keluk permintaan agregat akan beralih ke (kiri / kanan) dari AD0 ke AD1.
Perenggan 3 : Bandingkan dengan P asal
Pada tingkat harga asal P0, berlaku lebihan (permintaan agregat / penawaran agregat) sebanyak (aE0 / E0a). Hal ini menggalakkan harga (naik / turun) kerana terdapat (lebihan / kurangan) stok dan firma akan (meningkatkan / mengurangkan) keluaran.
Perenggan 4 : Keseimbangan Baru
Proses ini berterusan sehingga keseimbangan baru tercapai apabila keluk AD1 bersilang dengan keluk AS0 di titik keseimbangan E1 pada tingkat harga P1 dan pendapatan negara benar Y1.
Perenggan 5 : Kesan terhadap P & Y
Kesannya, (kenaikan / penurunan) (nisbah rizab tunai / nisbah rizab berkanun / kadar diskaun / kadar bunga semalaman / ... ...) akan menyebabkan tingkat harga (naik / turun) dari P0 ke P1 dan pendapatan negara benar (meningkat / berkurang) dari Y0 ke Y1.

4.5 Bank Pusat & Dasar Kewangan
Bank Pusat
Pengenalan Bank Pusat
  • Bank pusat dikenali sebagai Bank Negara Malaysia (BNM)
  • Tahun 1959 – BNM ditubuhkan dan mula beroperasi di bawah kawalan Akta Bank Negara Malaysia 1958
  • Tahun 1967 – BNM diberi kuasa untuk mencetak wang kertas dan duit syiling
  • Tahun 2009 – Akta Bank Negara Malaysia 1958 telah dimusnahkan dan digantikan dengan Akta Bank Negara Malaysia 2009
  • Peranan BNM adalah untuk menggalakkan kestabilan monetari dan kewangan bagi menyediakan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan ekonomi Malaysia yang mampan
  • BNM bertanggungjawab kepada Menteri Kewangan Malaysia dan memaklumkan hal-hal berkaitan dengan dasar sektor monetari dan kewangan kepada Menteri

Fungsi Bank Pusat (STPM 2017)
1) Mengeluarkan mata wang negara 发行货币
  • Diberi kuasa tunggal bagi mencetak wang kertas & duit syiling
  • Jumlah mata wang yang dikeluarkan adalah bergantung kepada DD ekonomi dan ditentukan oleh jumlah urus niaga & pertumbuhan ekonomi negara
  • Memastikan bahawa jumlah mata wang yang dikeluarkan adalah setakat mencukupi sahaja mengikut keperluan ekonomi semasa
  • Tidak boleh mencetak wang berlebihan – kerana boleh wujud inflsi
  • Memastikan tidak berlaku kekurangan mata wang – kerana boleh melambatkan pertumbuhan ekonomi

2) Menjadi jurubank kepada kerajaan 成为政府的银行家
a) Mengurus akaun kerajaan 管理政府账户
  • Segala hasil kerajaan seperti hasil cukai akan diuruskan & disimpan di akaun kerajaan
  • Mengeluarkan wang daripada akaun kerajaan apabila kerajaan ingin membuat pembayaran atau melakukan perbelanjaan lain

b) Mentadbir / mengurus hutang negara 处理国家债款
  • BNM bertanggungjawab untuk mendapat & mengurus pinjaman untuk membiayai belanjawan defisit kerajaan
  • BNM mendapatkan pinjaman dalam negeri melalui penjualan surat jaminan kerajaan, sijil pelaburan dan bil-bil perbendaharaan kepada institusi kewangan tempatan dan orang ramai
  • BNM mendapatkan pinjaman luar negara melalui pinjaman pasaran & pinjaman projek bagi pihak kerajaan
  • BNM bertanggungjawab membayar faedah atas pinjaman dan pinjaman pokok bagi pihak kerajaan

c) Memberi pendahuluan sementara 准备临时预支
  • BNM akan memberikan pendahuluan sementara kepada kerajaan apabila kerajaan menghadapi belanjawan defisit (jumlah perbelanjaan kerajaan > jumlah hasil kerajaan)
  • Pendahuluan sementara mesti dibayar balik oleh kerajaan tidak lewat daripada 3 bulan setelah tamat tahun kewangan kerajaan
  • Pinjaman hanya boleh dilakukan setelah pinjaman terdahulu diselesaikan

d) Memberikan nasihat kewangan 为政府提供金融咨询
  • BNM memberikan nasihat kewangan kepada kerajaan berkaitan dengan pelaksanaan dasar makroekonomi, pengurusan hutang negara, pelaburan awam, kadar pertukaran asing dan sebagainya
  • BNM menasihati kerajaan sama ada pelaksanaan sesuatu projek awam yang memanfaatkan negara serta projek yang tidak produktif tidak akan dilaksanakan

3) Menjadi jurubank kepada bank-bank perdagangan 成为商业银行的银行家
a) Mengawal rizab 管理法定存款准备金和超额存款准备金
  • BNM mengawal rizab berkanun dan rizab tunai minimum bank perdagangan
  • Kawalan rizab ini dapat mempengaruhi keupayaan bank perdagangan untuk memberikan pinjaman dan mempengaruhi bekalan wang dalam ekonomi
  • BNM memastikan bank perdagangan mematuhi nisbah rizab tunai minimum yang ditetapkan supaya bank perdagangan mempunyai tunai yang mencukupi untuk memenuhi permintaan pelanggan

b) Menjelaskan hutang antara bank perdagangan 处理商业银行的债务与支票
  • Bank perdagangan dikehendaki membuka akaun penjelasan dengan bank pusat bagi membolehkan bank perdagangan menjelaskan hutang antara bank perdagangan atau menjelaskan cek melalui akaun penjelasan di bank pusat

c) Sumber pinjaman akhir 商业银行的最后贷款资源
  • BNM menyediakan kemudahan pinjaman terakhir kepada bank perdagangan yang menghadapi kesulitan kewangan / kekurangan wang tunai untuk memenuhi permintaan pelanggan
  • Bank perdagangan boleh membuat pinjaman daripada BNM sebagai langkah terakhir jika bank perdagangan gagal memperoleh pinjaman daripada sumber lain
  • Pinjaman tersebut boleh dilakukan dengan memberikan pinjaman bercagar / mendiskaunkan bil pertukaran

4) Menjaga kestabilan dan mempertahankan nilai mata wang negara 保卫货币价值稳定
  • BNM perlu memastikan simpanan rizab pertukaran asing sentiasa mencukupi untuk mempertahankan nilai mata wang negara
  • BNM akan menjual & membeli pertukaran asing untuk menjamin kestabilan nilai mata wang negara
  • Contoh: BNM akan menjual Dolar Amerika Syarikat dan membeli Ringgit Malaysia jika nilai RM jatuh berbanding dengan Amerika Syarikat

5) Melaksanakan dasar kewangan 实行货币政策
  • BNM melaksanakan dasar monetari yang berhemat untuk menstabilkan ekonomi negara
  • Semasa berlaku inflasi, BNM akan melaksanakan dasar kewangan menguncup dengan mengurangkan penawaran wang dalam ekonomi
  • M/S ↓ → r ↑ → kos pinjaman ↑ → isi rumah & firma ↓ pinjaman → C & I ↓ → AE & AD ↓ → Y ↓ & P ↓ → masalah inflasi dapat diatasi
  • Semasa berlaku deflasi / kemelesetan ekonomi, bank pusat akan melaksanakan dasar kewangan mengembang dengan menambahkan penawaran wang dalam ekonomi
  • M/S ↑ → r ↓ → kos pinjaman ↓ → isi rumah & firma ↑ pinjaman → C & I ↑ → AE & AD ↑ → firma ↑ keluaran / output → DDL ↑ → guna tenaga ↑ → pengangguran ↓ → masalah kemelesetan ekonomi dapat diatasi

Dasar Kewangan
Alat Dasar Kewangan Kuantitatif (STPM 2016 (U))
1) Operasi Pasaran Terbuka (Open market operation / 公开市场操作) (STPM 2017 / 2018)
Maksud : Tindakan bank pusat membeli dan menjual surat jaminan kerajaan daripada / kepada institusi kewangan dan orang ramai
Cara mengatasi masalah inflasi : Bank pusat menjual surat jaminan kerajaan kepada institusi kewangan & orang ramai → masyarakat membeli surat jaminan kerajaan → simpanan di bank perdagangan ↓ → deposit semasa & lebihan rizab bank perdagangan ↓ → keupayaan penciptaan kredit bank perdagangan ↓ → M/S ↓ → r ↑ → C & I ↓ → AE & AD ↓ → Y ↓ & P ↓ → masalah inflasi dapat diatasi
Cara mengatasi masalah kemelesetan ekonomi : Bank pusat membeli surat jaminan kerajaan daripada institusi kewangan & orang ramai → masyarakat menjual surat jaminan kerajaan → simpanan di bank perdagangan ↑ → deposit semasa & lebihan rizab bank perdagangan ↑ → keupayaan penciptaan kredit bank perdagangan ↑ → M/S ↑ → r ↓ → C & I ↑ → AE & AD ↑ → firma ↑ keluaran / output → DDL ↑ → guna tenaga ↑ → pengangguran ↓ → masalah kemelesetan ekonomi dapat diatasi

2) Nisbah rizab berkanun (Required Reserve Rate / 存款准备金率) (STPM 2015 (U))
Maksud : Simpanan wang tunai yang wajib dilakukan oleh bank perdagangan di bank pusat dalam bentuk peratusan tertentu daripada jumlah deposit semasa yang diterima oleh bank perdagangan daripada pelanggannya
Cara mengatasi masalah inflasi : Bank pusat menaikkan nisbah rizab berkanun → jumlah wang tunai wajib disimpan oleh bank perdagangan di bank pusat ↑ → deposit semasa & lebihan rizab bank perdagangan ↓ → keupayaan penciptaan kredit bank perdagangan ↓ → M/S ↓ → r ↑ → C & I ↓ → AE & AD ↓ → Y ↓ & P ↓ → masalah inflasi dapat diatasi
Cara mengatasi masalah kemelesetan ekonomi : Bank pusat menurunkan nisbah rizab berkanun → jumlah wang tunai wajib disimpan oleh bank perdagangan di bank pusat ↓ → deposit semasa & lebihan rizab bank perdagangan ↑ → keupayaan penciptaan kredit bank perdagangan ↑ → M/S ↑ → r ↓ → C & I ↑ → AE & AD ↑ → firma ↑ keluaran / output → DDL ↑ → guna tenaga ↑ → pengangguran ↓ → masalah kemelesetan ekonomi dapat diatasi

3) Nisbah rizab tunai (Cash reserve ratio / 超额存款准备金)
Maksud : Simpanan wang tunai yang wajib dilakukan oleh bank perdagangan di banknya sendiri dalam bentuk peratusan tertentu daripada jumlah deposit semasa yang diterima oleh bank perdagangan daripada pelanggannya.
Cara mengatasi masalah inflasi : Bank pusat menaikkan nisbah rizab tunai → jumlah wang tunai wajib disimpan oleh bank perdagangan dalam bentuk cair ↑ → deposit semasa & lebihan rizab bank perdagangan ↓ → keupayaan penciptaan kredit bank perdagangan ↓ → M/S ↓ → r ↑ → C & I ↓ → AE & AD ↓ → Y ↓ & P ↓ → masalah inflasi dapat diatasi
Cara mengatasi masalah kemelesetan ekonomi : Bank pusat menurunkan nisbah rizab berkanun → jumlah wang tunai wajib disimpan oleh bank perdagangan dalam bentuk cair ↓ → deposit semasa & lebihan rizab bank perdagangan ↑ → keupayaan penciptaan kredit bank perdagangan ↑ → M/S ↑ → r ↓ → C & I ↑ → AE & AD ↑ → firma ↑ keluaran / output → DDL ↑ → guna tenaga ↑ → pengangguran ↓ → masalah kemelesetan ekonomi dapat diatasi

4) Kadar diskaun (Bank rate / discount rate / 商业银行贷款利率)
Maksud : Kadar bunga yang dikenakan oleh bank pusat terhadap bank perdagangan atas pinjaman sementara yang diberikan kepada bank perdagangan
Cara mengatasi masalah inflasi : Bank pusat menaikkan kadar diskaun → kos pinjaman bank perdagangan ↑ → bank perdagangan ↑ kadar bunga terhadap pinjaman kepada orang ramai → masyarakat ↓ pinjaman → keupayaan penciptaan kredit bank perdagangan ↓ → M/S ↓ → r ↑ → C & I ↓ → AE & AD ↓ → Y ↓ & P ↓ → masalah inflasi dapat diatasi
Cara mengatasi masalah kemelesetan ekonomi : Bank pusat menurunkan kadar diskaun → kos pinjaman bank perdagangan ↓ → bank perdagangan ↓ kadar bunga terhadap pinjaman kepada orang ramai → masyarakat ↑ pinjaman → keupayaan penciptaan kredit bank perdagangan ↑ → M/S ↑ → r ↓ → C & I ↑ → AE & AD ↑ → firma ↑ keluaran / output → DDL ↑ → guna tenaga ↑ → pengangguran ↓ → masalah kemelesetan ekonomi dapat diatasi

5) Kadar bunga semalaman (Overnight rate / 隔夜利率) (STPM 2015)
Maksud : Kadar bunga yang dilaksanakan oleh bank pusat terhadap bank perdagangan untuk menentukan kadar bunga di pasaran wang untuk suatu tempoh tertentu.
Cara mengatasi masalah inflasi : Bank pusat menaikkan kadar bunga semalaman → bank perdagangan ↑ kadar bunga terhadap pinjaman kepada orang ramai → masyarakat ↓ pinjaman → keupayaan penciptaan kredit bank perdagangan ↓ → M/S ↓ → r ↑ → C & I ↓ → AE & AD ↓ → Y ↓ & P ↓ → masalah inflasi dapat diatasi
Cara mengatasi masalah kemelesetan ekonomi : Bank pusat menurunkan kadar bunga semalaman → bank perdagangan ↓ kadar bunga terhadap pinjaman kepada orang ramai → masyarakat ↑ pinjaman → keupayaan penciptaan kredit bank perdagangan ↑ → M/S ↑ → r ↓ → C & I ↑ → AE & AD ↑ → firma ↑ keluaran / output → DDL ↑ → guna tenaga ↑ → pengangguran ↓ → masalah kemelesetan ekonomi dapat diatasi

分享额外知识&时事环节:
隔夜利率政策/Overnight Policy Rate/Dasar Kadar Bunga Semalaman
由于今年受COVID-19这疫情的影响,我国经济开始面临萧条,导致我国中央银行宣布下降OPR,以下是OPR的趋势:
201957 – OPR 3 %
2020122国行将OPR调低至2.75%
2020 3 3 国行再度降息至2.50%
202055 国行第三度降息至2.0%

OPR下调的好处:
1)人们的现金流量变多,接着可以增加消费欲望,刺激市场
2)银行贷款降息将推高企业利率,上市公司开始加派股息来吸引投资者买股,接着就推高股市走势,开始为国家经济带来好转
3)银行贷款降息会让更多人民申请贷款来买房,买车或是做生意等,人民的生活水平也逐渐改善

OPR下调过低的坏处:
1)定期存款和普通储蓄的户口的利息也跟着降低
2)当市场的流动资金过多时,市场就会出现钱多货物少,供不应求的情况,就会导致通货膨胀发生。
3)马币将会加剧贬值。
4)长时间的低资金成本让人们不断向银行贷款,造成过度借贷,形成“经济泡沫”。



Alat Dasar Kewangan Kualitatif
1) Kawalan kredit terpilih (STPM 2018)
a) Penentuan syarat margin
Maksud : Tindakan bank pusat mengawal aktiviti spekulasi di pasaran saham dengan mengehadkan jumlah pinjaman yang dapat dibuat oleh pembeli saham untuk membeli saham
Cara mengatasi masalah inflasi : Bank pusat menaikkan syarat margin → pembeli saham ↓ pinjaman daripada bank perdagangan → keupayaan penciptaan kredit bank perdagangan ↓ → M/S ↓ → r ↑ → C & I ↓ → AE & AD ↓ → Y ↓ & P ↓ → masalah inflasi dapat diatasi
Cara mengatasi masalah kemelesetan ekonomi : Bank pusat menurunkan syarat margin → pembeli saham ↑ pinjaman daripada bank perdagangan → keupayaan penciptaan kredit bank perdagangan ↑ → M/S ↑ → r ↓ → C & I ↑ → AE & AD ↑ → firma ↑ keluaran / output → DDL ↑ → guna tenaga ↑ → pengangguran ↓ → masalah kemelesetan ekonomi dapat diatasi

b) Kawalan kredit ansuran
Maksud : Tindakan bank pusat menetapkan bayaran pendahuluan minimum dan tempoh bayar balik pinjaman secara ansuran terhadap pinjaman isi rumah untuk mengehadkan jumlah pinjaman isi rumah dalam membeli barang tahan lama (seperti kereta)
Cara mengatasi masalah inflasi : Bank pusat mengetatkan kawalan kredit ansuran (menaikkan bayaran pendahuluan minimum & memendekkan tempoh bayaran balik pinjaman) → menyukarkan orang ramai membuat pinjaman untuk membeli barang tahan lama → orang ramai ↓ pinjaman → keupayaan penciptaan kredit bank perdagangan ↓ → M/S ↓ → r ↑ → C & I ↓ → AE & AD ↓ → Y ↓ & P ↓ → masalah inflasi dapat diatasi
Cara mengatasi masalah kemelesetan ekonomi : Bank pusat melonggarkan kawalan kredit ansuran (menurunkan bayaran pendahuluan minimum & memanjangkan tempoh bayaran balik pinjaman) → menggalakkan orang ramai membuat pinjaman untuk membeli barang tahan lama → orang ramai ↑ pinjaman → keupayaan penciptaan kredit bank perdagangan ↑ → M/S ↑ → r ↓ → C & I ↑ → AE & AD ↑ → firma ↑ keluaran / output → DDL ↑ → guna tenaga ↑ → pengangguran ↓ → masalah kemelesetan ekonomi dapat diatasi

c) Kawalan ganji janji
Maksud : Tindakan bank pusat untuk mengawal pinjaman bagi tujuan pembelian aset tetap (membeli rumah)
Cara mengatasi masalah inflasi : Bank pusat mengetatkan syarat ke atas gadai janji → menyukarkan orang ramai membuat pinjaman untuk membeli aset tetap → orang ramai ↓ pinjaman → keupayaan penciptaan kredit bank perdagangan ↓ → M/S ↓ → r ↑ → C & I ↓ → AE & AD ↓ → Y ↓ & P ↓ → masalah inflasi dapat diatasi
Cara mengatasi masalah kemelesetan ekonomi : Bank pusat melonggarkan syarat ke atas gadai janji → menggalakkan orang ramai membuat pinjaman untuk membeli aset tetap→ orang ramai ↑ pinjaman → keupayaan penciptaan kredit bank perdagangan ↑ → M/S ↑ → r ↓ → C & I ↑ → AE & AD ↑ → firma ↑ keluaran / output → DDL ↑ → guna tenaga ↑ → pengangguran ↓ → masalah kemelesetan ekonomi dapat diatasi

2) Pujukan moral
Maksud : Tindakan bank pusat memujuk dan menggalakkan bank perdagangan untuk memberi kerjasama dan sokongan secara sukarela terhadap dasar kerajaan untuk menstabilkan ekonomi negara
Cara mengatasi masalah inflasi : Bank pusat meminta bank perdagangan supaya mengurangkan pinjaman kepada sektor ekonomi yang tidak produktif dan tidak berdaya saing → pinjaman dalam ekonomi ↓ → keupayaan penciptaan kredit bank perdagangan ↓ → M/S ↓ → r ↑ → C & I ↓ → AE & AD ↓ → Y ↓ & P ↓ → masalah inflasi dapat diatasi
Cara mengatasi masalah kemelesetan ekonomi : Bank pusat meminta bank perdagangan untuk menambahkan pinjaman kepada PKS dan industri tempatan muda serta industri strategik → pinjaman dalam ekonomi ↑ → keupayaan penciptaan kredit bank perdagangan ↑ → M/S ↑ → r ↓ → C & I ↑ → AE & AD ↑ → firma ↑ keluaran / output → DDL ↑ → guna tenaga ↑ → pengangguran ↓ → masalah kemelesetan ekonomi dapat diatasi

Formula untuk Pengiraan Kuantitatif Bab 4
1) Indeks nilai wang (IW) = Indeks harga tahun asas (100)  ×  100
                                                Indeks harga tahun semasa
2) Kadar perubahan nilai wang = IW1 – IW0 (100)  ×  100
                                                           IW0 (100)
3) Bekalan wang M1 = wang kertas + duit syiling + deposit semasa
4) Bekalan wang M2 = M1 + deposit tabungan + deposit tetap + sijil simpanan boleh niaga + sijil Bank Negara Malaysia
5) Rizab = nisbah rizab × deposit semasa
6) Pinjaman = lebihan rizab × deposit semasa
7) Pengganda wang = 1 ÷ Nisbah rizab
8) Jumlah deposit semasa
= Deposit semasa asal × Pengganda wang
= Deposit semasa asal ÷ Nisbah rizab
9) Jumlah rizab
= Rizab asal × Pengganda wang
= Rizab asal ÷ Nisbah rizab
10) Jumlah pinjaman
= Pinjaman kali pertama × Pengganda wang
= Pinjaman kali pertama ÷ Nisbah rizab
11) Tambahan bekalan wang = Jumlah deposit semasa – Deposit semasa asal
12) MV = PT
13) Jumlah permintaan wang = Pemintaan wang untuk tujuan urus niaga + awasan + spekulasi
14) Kadar inflasi = IHP tahun semasa – IHP tahun sebelum  ×   100
                                              IHP tahun sebelum
15) Kadar pertumbuhan bekalan wang M1
= Bekalan wang M1 tahun semasa – Bekalan wang M1 tahun sebelum   ×    100
                        Bekalan wang M1 tahun sebelum

感谢你们阅读完我的笔记。如果你们发现我的笔记里头有任何失误的话或是有任何不明白的可以留言我哟,谢谢。

BEEB 1013 Introduction to Macroeconomic 宏观经济学的简介

UUM BEEB 1013 Principles of Economics Chapter 20: Introduction to Macroeconomics 20.1 Macroeconomic Concerns Output Growth 1) Busine...